Helikopter Untuk Mangsa Banjir di Kelantan

admin Avatar

Saya masih berada di Eropah ketika mendapat berita tentang banjir besar melanda Pantai Timur. Lagi. Sebetulnya hujung tahun memang dijangka musim tengkujuh tiba, musim bah, banjir berlaku setiap tahun di kampung saya.
 
 Rumah kami antara ‘port’ pesta main air. Air banjir melimpah di kawasan rumah, menjadikan rumah kami umpama pulau. Hujung tahun adalah musim cuti sekolah, jadi kami semua memang seronok berpesta. Kepada yang berkesempatan, akan turun ke bandar Kota Bharu untuk ‘main air’ yang hampir separas pinggang.
 
 Beberapa puluh tahun sekali akan berlaku banjir besar, atau dipanggil ‘banjir merah’. Kata emak saya, ia pernah berlaku di tahun 1970-an. Seluruh kampung digenangi air, dan semua penduduk bersampan.
 
 Saya tak pasti samada kita kini sudah masuk ke fasa ‘banjir merah’ yang berikutnya, atau fasa apa… Kerana kejadian banjir besar kerap berlaku kebelakangan, seingat saya (yang saya paling ingat) sejak 2004 (tsunami Acheh), memang kerap kejadian banjir besar melanda negara.
 
 Tahun lepas di Kuantan dan Kemaman, rumah pakcik saya tenggelam. Tahun ini, nasib sama juga menimpa beliau. Dan tahun ini, kejadian banjir besar berlaku dengan dahsyat di Kelantan. Kawan-kawan rapat saya (ya kawan rapat sejak dari universiti) hingga kini ada yang masih menunggu khabar berita dari ahli keluarga yang lost contact.
 
 Tak tahu lagi apa boleh dibuat melainkan berdoa semuanya selamat.
 
 Mujurlah keluarga roomate saya di UTP berada di KL atas beberapa urusan, kerana rumah mereka di Tanah Merah turut tenggelam dek air banjir.
 
 Ketika menulis entry ni, saya dalam penerbangan MH21 dari Paris ke Kuala Lumpur. 12 jam saya putus hubungan dengan dunia luar. Last sekali whatsapp saya ke group keluarga, tidak diterima sesiapa kecuali adik perempuan saya di Kota Kinabalu.
 
 Hati siapa tidak risau. Lebih-lebuh lagi air banjir dah ‘bergerak turun’ ke Kota Bharu. Ahli keluarga saya, anak-anak saya semua ada di sana. Ikutkan hati mahu terus terbang ke sana, bawa mereka semua ke KL.
 
 Tapi life must go on. Saya masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Seperti Dato’ Seri Najib, pasti pertemuan penting dengan Presiden Obama tidak boleh ditangguhkan, dan urusan negara boleh diuruskan oleh Timbalan Perdana Menteri serta lain-lain menteri yang dah kita wakilkan.
 
 Cerita tentang helikopter. Saya cuma dapat berita dari medium FaceBook, ayah saya, serta rakan-rakan rapat yang terlibat tu. Dari update rakan-rakan, ada seorang individu menyewa helikopter dalam RM19,000 untuk menyelamatkan ahli keluargnya.
 
 Ketika saya bangun tidur pagi tadi, seorang Hartawan Shaklee sedang membuat kutipan untuk menyewa helikopter bagi memindahkan pesakit dari Hospital Kuala Krai ke HUSM dan hospital lain yang tidak terlibat dengan banjir. Macam-macam saya dengar, respon dari orang-orang yang menerima mesej tersebut. Ada yang menganggapnya sebagai scam, dan sedia nak report polis bagai.
 
 Kalau saya di tempat mereka pun, mungkin saya buat benda yang sama. Sewa helikopter? Gila ke? Dah tak cukup ke helikopter kerajaan? Buat apa nak perabis duit sewa benda yang kerajaan pun ada.
 
 Tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sekurang-kurangnya mempercepatkan bantuan. Dan menyahut seruan Tan Sri Annuar Musa (hopefully it was his real FB, dan tidak kena hack) agar para NGO dan badan swasta beri bantuan cepat-cepat.
 
 Dari dalam FB, macam-macam saya dengar (baca) tentang pandangan kerajaan terhadap mangsa banjir. Ramai yang kata media massa cuma sebut Terengganu, Pahang, Perak, Perlis.. Kelantan tak ada dalam list.
 
 Tapi dalam flight ni saya baca The Star dan The New Straits Time; alhamdulillah Kelantan tanahairku di-highlight sebagai subjek utama. Tambah runtun rasa di hati. (Saya tak berapa boleh terima berita forward di FaceBook, banyak tambah dari yang betul. WhatsApp lebih-lebihlah, entah berita/gambar dari mana-mana tapi katanya di Kelantan lah, Terengganu lah. Semuanya cuma mengganggu emosi orang macam saya).
 
 Sama-samalah kita mendoakan agar banjir cepat surut, dan mereka yang terlibat diberi kesabaran serta hati yang redho dengan ujian dari Allah. Berat mata memandang, namun bahu yang memikul saja yang tahu.
 
 Apa pun, I’m homing home.
 
 (Dalam penerbangan tak dapat tidur pun. Oh no…!)
 
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Helikopter Untuk Mangsa Banjir di Kelantan”

  1. emalinmohd Avatar

    Semoga ahli keluarga akachan dilindungi Allah SWT hendaknya

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    semoga family alom dilindungi dan dipermudahkan semua urusan

  3. Suriya Avatar

    Alhamdulillah makin ramai sukarelawan yang sudi hulur tangan bantu…kagum dengan semangat dan niat baik orang-orang ni

  4. Moms Avenue Avatar

    Teringin juga rasanya terbang ke sana.. Tapi apakan daya, belum diberikan rezeki.. Apapun Alhamdulillah banjir dah surut.. Cuma kesian pada mereka yang rosak harta benda (dan rumah), terpaksa mulakan kehidupan yang baru..

  5. Amyz Avatar

    Sedih bila baca newsfeed fb dengan gambar-gambar yang menyayat hati. Semoga Allah permudahkan dan kurangkan penderitaan mangsa banjir. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge