Didik Anak Cara Nabi

admin Avatar

Pelbagai cara dan teori mendidik anak, dari teori dan amalan nenek moyang kita, hingga kepada praktik ibu bapa kita, hinggalah ke praktik masyarakat Barat dan sebagainya.

Saya mengetahui tentang cara Nabi Muhammad mendidik anak sejak sekian lama, dan lebih memahaminya dari pembacaan buku keibubapaan terkenal karya Dr Abdullah Nashih  Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam.

Rasulullah SAW sebenarnya telah menunjukkan cara terbaik untuk mendidik anak. Hakikatnya ia bukan sekadar mendidik si anak, tapi lebih kepada mendidik ibu bapa.

Bila saya mendapat tahu tentang salah satu cara Rasulullah didik anak (anak yang dah besar) dengan cara ‘straight to the point’ dan ‘jangan buang masa’ saya seolah tidak boleh terima. Bagi saya kita perlu terangkan kepada anak, kenapa dia buat salah. Tapi Rasulullah tidak.

Ini terjadi semasa Anas b Malik, anak angkat Baginda yang ketika itu berumur 12 tahun, terlupa pesan Rasulullah… Anas leka bermain dengan kawan-kawannya hinggakan dia lupa apa yang Rasulullah suruh dia buat. Sampailah Nabi Allah itu datang ke tempat Anas bermain, dan bertanya adakah Anas sudah melaksanakan pesanannya.. apabila Anas mengakui belum, Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan menyuruh Anas melaksanakannya segera.

Kalau ikut teori mat saleh yang saya biasa baca (dan amalkan juga), kita kena terangkan, explain kepada anak apa salah dia, kenapa tak boleh macam tu tak boleh macam ni…

Tapi hairan, kenapa Rasulullah tidak.

Malah semasa kanak-kanak serbu hingga memanjat tubuhnya pun Rasulullah tak tegur pun kata “Tidak elok kamu memanjat tubuh orang tua begini hai budak” sebaliknya Baginda terus bermain dan bergelak ketawa bersama kanak-kanak itu. Begitu juga ketika Anas terlupa, Rasulullah tidak memberi ceramah. Juga tidak berceramah kepada cucu-cucu Baginda yang memanjat belakangnya semasa mengimamkan solat.

Semuanya sehinggalah saya mempelajari teknik Nabi Muhammad ni secara formal (berguru). Rupa-rupanya apa yang Rasulullah SAW praktikkan itu yang mendorong anak-anak untuk berfikir.

Ya, saya ni memang banyak membebel pada anak-anak. Kadang-kadang tak sedar, maklumlah nak lepaskan perasaan. Lagi-lagi bila dah bergelar ‘suri rumahtangga’ sekarang ni.

Teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak, nampak macam pasif dan ‘sabo je lah’ bila dihayati sebenarnya memberi impak yang sangat besar. Anak-anak lebih mendengar kata, insya-Allah.

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Didik Anak Cara Nabi”

  1. transformed hw Avatar

    knur pun dah kurang sgt membebell sbb bila dah penat, malas rasanya buang tenaga lg. hehe.

  2. mama_meah Avatar

    owh..sy juga selalu membebel….tp anak x dengar juga…mgkin biarkan saja anak2 menikmati zaman kanak2nya….kita cuma memantau dlm ketegasan..

  3. salzahari Avatar
    salzahari

    i skrg reverse…i cakap 2x je..kalau tak angkat jgk bontot tu, i buat2 merajuk dan x peduli.nanti dia akan rs guilty dan buat! tp 1-2x je laa i berjaya buat mcm tu (kira sabar la tu)…selebihnya bebel dulu/ naik angin.

    tapi bila fikir2 balik…kalau org besar pun kita suruh belum tentu sepantas kila buat, is it fair kita expect bdk under age (below 10) to do cepat2 atas kesedaran dia kena buat sbb parent mtk bantuan? adakah selama ni dia mengikut sbb lebih kpd “saya yg menurut perintah”?

  4. Rina Avatar

    terkadang kalau kita terlalu cerewet menceramahi anak bukannya membuat mereka berhenti malah semakin menjadi – jadi. nampaknya memang harus meneladani apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendidik anak, Insya Allah anak2 yang kita didik pun akan menjadi anak yang sholeh dan sholehah ..
    terima kasih atas ulasanya 🙂

  5. SuperNifz Avatar

    Kadang-kadang kalau kita dalam keadaan marah, kite sering lupa diri.. dan anak-anak lah yang sering menjadi mangsa… huhuhhh… muhasabah diri…

    http://supernifzvitamin.com/sebab-kita-kena-minum-air-yang-banyak/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge