Pelbagai cara dan teori mendidik anak, dari teori dan amalan nenek moyang kita, hingga kepada praktik ibu bapa kita, hinggalah ke praktik masyarakat Barat dan sebagainya.
Saya mengetahui tentang cara Nabi Muhammad mendidik anak sejak sekian lama, dan lebih memahaminya dari pembacaan buku keibubapaan terkenal karya Dr Abdullah Nashih Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam.
Rasulullah SAW sebenarnya telah menunjukkan cara terbaik untuk mendidik anak. Hakikatnya ia bukan sekadar mendidik si anak, tapi lebih kepada mendidik ibu bapa.
Bila saya mendapat tahu tentang salah satu cara Rasulullah didik anak (anak yang dah besar) dengan cara ‘straight to the point’ dan ‘jangan buang masa’ saya seolah tidak boleh terima. Bagi saya kita perlu terangkan kepada anak, kenapa dia buat salah. Tapi Rasulullah tidak.
Ini terjadi semasa Anas b Malik, anak angkat Baginda yang ketika itu berumur 12 tahun, terlupa pesan Rasulullah… Anas leka bermain dengan kawan-kawannya hinggakan dia lupa apa yang Rasulullah suruh dia buat. Sampailah Nabi Allah itu datang ke tempat Anas bermain, dan bertanya adakah Anas sudah melaksanakan pesanannya.. apabila Anas mengakui belum, Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan menyuruh Anas melaksanakannya segera.
Kalau ikut teori mat saleh yang saya biasa baca (dan amalkan juga), kita kena terangkan, explain kepada anak apa salah dia, kenapa tak boleh macam tu tak boleh macam ni…
Tapi hairan, kenapa Rasulullah tidak.
Malah semasa kanak-kanak serbu hingga memanjat tubuhnya pun Rasulullah tak tegur pun kata “Tidak elok kamu memanjat tubuh orang tua begini hai budak” sebaliknya Baginda terus bermain dan bergelak ketawa bersama kanak-kanak itu. Begitu juga ketika Anas terlupa, Rasulullah tidak memberi ceramah. Juga tidak berceramah kepada cucu-cucu Baginda yang memanjat belakangnya semasa mengimamkan solat.
Semuanya sehinggalah saya mempelajari teknik Nabi Muhammad ni secara formal (berguru). Rupa-rupanya apa yang Rasulullah SAW praktikkan itu yang mendorong anak-anak untuk berfikir.
Ya, saya ni memang banyak membebel pada anak-anak. Kadang-kadang tak sedar, maklumlah nak lepaskan perasaan. Lagi-lagi bila dah bergelar ‘suri rumahtangga’ sekarang ni.
Teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak, nampak macam pasif dan ‘sabo je lah’ bila dihayati sebenarnya memberi impak yang sangat besar. Anak-anak lebih mendengar kata, insya-Allah.
Leave a Reply