Sejak TV3 menyiarkan iklan hari raya Aildilfitri tahun 2010 yang menunjukkan konsep terlampau 1Malaysia, banyak pihak yang bangkit menentang dan menghentam penyiaran iklan ini. Iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur agama lain ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Muslim negara ini.
Malah pelbagai spekulasi sengaja ditimbulnya atas isu iklan raya TV 3 ini.
Secara peribadi saya berasa terharu dengan kecaman yang diberikan oleh rakan-rakan saya. Ternyata umat Islam di Malaysia masih sedar dan masih sensitif terhadap perkara-perkara yang menyentuh soal agama. Lagi-lagi dengan pelbagai isu yang timbul sekarang ni melibatkan penghinaan terhadap agama Islam, contohnya apa yang berlaku di beberapa lama Facebook kebelakangan ini.
Mungkin ada hikmahnya perkara2 sebegini timbul tatkala kita sedang didakap Ramadhan, kerana dalam bulan ni kegiatan di luar batas syarak agak berkurangan dan ramai antara kita berlumba-lumba mengisi diari Ramadhan dengan amal ibadat, mencari Lailatul Qadar dan sebagainya.. Jadi kita menjadi lebih sensitif terhadap isu2 yang melibatkan agama. Tambahan pula dengan kegiatan buang bayi yang semakin rancak sejak bermulanya Ramadhan, menyebabkan hati kebanyakan kita sudah sedia sensitif.
Walaupun terdapat banyak spekulasi tentang iklan ini, rasanya dengan penarikan balik penyiaran iklan raya ni oleh pihak TV3, haruslah kita tutup cerita ini. Tapi ada beberapa perkara yang saya kesali di sebalik kejadian ini.
1. Sekiranya pembikin video itu ialah seseorang seperti Namewee dan disiarkan di You Tube, sudah tentu beliau dikecam dengan lebih hebat malah diambil tindakan oleh pihak berwajib. Tapi kerana video iklan ini dikeluar dan disiarkan oleh TV3, ia senyap begitu saja terutama selepas TV3 menarik balik iklan rayanya.
2. Pengumuman penarikan balik iklan hanya diumumkan dalam Buletin Utama. Kalaulah yang berlaku sedemikian ialah iklan raya Petronas ke, Sime Darby ke, kemungkinan besar press conference akan dibuat dan permohonan maaf besar-besaran oleh penjawat tertinggi dalam organisasi. Tapi kerana TV3 memegang berita maka hanya diumum oleh pembaca berita begitu saja?
3. Setiap commercial yang bakal ditayangkan pasti akan di-review oleh penjawat2 tertinggi terlebih dahulu. Siapakah mereka? Apakah mereka tidak langsung dapat mengesan sesuatu (banyak tuuu) yang tidak kena dalam iklan raya TV3 itu?
4. Umat Islam yang akan menyambut raya berasa terluka. Apakah yang TV3 lakukan bagi mengubat luka di hati kami ini? Tarik balik iklan raya, OK fine. Tiadakah mana2 pihak berwajib di TV3 yang boleh menerangkan dan mematahkan tuduhan2 yang dilemparkan terhadap iklan itu?
5. Ataupun adakah ini satu cara TV3 untuk meraih populariti. Keuntungan yang dicatatkan oleh TV3 meningkat ke 100% dan para pemacu korporat TV3 harus memikirkan sesuatu di luar kotak agar menarik lebih ramai penonton.
Walau bagaimana pun, kontroversi iklan raya tahun 2010 nampaknya menaikkan populariti iklan raya PKNS, maklumlah iklan raya Petronas pun dah kurang karinya, tidak ada deep message seperti tahun-tahun sebelumnya.
🙂
Leave a Reply