Guangzhou 102 Live Update – FInale

admin Avatar

Krettttttttt – Kita rewind ke Day 2 semula.

2 orang daripada peserta G102 adalah pasangan adik beradik dan mereka adalah usahawan muda yang terlibat dalam industri perabot mewah. Ada di antara pelanggan mereka di kalangan artis-artis tempatan. Sejak daripada menghadiri kursus G101 mereka telah menyatakan hasrat untuk pergi ke Pusat Memborong Perabot.

clip_image002

Oleh yang demikian, pihak GMTC telah membuat lawatan khas “tailor-made” dengan kehendak mereka. Pada waktu yang sama, usahawan borong yang lain pergi ke Plaza Telefon dan Barangan Elektronik.

Di bawah adalah perabot-perabot mewah yang terdapat di sana (kata mereka harga sangat murah berbanding harga di Malaysia)

clip_image004

clip_image006clip_image008

clip_image010

clip_image012

clip_image014

Mahu beli perabot di sini? Ayuh ke China!

Ok, finale, hari ke 4 di Guangzhou.

Hari ke 4 adalah hari bebas. Semua usahawan G102 mengambil peluang mentawaf semula Plaza-plaza borong tanpa tunjuk ajar dari sifu mereka. Semua sudah cekap dan tahu selok belok untuk bergerak sendiri ke plaza borong. Seawal hari ke 2 mereka sudah berkeyakinan untuk pergi dan balik ke hotel tanpa “pemandu pelancong”. Adakah kerana mereka tahu membaca Mandarin? Tidak. They just do what we tell them to do. And it works. Alhamdulillah.

Kami juga berbangga kerana walaupun mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou, ada yang telah mengeluarkan modal besar memborong barangan untuk jualan Bazar Ramadhan tahun ini. Antara barangan yang diborong – 500 pasang kasut berjenama untuk kanak-kanak, 400 pasang jeans, 300 pasang T-shirt lelaki berjenama dan 200 wallet. Banyak kan? Memang lawan tokey! Hehe.

All in all, it was a great trip with a great bunch of people that are now our friends. Thanks for trusting us to show you the way in Guangzhou. Segala kekurangan harap di maafi dan semoga bertemu lagi!

clip_image016

Sebelum pulang. 4 orang lagi tiada dalam gambar.

clip_image018

“Nadirah, bila kita nak datang China lagi ni?”

“Kita doa la dapat pergi lagi September ni :)”

So, bakal usahawan out there, dah ready untuk jadi another usahawan barangan China?

admin Avatar

One response to “Guangzhou 102 Live Update – FInale”

  1. mrsnik@meah Avatar

    eh, nak bawak brg2 byk tuh kuar dr China tak kena tax ko?
    Falah makan sayur?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge