Fahry Operate Kaki Lagi

By | October 1, 2016

15 Mei 2014, Fahry jalani pembedahan buang tulang kakinya di PPUM. Masa tu dia masih di tadika… Jadi takde la hal sangat kalau tak ke sekolah.

25 September tahun ni, sekali lagi dia kena bedah. Ye, Fahry bakal menjalani berkali-kali pembedahan yang sama…. Selagi tulang kaki dia masih memanjang. Which mungkin sampai umur 18 tahun.

Kali ni kami pilih KPJ Damansara. Sebab nak cepat. Maka tak dapatlah priviledge OKU (di PPUM dulu semua perbelanjaan disubsidi kepada pemegang kad OKU).

Operation dibuat oleh Dr Robert Penafort… Fahry pernah jumpa dia 7 tahun lalu sebelum direfer ke Dr Taayah di Gleneagles. Sempoi je doktor ni. Jumpa sekali, tengok2.. OK kita operate. Potong tulang macam potong kuku je.

Pembedahan berlangsung selama satu jam. Kali ni tak dapat iring Fahry masuk dalam OT… Coz takde orang boleh jaga Irene. Irene is so melekat. Tak boleh berpisah dengan Mami!

Check jantung

Sambil tunggu operation siap,kitorang masuk bilik wad dulu. Danny suka betul, macam kastil dia kata.

Wad kanak-kanak KPJ Damansara

Setelah sejam, nurse call bagitau dah siap. Minta temankan Fahry di recovery room. Diorang kata nak tolong pegang Irene… Yelah tu.. Tak sampai 10 minit dah keluar sebab Irene nangis.

Finally kami naik wad je.

Kesian betul Fahry masa di recovery. Nangis bercucuran air matanya.

Dalam wad saya suruh dia rehat je. Baru lagi kan.

Itu la sedikit sebanyak stori intronya. Nanti sambung.

Category: Others

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Fahry Operate Kaki Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge