25/01/2010
Originally uploaded by sauberlina
Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)
Biasanya bila dikatakan ujian, kita selalu kaitkan dengan perkara2 yang susah, contohnya:
– anak2 adalah ujian untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, yang mana bila dah ada anak, susah sikit nak on time tunaikan solat, mengaji, etc.
– dikurniakan anak cacat, anak sakit, etc. adalah ujian untuk menduga ibu bapa.
– anak2 yang tidak se’cerdas’ dan se’cergas’ rakan2 sebaya adalah ujian.
– kehilangan anak adalah ujian.
Namun kita jarang nampak ujian yang datang dalam bentuk kesenangan. Contohnya:
– Anak kita pandai berbanding rakan sebayanya — adakah kita terhalang dari bersifat bangga diri, ujub dan sebagainya?
– Anak kita lebih cepat mencapai sesuatu perkembangan dari bayi sebayanya — adakah boleh untuk kita tak merasa “Wah hebatnya anak aku! Akupun hebat jugaklah!”
– Anak kita kurang “agresif” berbanding budak2 lain — adakah ia boleh menjadikan kita tidak berasa “Anak aku lah yang terbaik, dan akulah ibu bapa terbaik” sambil kembang hidung.
Susah mahupun senang, semuanya adalah ujian. Kerana apabila Allah mengasihi seseorang, diuji dengan kesenangan supaya dia bersyukur dan diuji dengan kesusahan supaya dia bersabar.
On the other hand, bila Allah benci pada seseorang pun diberi benda yang sama, diberi kesenangan supaya dia terus berasa dia hebat, lupakan Allah, rasa diri cukup sempurna…. dan diberi kesusahan supaya dia tak sudah2 mengeluh, menangisi nasib, berasa Allah tak adil, etc.
So?
Leave a Reply