Pam Susu – Pentingkah Memilikinya?

Pam susu memanglah satu alat yang penting terutama bagi ibu bekerja, untuk memerah susu badan untuk diberikan kepada anak sepanjang masa ibu berada di perjabat.

Tapi.. betul ke ia memang penting? Adakah dengan tidak memiliki pam susu, seseorang ibu bekerja tu tak mampu nak menyusukan anak secara eksklusif? Atau, adakah hanya pam susu yang mahal dan berjenama saja yang berkesan bagi mengeluarkan susu badan?

Jawapannya tidak.

Cara yang paling efektif untuk mengeluarkan (express) susu badan ialah dengan menggunakan tangan kita sendiri. Magic of the hands ni boleh ‘mengorek’ segenap salur/duktus susu di dalam payudara bagi mengeluarkan kesemua susu yang ada. Namun, memerah menggunakan tangan atau hands expressing ni memerlukan skill dan perlu belajar. Kalau salah cara dikhuatiri boleh merosakkan tisu2 payudara (oh saya sendiri pun kureng mahir ini!). Seboleh2nya setiap ibu mahupun yang memiliki pam paling mahal, patut tahu cara memerah dengan tangan, untuk menghadapi saat2 kecemasan seperti pam susu rosak, lupa bawa pam susu dan sebagainya.

Pam mahal? Sebenarnya ia bergantunglah kepada keadaan ekonomi seseorang. Kalau rasa kail panjang sejengkal, mengail la dalam parit, tak payah nak mengail di laut. Kalau rasa budget cukup untuk pam susu harga RM80, beli saja pam susu harga RM80, tak payah nak berhabis beli pam susu harga RM2000. Pam mahal ataupun murah, bergantung juga pada teknik dan kepandaian seseorang ibu untuk mengepam. Yang penting, tak payah membazir semata2 nak ikut orang. Ada ibu yang berhabis beli pam beribu2, tapi akhirnya tak pakai pun. Ukurlah baju di badan sendiri.

Memanglah diwar-warkan pam susu paling bagus adalah yang berjenama, hospital gred whatever… See who’s talking. Kalau yang cakap tu adalah tokei/pengilang/penjual pam susu tu, mestilah dia nak suruh orang beli pam susu dia. Pam susu murah2 pun berhasil juga, kalau betul kena caranya. Ada juga yang beli pam mahal2 tapi hasilnya sama je. Yang penting, teknik.

Jangan disebabkan pam susu, seseorang ibu rasa “Tak berjayalah nampaknya nak menyusu secara eksklusif dan penyusuan penuh, tak mampulah beli pam susu branded yang bagus2 dan mahal tu…”.

Tidak, tidak, tidak. Semua ibu tak kira mampu berpam susu mahal atau tidak, boleh berjaya!

medela freestylemedela freestyle

My best buddy, Medela Freestyle

24 thoughts on “Pam Susu – Pentingkah Memilikinya?”

  1. 100% agree! Anak sulung saya saya pam guna tangan je…. walaupun dah beli Avent. But… for 2nd….half way guna tangan half way lg guna pam… actually kemahuan yg paling penting!

  2. Btul2..harga pump & brand tak memainkan peranan utk penyusuan eksklusif nih.lain org lain jenis pam yg sesuai dgn msg2.sy dl pun just pakai pump yg belas2 hinggit aje..(yg mcm hon org jual aiskrim tu aje..hehe..).still can get 6-7oz sekali pam. selebihnya pakai tangan utk membantu..terutama time dh bengkak susu..that time pam lgsg tak melegakan.but i still wish to have one yg elektrik punya;sbb tgk kwn2 pam mcm sng je..on suis..tggu je susu kuar..tak penat tgn..hihi!Tapi itu tggu next bb la kut.
    .-= MamaLutfi´s last blog ..@Cuti-cuti di Melaka ::Part 3:: =-.

  3. salam kak..
    setuju jugak…
    zah dah alami pump susu murah dan mahal..

    bukan nak menidakkan kegunaan pump yg mahal…ada jugak guna dia…tp kalau bab kepuasan mengepam zah lebih kepada pump spectra…

    guna fs dah hampir 4 bulan…tp kalau tak puas zah pakai gak spectra utk pastikan susu betul2 kosong dlm breast…

    apapun tak ada halangan utk beri anak yg terbaik kan kak..!mau atau tidak shj..

  4. yup. kadang2 pam pakai mesin bukannya keluar un. sakit ada lah! :( anyway, saya rasa maybe ada org prefer mesin, ada org pakai tangan je.. (my sis kata pakai tangan lagi best sebab lagi banyak hasil..) :)

  5. pendapat saya yg tak brapa byk pendapatan

    1.naiwaitu,niat, keazaman paling penting, pam canggih manggih kalau M lebih tak guna jgk
    2. Pam yang sesuai
    dulu saya pakai avent isis BEST, tp kita akan kerap MIA

    sekarang ni pakai PISA 2nd hand, best sesangat,nak pam jer on pasang n pam jer kat meja, memang rasa berboloi invest.

    TAPI Kalau lagi mampu cam moomy lyna tu peeeh….. free style amat berbaloi2. ;-)

  6. saya setuju bangat..pernah sekali kene sound juga dengan seorang ibu bf yang tegar!! “Awak beli pam mahal2 semua pun masih tak cukup susu? Tak de masa ke malas??”…ushh..memang pedah tapi berasas..

    Dengan pam mahal, hansfree lagi, kadang2 saya jadi malas..tapi tetap ku gagahi jua..No turning back, once BF forever BF selagi terdaya..Apa2 pun saya tetap sayang Avent Manual dari my new FS ni..kadang2 bateri lupe nak charge, tangan juga yang terpaksa berkerja keras.. Kalau pakai manual Avent dulu x de masalah terlupa charge..cumenya no doubt FS mencepatkan kerja, i masih boleh menaip kerja2 di ofis time pump or jawab telefon..bos pun kagum..kredit di situ..
    .-= dbalkis´s last blog ..Contest Miela77 Aksi Baby BerCD’ing =-.

  7. I use Medela Freestyle also.. hehe.. Yup it is true.. Doesn’t matter what brand you use, the most important thing is our effort and will.. And, of coz we want something that can make our life easier, so that we dun give up in pumping and breastfeeding our baby..

    Gud luck mommies..
    .-= Jue´s last blog ..Feeling Lonely.. =-.

  8. yes,saye sokong ibu2 yg ckp ttg niat,ketabahan dan cekal utk bf baby masing2,saye pon mcm tu,dpt baby 2nd ni mcm nk tebus balik silly mistake mase 1st baby aritu,alhamdulillah rezeki plak dpt pam medela harmony free,wpon manual xkesahla kan..

  9. kalau takde semangat nk pump pun ke laut jugak beli pump yg mahal2..determination seorg ibu utk menyusu amat la perlu utk memastikan ROI pembelian pump adalah bagus…huhuhu saya dah merepek

  10. yupsi i agree, sgt setuju…sbb myself mule2 beli yg madela mini-e double pumping…tp br pki 3 bulan sudah rosak…beli madela sbb termakan kate2 promosi n konon2 madela branded stuff…melayang jek rm 600 :(
    pas2 now i pki spectra 3, walaupun harganya murah….tp mmg sgt berkesan….im in luv wif spectra 3 :)

  11. iye, mmg terpulang pada kemahuan ibu tu..
    sy jg dulu sblum tahu ada berjenis-jenis pam ni, tahu nye ada pump tangan pureen yang ada bulat biru tu n pam letrik ada kat spital ampang(anak admit 4hari sbb kuning)- try jugak pakai yang letrik kt spital tu, tapi dapatnye ciput..tapi ada ward-mate(ade ke word ni?) mmg dapat pupm penuh..jeles tahap tak tau nak cakap..tapi bila balik rumah tryle pulak pureen manual tu..haha lagile lenguh, n dapat takat lantai botol jek..
    at last, my mummy(arwah) cakap, “cubala pakai tangan, dulu mummy susukan nana(adik bongsu) sampai dia 9 bulan mummy pump kat pantry wad(my mum maternity nurse di HKL), boleh je” katanya.. sbg anak yang mmg pantang dicabar mak sendiri, sy gagah mencuba perah guna tangan dan BERJAYA..kat ofis, perah kat toilet OKU(takdak org pakai), boleh dapat sampai 7oz for one session..masa tu rasa bangga sangat dapat sahut cabaran ibu sendiri.. Alhamdulillah, terima kasih mami..fiza takkan lupa apa g mami pesan..

    skrg dah cuba pelbagai jenis dah..mmg tak sehebat perahan tangan..LDR mmg boleh dapat sepat dan berulang kalau kena gaya..

    just sharing with others..

  12. Salaam.

    MommyLyna,
    beli pump memahal baru la kelless…! hehehh gurau jah!
    saya tak pernah berpeluang pun nak guna mendakloh ni, alhamdulillah.
    .-= Nor[m]frida´s last blog ..Nak tulis apa kat blog ya? =-.

  13. Medela FS tu aku nye target for next baby…ko saje nak tayang ekkk..Bg aku tak kira or mahal yg penting teknik..belajar memerah guna tangan pun penting atas hal2 kecemasan

  14. wah… sgt kagum kat mommy2 yg bule perah pakai tgn jer… sbb dulu sy pernah cuba… sbb b/pump tggl kat umah… huhuhuh tapi tak menjadi laaa!!! ade kawan saya smpi skrg anak dia dah 1tahun still perah pakai tgn jerrr… mmg takjub! huhuhuh insya-allah anak ke-3, sy perlulaaa blajo perah pakai tgn nie… jimat pun iya kan? heheeheh
    .-= nadiea´s last blog ..~New YEAR 2010~ =-.

  15. saya ada manual pump dan fs.. tp pnah gak try marmet teknik. kalau kena gaya mmg dapat express byk. tak lah lenguh sgt pun, tp apa2 teknik pun.. yg penting usaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge