Masa ambil budak2 kat taska tadi teacher bagitau supaya bawakan color pencil dan drawing block. Pelikla Mami pasal last week dah bawa dah.
“Eh bukan dah bawa last week?”
Cikgu explain bukan untuk Hafiy tapi Fahry. Fahry dah masuk kelas toddler.
Wah, anak Mami dah bukan baby lagi! Fahry dah toddler!
Cikgu kata Fahry pandai pegang pensel. Dia guna pergelangan tangan, tak macam budak2 lain yang baru belajar pegang pensel.. Ada yang genggam, ketuk2, etc. Wah, kagum kagum. Tak sangka baby sorang ni dah besar.
Kat rumah memang kami beri je pen, pensel kertas untuk diorang sribble tapi tak expect di taska Fahry dah naik kelas sama Hafiy, buat aktiviti yang sama. We thought he’s still a baby.
Cikgu kata lagi Fahry kat school suka panjat meja. Kalau time duduk di kerusi, mesti dia nak duduk atas meja. Fahry memang suka break the rules. Masa kat SCN dulu misi beri susu dengan cup dia tak mau minum. Padahal di GH tak boleh bawa botol. Kat school cikgu cakap suka ikut jadual sendiri. Indigo child? Muahaha.
Subhanallah. Mak mana yang takde rasa secuek perasaan bangga dengan anak dia. Lagi2 dengan yang kita dok pandang as baby, tak tau pape.. Bila dia buat sesuatu yang kita tak expect, terharu pulak rasanya (anak orang lain lagi advance tu biar dioranglah).
Fahry macam late bloomer & diam2 ubi aje. Sekejap je rasa dia dah besar. Or maybe sebab asyik fikir dia premature so tak nampak yang dia sebenarnya dah besar?
Abiy kata jangan terlalu perhatikan Fahry nanti Hafiy rasa terabai. Macam dalam cerita Hindustan lakonan Rani Mukherji & Amitabh Bachan, yang Rani bawa watak cacat, rupanya adik dia jealous sebab yang cacat je dapat perhatian. Hm, cakap memang senang tapi hakikatnya susah untuk kita buat semua orang rasa dapat sama rata, terutama kasih sayang yang abstrak ni. Even in my family, saya selalu rasa my sis dapat lebih, tapi rupanya dia pulak rasa saya yang selalu dapat lebih. Nyata our parents dah sehabis baik provide us with abundance of love, tapi kami still rasa diorang tak fair.
Semoga Hafiy tak rasa camtu.
P/S: mood pilu bila anak2 dah besar & bukan baby lagik.
Leave a Reply