Bukan suami isteri yang tak pernah kenal/tak pernah bercinta sebelum mereka berkahwin yang later bercinta selepas akad nikah. Tapi suami/isteri yang jatuh cinta dengan orang lain selepas mereka bernikah.
Kalau suami/isteri itu dah berumur, mungkin satu benda yang logik lah kan. Benda dah sezen, mesti rasa lain macam.. Tapi macamana kalau pasangan yang baru setahun dua berkahwin? Atau sebulan dua then suddenly baru rasa yang dia sebenarnya cintakan orang lain instead of orang yang dia nikahi?
Cinta yang hanya dirasa selepas berkahwin dengan orang lain.
Zaman sekarang ni, hanya segelintir kecil saya yang masih mengikuti saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup:
– agama
– rupa paras
– keturunan
– harta
Ah, memang… ramai yang pilih mengikut point di atas, tapi ambil satu point aje lah, yang lain2 tinggal. Ada yang kahwin sebab cantik lawa semata, sebab keturunan semata, sebab harta semata…
Susah sebenarnya nak ‘combine’ kan kehendak agama tu dengan keadaan sekarang. Kalau kata "tak ikut kehendak agama", itu memang awal2 lagi. Belum apa2 dah dating segala.
Jadi sebaiknya kita berbicara dari segi logik sahaja.
Apa sebenarnya niat dan sebab untuk pernikahan tu? Cinta? Terdesak? Balas dendam? Takde orang nak, so rembat ajelaaaah..?
Ye lah, mungkin tiada jodoh. Dah takdir. Mungkin itu yang terbaik buat mereka.
Leave a Reply