Banyak dah senarai ciri-ciri pemimpin yang baik atau ciri-ciri pemimpin dalam Islam dalam buku, majalah mahupun sumber Internet. Tapi ada satu ciri pemimpin ni yang tak pernah masuk dalam mana-mana senarai. Ya betul, pemimpin tu kena jujur, tulus, bijak …… the list boleh jadi sangat panjang (in theory).
Bagi saya, salah satu ciri ciri pemimpin yang kena ada ialah SEDIA UNTUK DIPIMPIN.
Kenapa kesediaan untuk dipimpin ni sangat penting?
Dalam apa jua organisasi, kelihatan semua pun berlumba-lumba nak naik pangkat. Walaupun yang paling obvious must be all the politician, pekerja syarikat pun tak ketinggalan juga. Dalam dunia korporat, kalau ditanya apakah target mereka dalam syarikat tersebut kepada semua pekerja-pekerja, secara langsung ataupun tidak, musti nak jadi CEO, Chairman ataupun Vice-President.
Politik lebih obvious la kan. Selagi tak jadi Perdana Menteri…. hmmm… malas nak cakap…
Ini boleh terjadi bila dari kecil kita diajar untuk jadi pemimpin paling berkaliber dalam dunia. Tak pernah la pulak saya dengar mana-mana seminar atau sekolah yang mengajar konsep SEDIA UNTUK DIPIMPIN dalam apa jua keadaan. Kalau ada, sure tak laku. Yang diajar untuk hidup jujur, ikhlas or teamwork, semuanya terarah kepada PEMIMPIN.
Sebab semua orang nak jadi pemimpin, last-last tak tahu siapa yang dipimpin.
Sikap ikhlas, jujur dan sebagainya akan datang secara automatik kalau seseorang tu sedia untuk dipimpin. Sudah tentu you can argue bergantung siapa la pulak pemimpin tu kan? But the fact is, pilih pemimpin jauh lebih susah daripada pilih subordinate. It’s something given. Macam kita tiada hak untuk memilih siapa mak ayah kita. Kalau boleh pilih, of course semua nak jadi anak tauke lombong emas atau minyak. Then, siapa nak jadi anak pengemis?
Dalam Islam, se-sukses mana pun seseorang hamba dia cuma kuli kepada Allah. Se-CEO mana pun seseorang isteri, dia masih perlu serve suami yang maybe cuma penyapu sampah. Ataupun, sekaya mana pun seorang anak, dia masih kena hormat pada mak ayah yang miskin.
Kalau betul-betul kita diajar dengan sifat sedia untuk dipimpin daripada asyik fokus nak jadi pemimpin je, saya pasti masyarakat kita akan harmoni. Sebabnya, sebagus mana pun seseorang itu, dia masih beringat bukan dia yang paling berkuasa. Justeru, membuatkan seseorang itu tunduk dan rendah hati.
If you tengah buat module kepimpinan, cuba masukkan konsep sedia untuk dipimpin ni as one of the topik. Sure your boss puji. Tak percaya? Cubalah…
Leave a Reply