Robert Kiyosaki Diisytihar Bangkrap

admin Avatar

Heboh bila financial guru, Robert T Kiyosaki diisytiharkan bangkrap selepas disaman sebanyak USD 24 juta oleh syarikat Learning Annex. Bagaimana seorang ang sebegitu pakar dalam bidang kewangan boleh jatuh BANGKRAP? Apakah yang diperkatakan oleh Robert Kiyosaki selama ni tak boleh pakai?

Adakah ini dikatakan ‘hidup umpama roda’? Dulu dia di atas sekarang dia di bawah…

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga… sebijak-bijak Robert Kiyosaki akhirnya bangkrap juga… Tak guna lah baca buku-buku terutama Rich Dad Poor Dad semua tu kan.

Sebenarnya, yang bangkrap itu adalah syarikatnya yang disaman oleh Learning Annex kerana melanggar perjanjian. Salah satu dari syarikatnya, Rich Global disaman oleh Learning Annex katanya sebab tak bayar peratusan dari perjanjian setelah Learning Annex menjadi platform Kiyosaki menaikkan Rich Dad-nya.

rich dad

Bila dah kaya dan famous ni macam-macam lah. Bisnes kecik-kecik pun tak habis-habis dengan isu-isu, apatah lagi bisnes global.

Sebenarnya benda macam ni biasa lah dalam dunia bisnes korporat… Bila kompeni dah banyak sangat hutang, cut loss je. Fokus yang lain pulak.

On the other hands, tak semua orang suka ber-partner dalam bisnes. Kadang2 orang ni nak senang je, “Aku inject duit, kau run the business”. Senang sangat je kan. Tapi selepas itu pelbagai isu tak habis2 yang datang dan pergi.

Jadi, nak mulakan bisnes yang bakal berjaya bukan mudah sebenarnya. Mindset kena ubah dulu jadi mindset seorang businessman.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Robert Kiyosaki Diisytihar Bangkrap”

  1. anakkusayang Avatar

    Orang dah bagi syarikat dia naik, dia tak nak bayar. Tak boleh jadi contoh dalam hal ni… Walaupun pakcik robert banyak syarikat lain lagi, jangan la buat macam tu…

  2. mama meah Avatar

    belum bace buku nih..huhu..mmg kena ubah habit nih…kenapa ler aku x suka membace..minat main nombor jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge