Adik saya ada di rumah jadi kami sama2 menghabiskan masa nonton cerekarama Cinta D But, konon sebab Ada Fizo Omar.
Sampai ke sudah tak faham apa benda cerita ni nak fokus sebenarnya? Friendship? Cinta? Cinta tak berbalas? Bola sepak? Rasuah? Family? Banyak sangat konfliknya sampai dalam kepala saya turut berkonflik.
Tu tak masuk benda yang kecik2, yang paling tak tahan Mak si Buck tu boleh declare anak dia meninggal macam tu je? Dahle kat hospital kena la ada yang berkenaan declare kematian ni. Adeh. Kut ye nak buat cerita biarla kasik knowledge kat penonton jugak.
Pendek kata, terima kasih TV3 kerana berjaya membuat lawak setiap malam minggu. Memang terhibur 🙂
Leave a Reply