Hidup Seorang Blogger Picisan

admin Avatar

Hidup Seorang Blogger, sebuah contest SEO dianjurkan oleh DenaiHati. Inilah tujuan entry Hidup Seorang Blogger Picisan ini ditulis.

Hidup seorang blogger picisan tentunya berbeza dengan gaya hidup seorang blogger berpengaruh. Blogger picisan ialah jolokan yang diberi kepada blogger yang biasa-biasa saja, bukan terlalu tegar sampai setiap benda yang berlaku dalam hidup, seorang blogger tu nak tulis dalam blog, atau bawa kamera ke mana2 agar peristiwa2 dalam hidup, seorang blogger boleh abadikan dalam blognya without fail. Bahkan bukan juga blogger yang kalau sehari tak update blog, berduyun2 message atau email masuk bertanya “Kenapa tak update blog? Kami rindu nak baca tulisan you”.

hidup seorang blogger
Hidup seorang blogger picisan tidak tertakluk kepada berblog semata-mata

Hidup seorang blogger picisan adalah simple saja, sebab tak perlu nak update blog for the sake of update, tak ada orang tertunggu2 entry dari dia. Kalau ada pun mungkin sepupu di kampung yang nak tengok gambar terbaru. Kalau hidup seorang blogger berpengaruh mungkin sering diterjah kerana ramai ‘peminat’ dan ‘haters’ yang menunggu masa nak kritik tapi dalam hidup seorang blogger picisan, semua tu tak payah nak risau. Tak ada stalker nak tahu apa dia buat hari ni, mana dia pegi hari ni.

Sehari dalam hidup seorang blogger picisan tidak ada bezanya dengan orang lain. Update blog pun ikut suka hati, tak ada waktu2 tertentu. Tak perlu nak tweet-tweet tentang apa-apa perkembangan, especially tentang blog. Takde orang nak tahu pun. Hehe.

Kalau hidup seorang blogger berpengaruh mungkin lebih meriah dengan peminat2 dalam circle-nya, hidup seorang blogger picisan… biasa sajalah. Peminat pun tak ada, apa lagi circle sendiri. Cuma tumpang circle yang dah ada saja. Itupun orang tak heran, kat luar tak ada orang datang tegur “You Miss XXX kan? Yang tulis blog YYY tu kan? I suka lar baca blog you. You memang seorang blogger yang best”. Oh, itu semua tidak ada dalam kisah hidup seorang blogger picisan.

Blogger berpengaruh mungkin sering disebut2 di mana2, dalam blog orang lain, dalam perbincangan orang lain, tapi tidak dalam hidup seorang blogger picisan. Siapa heran? Jadi secara tak langsung hidup seorang blogger picisan lebih tenang. Tulis benda baik orang tak puji, tulis benda huduh orang tak keji. Kalau secara umumnya, hidup seorang blogger berpengaruh ada banyak sikit pantangnya… pantang silap tulis, pantang silap buat, ada ajelah tukang nak tolong perbetul dan perbesarkan cerita.

Meskipun hidup seorang blogger picisan lebih simple, tapi penjagaan terhadap blog mesti ada juga. Maklumlah dalam hidup, seorang blogger ke apa-apa ke tak lepas dari perhatian orang, walaupun seorang. Jadi blogger picisan pun tetap kena jaga tatasusila dalam menulis tentang hidup. Seorang blogger picisan tak boleh suka2 hati tulis itu ini,mentang-mentang orang tak kisah tentang dia, bantai je tulis apa-apa. Tak boleh camtu… seorang blogger juga seorang manusia jadi tak boleh jadikan hidup seorang blogger tu eksklusif sampai lupa diri Okay.

Hidup seorang blogger picisan kadang-kadang boring juga. Tulis entry bagus pun ada satu dua je komen. Isk3x. Macam saya kata, hidup seorang blogger berpengaruh lebih meriah, walaupun tulis entry copy paste dari blog orang lain, atau entry recycle, hambik kau ada 150 orang komen, tak termasuk yang tulis “Entry ni memang tebaek la bro, lu memang tebaek!” walhal copy+paste je. WTH? Mungkin hidup seorang blogger berpengaruh banyak dihiasi kaki-kaki bodek yang nak tumpang glamour?

hidup seorang blogger

Hidup seorang blogger berpengaruh mungkin lebih lebat dengan income blogging. Maklumla, advertisers berebut nak bayar. Bukan aje dari advertising company, ada yang direct terus contact mereka. Mungkin juga nak menaja macam-macam. Masyuuukkkk. Hidup seorang blogger picisan… tak ada apa2. Kadang2 lebih banyak menghabiskan duit dari buat duit dari hasil hidup seorang blogger. Tapi.. enjoy blogging je la kan 😉

Apa-apa pun, blogger picisan ke blogger hebat ke, hidup seorang blogger mesti terus telus, lulus, jujur… Semoga hidup seorang blogger, tak kira picisan ke hebat ke, akan terus mendapat keredhaan 😀

So, adakah anda hidup sebagai seorang blogger picisan atau hidup sebagai blogger yang berpengaruh, hebat, glamour, etc? Atau sedang menuju ke arah itu?

