Great Teacher Onizuka atau Eyriqazz, pemilik Eyriqazz.Com dengan berani dan secara terbuka memberi berdas-das kritikan (atau kutukan?) terhadap blog kesayangan ramai saya ini. Kenapa Eyriqazz begitu busuk hati sampai hati mengkritik saya? Saya tahu anak saya cacat…. isk isk isk.
Ahaha~~~ Sebenarnya ia adalah blog review yang dibuat oleh Saudara Eyriqazz terhadap My Super Kids. Bukan calang2 review, kerana KAMI memerlukan 2 pengomen terbaik di entry tersebut, dan Eyriqazz menyediakan hadiah istimewa buat mereka.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan bolehlah tengok apa yang patut dalam blog ini dan berikan pendapat anda dalam entry Eyriqazz Review My Super Kids ini. Saya takkan pilih komen bodek ya ahaks. Hanya komen yg ikhlas dan jujur, untuk apa saja yang berkaitan dgn MySuperKids, sama ada dari segi layout ke, content ke, navigation ke, cara tulis ke, etc. Okey? Sesapa pun boleh komen, regular readers, silent readers, pertama kali singgah pun dialu2kan. Anonymous apatah lagi, sebab saya tak pernah dapat komen Anonymous 🙂
Okay jom jengah entry Eyriqazz dan luahkan apa yang terbuku di hati anda terhadap blog ini ya 😉
P/S: tamau komen yg bagus2/baik2 aja ya…
Trimas folk!
Leave a Reply