Kepada peminat fabrik terutama English Cotton, anda boleh mendapatkan fabrik ini melalui saya dengan harga terendah. Hanya RM95 untuk 4m kain English Cotton.
Kainnya berkualiti dan tak nipis bersayat. Sesuai untuk dibuat baju kurung dan baju kanak-kanak.
Untuk design-design lain boleh tengok di sini.
Saya masih berhutang dengan Tasha untuk auat write up tentang cheese tart beliau yang sedap itu. Tapi sayangnya gambar2 semuanya saya upload di lappy baru saya 😀 dan sayangnya lappy itu tidak mempunyai iTune untuk disambung kepada internet di iPhone ini, dan rumah saya belum dimasuki Streamyx. Lalu tersadailah mereka di sana buat beberapa ketika (mengikut jadual ialah Khamis ini akan Streamyx beroperasi).
Cheese tart beliau sungguh sedap dan dinikmati juga oleh anak saya yang sedang sakit tu. Nantila saya letak gambar Hafiy yang ceria memakan cheesetart (walaupun dinasihati on AGE diet tapi nak jugak merasa :D). Tapi minggu ni kedai cheesetart4u.blogspot.com ditutup sekejap. Takpe, next week dah kembali beroperasi. (Masih bermimpi untuk sebuah HSBB :D)
Saya dapati gigi saya sekarang makin teruk. Saya dah tak boleh menikmati rasa biskut dan benda manis2 kerana ia berasa sungguh sensitif. Saya perlu berjumpa doktor gigi! Doktor tulang! Dan doktor mata! Saya nak buat LASIK (Akibat terpengaruh dengan Asri & Zuhaiyu :P)
Saya tak tahu kenapa saya merapu. Saya expect seorang tetamu hari ni. Harap2 beliau tak terkejut dengan rumah saya yang tak siap ni (memang tak siap pun).
Leave a Reply