Share la. Hehe.Mungkin cara hidup seorang blogger seperti anda boleh menjadi inspirasi kepada blogger lain 😉

admin Avatar

19 responses to “Hidup Seorang Blogger Picisan”

  1. sya Avatar

    blogger mysuperkids ni, blogger picisan ke? mungkin antara picisan dengan blogger hebat kut.. tengah2 atau dah hampir2 ke hebat.. hehe…

    saya? blogger picisan… tak semua event dalam hidup ada dalam blog. dan tak rajin nak update cerita hari2 dan tak ada orang nak tahu pun (saje2 suka nak cerita jugak.. hehe). tapi, tetap blogger tegar jugak.. 😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hebatnya status saya hahaha. Tq Sya! Really make my day 😀

  2. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    blog; pemilik/pemulis memberi kebenaran kpd org lain utk megetahui apa yg sedang berlaku di persekitarannya, luahannya, pemikiran dan pendapatnya atau ilmu yg hdk dikongsikan atau apa sahaja yg pemilik/penulisnya hendak war-warkan. Hebat atau picisan usahlah dinilaikan. nilaikan apa yg kita dpt dari blog itu.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Blogger picisan umpama seorang imam tua kampung yg kalau dia cakap apa tak semua org beri perhatian. Blogger hebat umpama artis realiti TV yang kalo dia kata “kereta mempunyai 4 tayar” semua orang bertepuk tangan dan memuji2.

      Wahaha. Pandai2 wat bandingan. Habis aku.

  3. Hidup Seorang Blogger Avatar

    Nice lah entry ni.. good luck ok.. sama-sama hadapi cabaran hidup seorang blogger ni..
    .-= Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Cabaran Hidup Seorang Blogger Meneruskan Aktiviti Online =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mencabar sungguh. Saya masih di 2nd page tak naik2 lagi hahaha.

  4. Wan Anie Avatar

    macam tak percaya jer ini blog picisan…. 😀
    macam saya ni yerlah takde org kenal … blogger tempias jerk 😛
    .-= Wan Anie´s last blog ..Menu Berbuka =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Percayalah~~~~~~

      Hehehe.

  5. transformed housewife Avatar

    picisan or not, it doesn’t matter to me. maybe bcs I never think abt getting the income from my blog. (sampai skrg tak daftar dgn NUFF atau yg lain2.)
    .-= transformed housewife´s last blog ..Do we need flavour enhancer or food seasonings in our cooking =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yeah. Enjoy blogging ye KNur 🙂

  6. mrsnik@meah Avatar

    ntah, humble sgt nih mu long eh, blog gini picisan? kalu blog i x tau ler ape kan….tp i mmg intentionally buat blog for money, alang2 kite dh spend mase kan..kalu bole dpt sket2 pon x kisah…kot yer pon mmg suka blogging…lgpon mungkin satu hari nanti nak buka mrsnik’s kopitiam? who knows? so a good place to start kt sini ler…tgk pendapat org dulu ttg masakan kite n so on…
    ape2 marilah kite terus bloggging..
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..9 Ramadhan- Mee kari assam =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mmg bagus niat dan usahamu. Gambatte!

  7. eliss Avatar

    tak po lah picisan pun, yang penting banyak duit masyuk ..hahaha..eh, belog picisan mcm belog eliss pun kena hentam maaa…padahal picisan ni…tadok peminat segala…tak po- tak po, orang wak doso, masuk nerako sudohnyaa…
    .-= eliss´s last blog ..Cara melatih anak berpuasa =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Banyok duit masuk gak bukam picisan doh bekali hahaha

  8. aiDiena Avatar

    Alahai.. biar picis.. asal aku suka baca sudah.. hehehe.. I like ur blog.. and ur writing… 🙂 Keep up ok!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kembang satu badan mak. Tima kaseyyy!

  9. kakLuna Avatar
    kakLuna

    napa org asik memperkata blog alom ni bukan picisan? kan tujuan entry tu utk mengembangkan tajuk yang diberi.

    mmg la blog alom bukan picisan cuma dia menceritakan bagaiman ciri2 blog picisan tu…kan?

    blog ni mcm mulut kita lah. Nabi pesan ‘lebih baik diam drpd berkata yang sia2’. apa yg kita tulis pun kene tgjwb. kalo bkn tgjwb di sini, tgjwb di ‘sana’ sudah pasti. kalo leh tulis yg berfaedah, tulislah..tak rugi.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe. Saya pun tatau adakah saya picisan atau tidak? Hihi.

      Betul tu kak. Apa yg kita tulis selagi tak kena delete ia still la berada kat dlm blog ni. Apetah benda buruk2.

  10. […] 24. Mysuperkids.net – Hidup Seorang Blogger Picisan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge