Fahry Dah Naik Kelas

admin Avatar

Masa ambil budak2 kat taska tadi teacher bagitau supaya bawakan color pencil dan drawing block. Pelikla Mami pasal last week dah bawa dah.

“Eh bukan dah bawa last week?”

Cikgu explain bukan untuk Hafiy tapi Fahry. Fahry dah masuk kelas toddler.

Wah, anak Mami dah bukan baby lagi! Fahry dah toddler!

Cikgu kata Fahry pandai pegang pensel. Dia guna pergelangan tangan, tak macam budak2 lain yang baru belajar pegang pensel.. Ada yang genggam, ketuk2, etc. Wah, kagum kagum. Tak sangka baby sorang ni dah besar.

Kat rumah memang kami beri je pen, pensel kertas untuk diorang sribble tapi tak expect di taska Fahry dah naik kelas sama Hafiy, buat aktiviti yang sama. We thought he’s still a baby.

Cikgu kata lagi Fahry kat school suka panjat meja. Kalau time duduk di kerusi, mesti dia nak duduk atas meja. Fahry memang suka break the rules. Masa kat SCN dulu misi beri susu dengan cup dia tak mau minum. Padahal di GH tak boleh bawa botol. Kat school cikgu cakap suka ikut jadual sendiri. Indigo child? Muahaha.

Subhanallah. Mak mana yang takde rasa secuek perasaan bangga dengan anak dia. Lagi2 dengan yang kita dok pandang as baby, tak tau pape.. Bila dia buat sesuatu yang kita tak expect, terharu pulak rasanya (anak orang lain lagi advance tu biar dioranglah).

Fahry macam late bloomer & diam2 ubi aje. Sekejap je rasa dia dah besar. Or maybe sebab asyik fikir dia premature so tak nampak yang dia sebenarnya dah besar?

Abiy kata jangan terlalu perhatikan Fahry nanti Hafiy rasa terabai. Macam dalam cerita Hindustan lakonan Rani Mukherji & Amitabh Bachan, yang Rani bawa watak cacat, rupanya adik dia jealous sebab yang cacat je dapat perhatian. Hm, cakap memang senang tapi hakikatnya susah untuk kita buat semua orang rasa dapat sama rata, terutama kasih sayang yang abstrak ni. Even in my family, saya selalu rasa my sis dapat lebih, tapi rupanya dia pulak rasa saya yang selalu dapat lebih. Nyata our parents dah sehabis baik provide us with abundance of love, tapi kami still rasa diorang tak fair.

Semoga Hafiy tak rasa camtu.

P/S: mood pilu bila anak2 dah besar & bukan baby lagik.

Tagged in :

admin Avatar

12 responses to “Fahry Dah Naik Kelas”

  1. Zaila Avatar

    huhuhuhu, samelah ngan Zaila..selalu rasa macam Haziq tu masih budak2 lagi padahal dia dah masuk sekolah (play group) then next year kelas pra then next next year dah masuk sekolah lagi..Ameera pun sama juga, dah pandai bercakap dah..huhuhuhu..masih teringat lagi penangan dalam pantang & jaga dia masa kecil dulu..cepat kan masa berlalu
    .-= Zaila´s last blog ..Movie Review : The Spy Next Door =-.

  2. Salwa Avatar

    itu citer BLACK ke…mmg inspiring kan
    penuh pengajaran

    btw selalunya budak2 late bloomer ni later on diorg akan come out becoming an extraordinary achiever

    well done fahry nanti acik minta fahry sain masa gathering okeh..

  3. z@m Avatar

    kato doh. kalo sayo spent time d skoloh, sayo perati sumo budok2 guano. nanti fahry tok napok. sebab dio dok cbuk xplore seluruh rumoh gi gantung sano sini dr dinding ke dinding. buleh??

    hafiy senyap skit tp ada seminggu sayo cuti tu, dok baik sampai panggil mami siap kiss2 lagi.
    .-= z@m´s last blog ..Why? =-.

  4. Fid Avatar

    fahry ROCK!!!!!!!!!!
    i tumpang bangga
    .-= Fid´s last blog ..susu badan terlalu banyak tak muat nak simpan dalam peti ais… =-.

  5. cutiecaliph Avatar

    cayalah fahry!well done dear!dia bukan break the rules tapi he has high confident level!good boy fahry!

  6. dbalkis Avatar

    ye la betol anak2 ni cepat je rasanya membesar, baru je rasa baby2 kita main ngan die, skarang dah pandai main sendiri, dah pandai jerit2 tarik rambut mama lagi..uish…i miss my little baby…

  7. mirah Avatar

    Lyna, ya ya mungkin sebab selalu fkir anak kita ni premature, so kita mcm underestimate diaorg. Ditambah pula saiz badan kecik. Huhu tapi, jangan sangka mereka tu tak belajar ok. Pagi tadi, contohnya, masa dalam kereta pasang cd lagu nursery aisyah, tapi si adik yang sibuk try imitate lagu tu siap goyang2 badan lagi kat carseat.

    Apapun well done fahry! Meh draw satu mural kat acik, boleh?

  8. Zety Avatar

    kejap aje anak-anak kita dah besar kan?

    rasa macam baru je dengar khabar kelahiran Fahry. now dah boleh pegang pensil dah. cayalah Fahry.

  9. Hanz Avatar

    itu yang best tu..’diam-diam ubi…’

  10. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Auntie echa pun tumpang bangga gan fahry..biar le diam2 berisi tapi isi nye nanti ‘padat n sodap’

  11. faznfaz Avatar

    salam, nak tanya, u hantar anak kat mana ek?? tgh survey nak hantar anank ke nursery, anak dah 1 tahun 2 bulan… nak ajar dia berkawan…. i kat area shah alam…. thanks

  12. Mama-Miya Avatar

    wah wah..kejap aje dah toddler ye. impressive progress…alhamdulillah.

    bab breaking the rules tu..biasa la, nak tunjuk hero dia tu..hahahha..
    .-= Mama-Miya´s last blog ..Early education on Breastfeeding? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge