Saya adalah membuat beberapa siri advertorial sebagai penghargaan kepada para usahawan yang telah menabur bakti, ewah, semasa perasmian semua-dalam-satu di Wisma Bling Lustre pada Hari Ibu 2010 tempoh hari. Untuk yang pertama ini penghargaan kepada D’Jarum Shop yang telah menyumbangkan kraftangan felt magnet untuk hadiah. Comel bangat!
Felt fridge magnet
D’Jarum adalah sebuah ‘kedai comel’ yang menyediakan perkhidmatan membuat hasil2 tangan seperti felt craft dan knitting serta hasil2 kraf yang lain. Ia dimiliki oleh seorang ibu muda yang sangat high passion dalam kerja-kerja tangan ni. Sebelum kita berkenalan dengan pemilik kedai ni, kita tengok dulu apa yang ada di D’Jarum Shop.
Fridge magnet. Comel kannnn???? Hafiy & Fahry suka la kereta2 ni 😀
Handphone case. Yang belah kiri from felt fabric.
Felt key chain
Crochet bracelet
Ini pula khas untuk babies. Cun dah comey kan?
L: baby booties R: baby knitting socks
Untuk dewasa pun ada jugak!
Stoking dewasa
Siapakah di sebalik D’Jarum?
Beliau adalah Mommy Loves Craft, a mother that love her family very much and a woman that love shopping,gadgets and homemade craft. Ibu kepada Amirul dan Aqil yang sangat kretif! Anak-anak pun nampaknya mengikut jejak 🙂
Jom kita kenal2 dengan beliau. Ikuti temuramah My Super Kids (MSK) dengan Mommy Loves Craft (MLC)
MSK : Dah berapa lama berbisnes ni?
MLC : Baru je jugak, dalam 2 bulan lepas.
MSK : Apa titik permulaan nak memulakan bisnes ni?
MLC : Mula fikir nak buat bisnes bila hasrat nak berhenti kerja dan menjaga anak2 timbul. Saya tak mahu terlalu bergantung pada suami semata-mata. Sebab tu buka bisnes. Walaupun bisnes kecil tapi cita2 saya besar. Saya ingin membuka kedai menjual barang2 jahitan dan mengait. Saya akan cuba sehingga apa yang saya inginkan ini menjadi realiti. Thanks to my husband yang memberi full support.
MSK : Wah, amat bagus tu. Jadi bagaimana Puan membahagikan masa, antara kerja, bisnes dan keluarga?
MLC: Selalunya, saya menjahit waktu malam selepas selesai kerja2 rumah dan menguruskan anak2, kadang2 sampai lewat malam. Minat punya pasal hehe
MSK : Apa yang memotivasikan Puan untuk terus maju ke depan?
MLC : My husband and my 2 sons. If this business success I want to be WAHM ;D. Insyaallah
MSK : Apakah nasihat Puan untuk mereka di luar sana yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan?
MLC : Untuk mencapai impian dan cita2 usaha tu penting sangat. Kene sentiasa berfikiran positif walaupun ada org yang disekeliling kadang2 berfikiran negatif atas impian dan hasrat kita. Kalau gagal jangan give-up. Usaha dan usaha lagi sampai berjaya.
Begitulah sedikit sebanyak kata-kata motivasi dari Mommy Loves Craft. Beliau sebenarnya senior saya masa kat U dulu. Dah kerja baru bertemu semula dan kenal2 🙂 Boleh menjadi sumber inspirasi kepada mereka2 yang rasa nak cuba benda baru.
Kalau nak cari barang2 yang cute2, atau hadiah cute2 untuk kawan2 ke adik ke sesiapa ke, sila lah jengah D’Jarum Shop. Tak menyesal punya 😀
Leave a Reply