,

HIDUP SEORANG BLOGGER Yang di Persimpangan

admin Avatar

HIDUP SEORANG BLOGGER di persimpangan? Persimpangan apakah yang menggangg hidup seorang blogger? Persimpangan dilemakah? Oh tidak, itu hidup seorang blogger Nora.

Hidup seorang blogger (terutama yang baru berjinak-jinak) biasanya berada di persimpangan seperti berikut:

Simpang 1: MENULIS BENDA BAIK-BAIK ATAU BENDA MERAPU

Ramai yang tahu blog yang paling banyak hits paling banyak traffik ialah blog merapu. Terutama blog gossip, blog lucah. Jadi nak tulis bertemakan yang mana satu?  Mana2 blogger boleh menulis tentang apa saja… benda mendekatkan manusia lain dengan keimanan atau dengan ke-lagho-an.

Ramai juga yang ‘takut’ nak menulis benda baik, maklumlah hidup seorang blogger bukannya ideal sangat. Bukan semua blogger adalah bergelar ustaz seperti Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) atau UZAR (zaharuddin.net). Jadi bila nak menulis benda baik tu takut juga kena hentam “MAcam la awak tu baik sangat”.

Tapi terpulanglah. Nak tulis untuk traffik atau nak tulis agar pembaca dapat manfaat sampai ke akhirat. Atau nak tulis sekadar suka-suka. Atau sekadar online diari. Tiada yang betul dan tiada yang salah.

Simpang 2: MENULIS UNTUK SEARCH ENGINE ATAU MENULIS UNTUK PEMBACA

Hidup seorang blogger perlu memenuhi banyak ‘demand’, terutama blogger yang memang ‘cari makan’ dengan blog. Kadang2 kita tengok hidup seorang blogger baru lebih ghairah untuk cepat naik, dengan terlalu fokus menulis untuk search engine, hinggakan pembaca yang datang, terutama new readers berasa keliru pula dengan apa yang nak disampaikannya.

Seharusnya kena tulis untuk kedua-duanya, search engine dan pembaca. Tulisan biarlah berkualiti agar pembaca tak tekan butang ‘back’, yang boleh menurunkan ranking. Tulis berdasarkan kajian terhadap demand dari search engine, dan olah agar menjadi satu entry yang menarik pembaca. Barulah boleh hidup seorang blogger baru tu 😀

Simpang 3: MENULIS IKUT KEHENDAK HATI ATAU KEHENDAK PEMBACA

Syarat paling utama untuk menulis blog (atau apa saja benda yang nak dibuat) ialah MINAT. Seorang pengasuh budak yang tidak minat menjaga budak, tidak akan dapat menjaga seorang budak dengan baik. Seorang tukang masak yang tak ada minat nak masak,takkan jadi seperti Chef Wan. Jadi hidup seorang blogger mesti penuh dengan minat, passion, enthusiasm…

Biarlah majoriti pembaca tak minat tulisan kita.. berapa juta orang di Malaysia ni? Pasti ada satu golongan yang suka dengan tulisan kita. Tak perlu berkorban perasaan bila ‘terpaksa’ tulis tentang perkara yang kita tak suka hanya sebab nak memenuhi kehendak pembaca.

Simpang 4: MENULIS KERANA SUKA-SUKA ATAU KERANA WANG

Hidup seorang blogger mungkin tak lepas dari persoalan nak tulis suka2 ke nak jana pendapatan dari blog? Tiada siapa yang akan paksa kamu nak buat apa-apa dengan blog kamu. Ramai blogger yang menjalani hidup seorang blogger mewah dari hasil blog. Ramai juga yang tak ada hasil apa-apa.

Tapi semuanya datang dari usaha. Kalau tulis satu entry dan mengharap banyak income mari… oh itu sungguh tidak boleh jadi…

Simpang 5: MENULIS ENTRY SEMATA-MATA ATAU MEM-FAMOUS-KAN DIRI

Hidup seorang blogger tak terlepas dari ‘dikenali’. Walaupun blogger picisan namun masih ada insan yang menghargai. Ada blogger yang hidupnya sangat misteri, tak ada orang kenal siapa dia, tapi entry dalam blog adalah power, bagus, berhemah, berkualiti tinggi, berpandangan jauh. Ada juga blogger yang tulisan biasa-biasa, hari-hari update tentang apa dia buat, apa dia makan, apa dia shopping, secara tak langsung hidup beliau lebih dikenali.

Bila memilih untuk menjadi golongan kedua, seorang blogger seharusnya faham bahawa beliau telah membuka pintu kepada orang lain untuk mengetahui di sebalik hidup seorang blogger itu. Pembaca bukan saja akan kenal siapa orangnya, malah siapa suami, anak, mak, bapak, adik, sepupu, ketua kampung dan sebagainya. Bila terlalu terbuka ia mengundang kepada banyak tohmahan orang tentang kehidupannya.

Berbeza dengan blogger yang hanya dikenali melalui tulisan. Beliaumasih boleh hidup dengan tenang tanpa ada yang nak hentam tentang watak, fizikal, pembawaan dirinya dan sebagainya. Kalau kena hentam pun mungkin cetusan pemikirannya melalui tulisan saja.

Simpang 6: TULIS PERKARA BENAR ATAU TIDAK PASTI?

Dalam hidup ni banyak perkara ketidakpastian. Seorang blogger yang suka menulis tentang isu semasa mungkin tiada masalah untuk mencari fakta sebenar kerana biasnaya orang yang peka dengan isu semasa adalah mereka yang rajin mengikuti aliran informasi media dan suka membaca.

Masalahnya bagi penulis blog yang biasa-biasa, tapi tiba-tiba mendapat informasi yang ‘fresh from the oven’. Perkara yang belum jelas benar atau salah. Perlukan ditulis? Atau tidak? Kalau tulis banyak traffik masuk 🙂 Ahaks.

Apa jua persimpangan yang seorang blogger temui, sebenarnya adalah rambu-rambu kehidupan seoarng blogger. Hanya kita sendiri yang boleh memilh untuk masuk ke simpang yang mana. Ada simpang yang nampak boring, tapi in long run, ia yang paling menguntungkan.

Ada persimpangan yang nampaj ‘happening’ tapi bila dah masuk rupanya hampeh.

Bagaimana seorang blogger mahu memilih simpang mana yang harus dituju, bergantung lah kepada seketul daging yang ada di dalam dada. Tanyalah hati dan hati yang bersih pasti akan memandu blogger untuk hidup sebagai seorang blogger yang bijak memilih antara persimpangan.

admin Avatar

3 responses to “HIDUP SEORANG BLOGGER Yang di Persimpangan”

  1. steam cleaners for carpets Avatar

    Hi there, its pleasant post concerning media print, we all be
    aware of media is a impressive source of information.

  2. digital farming Avatar

    I know this website gives quality dependent content and other material, is there any other
    web page which gives such things in quality?

  3. ukjayseo Avatar

    In addition to Web Design prices, to have a website on the web, requires Web Hosting
    prices.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge