Great Cloth Diapers Change Kembali!

admin Avatar

Bagi pengguna cloth diapers (erk, baby la yang guna) event ni adalah satu acara yang ditunggu2! Mana taknya ia sangat bersejarah sebab ibu-ibu satu dunia menukar lampin bayi mereka kepada lampin kain (cloth diapers) secara serentak.

Buat pertama kalinya di Malaysia, GCDC 2011 di buat tahun lepas di Scriptory Box. Masa tu saya masih dalam pantang Danny. Gigih juga ke sana bawa Danny yang masih merah.


Sempat lagi Danny bergambar dengan jelitawan Dynas Mokhtar 🙂

Disebabkan acara ni berjalan serentak, jadi terkena untuk waktu Malaysia pada jam 12.30 tengah malam. Tapi meriahnya, tak terasa pun dan tengah malam.

Tahun ni GCDC 2012 akan dibuat di lokasi lain pula.. Tak muat Scriptory Box sebab peserta ramai sangat hehe.


Bertarikh 12 April 2012 di Mom Basic, Sungai Buloh.

Ibu bapa yang terasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang cloth diapers dan bakal ibu bapa yang rasanya nak menjimatkan kos lampin… Datanglah ke event ni. Ia bermula pada sebelah siang dengan mcm2 aktiviti menarik.


Untuk peserta lagi lah menariknya.. Tengok saja sponsors untuk event ni, penuh banner 🙂

Jom lah ramai2 raikan kembali kepada kehidupan hijau 😉

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Great Cloth Diapers Change Kembali!”

  1. zuhaini Avatar

    mombasic sg buloh..? dekat dengan rumah saya tu!! 🙂

  2. kinna Avatar

    tak dpt join sbb jauh sgt dl dekat je ngan umah :)) lgpon anak dah besar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge