Hidup Sepotong Kek vs Hidup Hidangan Buffet

admin Avatar

Sepotong kek dikongsi beramai-ramai. Seorang dapat rasa sikit. Ada bahagian terkurang, ada bahagian terlebih. Ada yang lambat, dapat rasa serdak saja.

Sebuah parti buffet. Sesiapa pun dapat makan apa yang dia mahu. Kalau habis, ada tambah lagi. Boleh makan sampai pecah perut. Yang datang lambat pun boleh makan macam orang lain juga.

Yang mana anda rasa kehidupan anda? Hidup umpama sepotong kek, berebut2 dapatkan sesuatu, takut terlepas kalau lambat. Sampai sanggup tikam-tikam, bunuh-bunuh sesama sendiri, potong jalan orang dan sebagainya.

Atau, hidup umpama jamuan buffet? Semua orang boleh menikmati apa yang disukai, walaupun dah nak habis tapi tak payah risau2 takut tak sempat makan. Makanan ada bermacam-macam jenis. Boleh makan apa saja. Tak payah nak pijak2 orang untuk dapatkan makanan.

Hidup sepotong kek seringkali tertekan, hidup sering dihantui perasaan takut, takut tak dapat, takut terlepas, takut orang lain dapat dulu, takut tak dapat merasa, takut macam2 lah.

Hidup jamuan buffet lebih tenang, lebih terbuka, lebih yakin dengan diri sendiri, lebih gembira, dan semestinya lebih senang dan bahagia! Tak perlu risau orang lain dapat dulu sebab akan ada bahagian untuk dia.

Hidup yang mana satu pilihan anda?

Saya mahu kehidupan jamuan buffet. Saya ada bahagian saya dan kamu ada bahagian kamu. Yang membezakan hanya apa yang kita nak dan apa yang kita buat untuk mendapatkannya 😉

admin Avatar

19 responses to “Hidup Sepotong Kek vs Hidup Hidangan Buffet”

  1. mama faiz Avatar

    aduhh..baca entry ni tibe2 teringin nak mkn kek..heheh…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kek daim Ikea?

  2. transformed housewife Avatar

    hidup mcm hidangan bufet sbb hidup sepotong kek tu mcm rat race jer.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hidup yg abundance

  3. fid Avatar

    tapi nak kena tengok juga buffet kat mana…kalau buffet restoren tasik indah shah alam kalau habis depa tak tambah dah hahaha….kalau hotel berbintang jula juli ok la kahkahkahkah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pegila hotel, buffet cikai2 tak main hehe

      1. fid Avatar

        jgn hena tau
        kalau kita mampu ‘makan’ kat hotel…ada yang sekadar mampu buffet cikai…tetapi agendanya sama juga..masuk mulut kunyah telan jua….

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          tak payah tgk bab ekonomi. amik part buffet saja. tak payah kira2 tempat mana kat mana. susah nanti nk fikir hehe.

  4. Cinta Super Avatar

    pada saya, hidup adalah umpama hidangan buffet. semestinya ada bahagian masing-masing. sikit ke. banyak ke. bahagian masing-masing. tapi, janji Allah. pada siapa yang berusaha, bahagian dia boleh di up kan lagi. pokok pangkal, usaha. cara usaha, bergantung kepada individu.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      lepas makan jangan lupa baca doa lepas makan hehe

  5. amirah Avatar

    eh, analogy kek ni macam ‘kenal’ dapat tangkap je..hehe..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      rasanya analogi kek ni dah widely use globally kot hehe.

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    betul laa..tingin nak makan kek. Kek marble pun ok, janji lembut dan cukup rasa! 😀

    ye..suka hidup spt buffet.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sila beli sendiri 😛

  7. nadiea Avatar
    nadiea

    hidup hidangan buffet laa yg bagus ek?? mestilaa kan…

    just nak dptkan seposen idea dr kawan2 sume.. apa yg kita dpt rezeki dari ALLAH swt and perlu dikongsi bersama… ada kata kalo kita kesempitan duit, ada baiknyer kita lebih bersedekah.. smg rezeki kita makin melimpah.. tp kan, mcm mana plk kalo rs nak derma, tp tak meyakinkan orgnyer tu.. and kita rs teragak2.. nak tggu ada duit kecik laa… and ada kala rasa ah! aku dah pernah derma dah kt dia dulu… takyah dahlaa… tiap bulan pun aku ade bayo zakat… cmn tu ek? selalu ada rasa was2 gitu… huhu

    1. Ibu Addinnasa Avatar

      Nadie

      Ramai kita yang tak tahu apa beza zakat dan sedekah…

      Zakat hakikatnya untuk menyucikan harta. Ianya adalah wajib. Manakala sedekah ialah pendinding kepada sesuatu bala atau mala petaka. Ianya adalah sunat muakad.

      Penting kita lakukan kedua2nya jika berkemampuan.

      Arwah abah saya selalu berpesan , jika ada rasa ingin memberi….jangan sesekali rasa teragak2… nilai itu tidak penting tetapi yang penting niat.

      Dalam hidup kita digalakkkan membanyakkan sedekah…hebat hikmahnya hanya si pemberi dan ALLAH sahaja yang tahu kemanisannya.

      Saya suka hidup buffet, boleh makan ramai-ramai. Berkongsi itu akan lebih memberi kesan indah dalam kehidupan.

      1. nadiea Avatar
        nadiea

        thanks for ur comment… 😉

  8. reitak Avatar

    teringin nk mkn buffet la pulak…. ;p sambil menikmati hidup umpama buffet ni 🙂

  9. […] entri muhasabah diri . Selain itu, sumber asal untuk entri ini sebenarnya datang daripada blog My Super Kids. Lihat sahaja blog My Super Kids ini, pada pendapat saya platform yang digunakan adalah Joomla. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge