DVD Upin & Ipin Geng Dah Ada Di Pasaran

admin Avatar

Anak-anak saya begitu menggemari Upin dan Ipin. Kami suami isteri pula sukakan cerita animasi, jadi memang kena sangat lah.

Abiy dengan murah hati telah membelikan DVD Geng ni untuk Hafiy. Siap dapat poster besar ‘Upin & Ipin Angkasa’ yang bakal diterbitkan dalam 2011 nanti.

geng upin ipin

Actually I am very proud of this Upin & Ipin. Hasil kerja anak Malaysia yang sangat sofistikated gitu. Sangat berbeza dengan kartun2 3D Malaysia yang biasa tengok kat Youtube ataupun iklan TV. Hehe. Taraf Hollywood gitew!

Dia punya the making of.. pun sangat seronok dan funny. Rasa mesra dan dekat di hati gitu.

Filem ni memang seronok untuk ditonton. Memang ada adegan2 yang saspen dan menakutkan. Tapi agaknya sebab kami tak pernah perkenalkan benda2 ‘takut’ pada Hafiy, jadi dia selamba je tonton semua bersama kami. (Hafiy ada perasaan takut juga, takut pada ketinggian. Masa naik lif, gayat. Naik plane time take-off jerit2 “Ta kuttt” bila pandang tingkap, hehe).

Saya seorang yang takut pada kegelapan, takut hantu, takut makhluk halus (lipas, semut, labah2… hehehe), jadi saya tak mau anak2 saya jadi penakut tak tentu pasal macam saya. So, saya tak takutkan mereka dengan benda2 macam tu. Sangatlah tak best bila jadi penakut. Saya ni duduk rumah sorang2 pun takut, nak pegi kubur takut, duk dalam gelap takut. Memang tidak seronok.

Jadi untuk elakkan mereka takutkan benda2 yang saya takuti, saya tidak takutkan mereka seperti “Pergila tempat gelap tu ada hantuuu…”, “Jangan nangis nanti bokbong datang ambik…” dan sebagainya.

Berbalik kepada kisah Geng, kami memang suka pada kartun-kartun ni sebab ada value di sebalik ceritanya, tak adalah cerita kosong sekadar nak memeriahkan industri saja.

Contohnya, budaya 1Malaysia, balik kampung, gurau senda, kerjasama, sikap baik dan sebagainya, adalah antara value yang terdapat dalam filem ni. Malah Upin & Ipin secara amnya banyak mengandungi elemen pendidikan berdasarkan perkara yang dekat dengan kegiatan harian kita. Cuma saya kurang gemar mereka menggunakan “aku” dan “kau” sebagai kata ganti diri. Mungkin kerana mereka nak jadikan kisah yang sama macam realiti kita.. agaknya lah. Tak kuasa pulak nak pegi interview 😛

Menonton siri2 Upin & Ipin (dan filem Geng) mengingatkan saya pada siri2 animasi Jepun yang begitu menggambarkan kegiatan harian masyarakat di sana seperti Crayon Shin Chan dan Chibi Maruko Chan. Walaupun saya tak pernah ke Jepun tapi sedikit sebanyak tentang Jepun digambarkan dalam kartun2 di atas. Seolah2 duta kecil Jepun di hati saya. Upin & Ipin pula seperti duta kecil Malaysia, yang menggambarkan corak hidup dalam keluarga di Malaysia. Memang seronok betul mengikutinya, ditambah dengan dialog2 spontan yang selamba.

Saya harap Upin & Ipin terus mampu memberikan teladan yang baik kepada anak2 saya.

Walau bagaimanapun, saya tetap akan menonton bersama2 dengan mereka kerana menonton bersama dan bercerita/berbincang tentang bahan yang ditonton adalah salah satu cara dalam pendidikan anak2. Banyak benda yang boleh dicerita/bincangkan semasa menonton TV atau video, apa2 saja pun. Yang menjadi mudaratnya bila membiarkan anak menonton sendiri, jadi dia tak ada guidance, kemungkinan besar dia menyerap semua yang ada dalam siaran tu, termasuk yang tidak baik adalah tinggi.

Ramai ibubapa kini tidak menggalakkan, malah melarang anak2 menonton TV, tapi tidak saya. Yang penting ialah masa yang saya luangkan bersama mereka. Semua benda dalam dunia ni boleh mendatangkan manfaat dan mudarat, bergantung kepada bagaimana seseorang itu menilai dan memanipulasikannya.

Tahi ayam adalah benda yang jijik bagi sesetengah orang, tapi amat berharga bagi sebilangan orang, iaitu mereka yang memiliki kebun sayur.

Gambar Upin & Ipin sebenar ni saya ‘pinjam’ dari FaceBook Iqram Dinzly. Saya dah minta kebenaran hehehe kalau beliau marah saya ‘pulangkan’ semula. Teruja sebab saya selalu terfikir “macamana agaknya rupa Upin & Ipin kalau mereka benar2 ada?”. Ha…. ini pun mereka!

upin ipin

Watak dan aktor kegemaran saya. Wah! Dan2 jadi kegemaran 😛

Ape lagi jomla tengok Geng ramai2. Dapatkan DVD original tau! Sokonglah industri animasi kita!

admin Avatar

17 responses to “DVD Upin & Ipin Geng Dah Ada Di Pasaran”

  1. Mel Avatar

    mika & mommy nyer fav gak upin & ipin ni hehe..mmg besh!
    .-= Mel´s last blog ..Our Raya! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      best kan

      bangga sebagai rakyat Malaysia hehehe

  2. mamasyaza Avatar

    memang betul..kalo bab penakut tu …Su pun ada gak ckit2…salah satu mende yg Su paling takut…nak g dentist cabut gigi…pasal dulu mak Su time nak cabut gigi…dia la org pertama yg takut…bukan takut main2..mmg takut gila…sampai Dr. pun soh mak balik dulu…kalo dah takut sgt…pasal tu bila su ada anak…time Su nak cabut gigi..su bawa anak2 tgk cam mana cara Dr. cabut gigi…sbb tu diaorg mmg tak takut kalo nak bawa jumpa dentist…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya pun masa kecik2 takut jumpe dentist, tap akhirnya jadi berani sebab salah satu SEBAB nak PONTENG sekolah ialah “sakit gigi” hehehe.

  3. littlemama Avatar

    me dah beli 2 hari lepas! izzah suka tengok.. asik duk ulang pun tak jemu… erk.. watak kak ros tu sebijik macam me la (masa muda2 dulu…ha..ha)… garang tapi penyayang (sebab tu anak buah respek dan suka mak sedara yg sorang ni…ahaks!)
    .-= littlemama´s last blog ..Berakhirnya Cuti Raya…hu..hu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahah

      bole tu nanti apply jadi jurusuara kak ros heheh 😀

  4. zuhaini Avatar

    oh.. dah ada ya…? hihi.. nanti daku cari.. so far alia x kenal lagi upin n ipin.. selamat… 😀
    .-= zuhaini´s last blog ..Bye Acu… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada dah… tuhari beli kat Alamanda hehe.

      Hafiy ni hari2 nak dos “Pin..Pin//””

  5. sue Avatar

    owh..dah kluar ke?? lama tunggu…hmpsss….nak kena cari nih..my danish suka sangat..tq 4 d info…
    .-= sue´s last blog ..SHUSHI KING @ 1BORNEO =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dah kuar dah! carila kat Speedy Bintang Mall kut dah sampai hehe.

  6. mamamiya Avatar

    upin & ipin fav miya dr umur 5bulan lagi. kalau dia meragam, pasang aje any video upin&ipin. aman hidup mama&papa dia.

    ni DVD movie dah kluar, nak kena pesan kat my MIL beli & bwk dtg sini bila dia visit bulan 11 nnt. mesti Miya suka sgt. Now dok download dr youtube aje.
    .-= mamamiya´s last blog ..Raising Bilingual Children =-.

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    nak komen 1 je…Iqram Dinzly sgt hensem dlm gmbr ini! hehehe…paling suka watak dia dlm Dunia Baru dulu dgn si Anne.

  8. mirah Avatar

    kami pun dah beli. Oh ya bila lyna sebut bokbong, teringat pula masa kecik2 dulu, tok selalu cakap, kalau nangis, nanti bokbong kat semak sebelah umah tu amik. Haha..tapi bila dah besar sket, mm..tak heran pun.

  9. fid Avatar

    anak i dah beli DVD nih…
    .-= fid´s last blog ..Bunga api =-.

  10. Nik Ha Avatar
    Nik Ha

    Abe k.nik beli doh.meme best.siap bwk kelik kg.Ank k.nik meme duk ulang tgk sokmo cito upin&ipin tu. pastu siap hafal dialog & apa yg dorang buat tu.Kalau kat tb meme rekod & buh dlm cd.meme ado value katun ni.K.nik suko sbb ado 1 episod tu psl perpustakaan bergerak.mcm katun omputih @ jepun, musti ado bab library ;)kalu katun m’sia lain k.nik segho jrg2 ado, tataula kot tak perasan 😉

  11. ummu_abdullah Avatar

    dah tengaok banyak kali… sronok kan.. sronok sangat.. ehhe.. paling best – “ape tu, pistol ke? pechium pechium…” heheheh

  12. adianiez AIDA Avatar

    khamis ari tu, on the way back dari kg ke umah, hubby singgah kedai beli dvd upin upin. hmmm, sejak itu, dvd tu la yg sentiasa ada dlm slot dvd player kat umah aida. berulang, berulang, berulang… Nurin & Syuhada maintain depan tv. pantang ada time –> ibu, nak upin ipin…
    aduhai…

    aida bangga dgn hasil upin ipin ni. kartun nyer idup. idea nyer bernas. tak merapu. unsur pendidikan pun byk.
    .-= adianiez AIDA´s last blog ..AIDILFITRI 2009 – espisod 1 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge