Membaca entry Kak N tentang Hilang Seri Wajahnya.. dan Kau Tercipta Untukku membuatkan Mommy insaf akan sebuah hubungan yang dibina bersama Abiy yang dah nak masuk 4 tahun ni. Terngiang2 pesanan cikgu driving school (cikgu driving school tuh!) tentang pentingnya menjaga hubungan kelekeluargaan. Kata beliau “Mak ayah kita, wajib kita hormati kerana sampai bila2 pun dia tetap mak ayah kita. Suami isteri kita pun sama sebab tak tentu tahun depan dia masih suami/isteri kita”
Sekarang ni banyak dengar tentang penceraian, sama ada orang tak terkenal atau orang terkenal. Yang latest dengar2nya Ustaz Akhil Hayy. Begini lagi buat Mommy rasa insaf. Tak kirala dia ustaz jenis apa tapi kalau nak banding dengan Mommy ni memang jauh la. Kurang2 beliau lagi banyak beramal dan menyumbang pada perkembangan agama.
Sebelum kahwin dulu, (bukan 2 3 hari sebelum kahwin, tapi bertahun2 sebelum kahwin) bila bercakap soal calon suami, Mommy memang ada rasa low self esteem dan sedikit inferior. Yelah, semua orang konon nak suami yang soleh, nak jadi isteri solehah segala tanpa memikirkan : 1) adakah aku sorang anak yang soleh? 2) adakah aku seorang hamba yang soleh? 3) Adakah aku seorang manusia yang soleh? … Apa ingat suami isteri je ke yang kena jadi soleh/solehah?
Betul, kunci syurga seorang isteri ialah taatkan Allah dan suami, tapi timbanglah sebelum kita ambil keputusan kahwin dan jadi isteri solehah, taatkah kita pada ibu bapa kita? Taatkah kita pada Tuhan kita? Apakah kita rasa dengan selama ni kita kaki lawan cakap mak, nantinya kita boleh ikut cakap suami? Kerana cinta mungkin? Baca coretan Kak Non Vovo.
Walaupun ada yang berkata ‘perempuan mudah masuk syurga, taat je pada suami’ tapi ingat le isi neraka ramai perempuan…. yang derhaka pada suaminya.
Hidup kita ni bukan macam cerita fairy tales.. Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Cinderella ke… semuanya HAPPILY EVER AFTER. Kita ni manusia tak terlepas dari cubaan dan dugaan. Ramai yang fikir “takpe, kahwin je, setel semua”. Tapi hakikatnya, perkahwinan tu satu permulaan baru yang tak terjangkau dek akal. Lainla kalau kita ni Cinderella ke, at least Bawang Putih Bawang Merah, sebab depa2 tu hidup bahgia selama2nya kahkahkah.
Dulu2 bila sebut topik perkahwinan, saya suka tanya soalan ala2 macam ni la “Kenapa nak kawen?”. Majoriti plak akan jawab macam ni:
Wanita “Nak ada orang jaga aku, manjakan aku, timang2 aku….”
Lelaki “Nak ada orang masakkan utk aku, basuhkan baju, jaga aku….”
*Tak semua, tapi KEBANYAKAN (tapi biasanya bila dah kahwin mostly dah berpijak di alam nyata lah). Dan amat jarang atau almost takde yang cakap gini:
Wanita “Memenuhi tuntutan sunnah, mengembangkan zuriat, membangun umat, memelihara iman…”
Lelaki “Pendamping yang mendorong aku ke arah lebih baik, lebih maju, lebih terampil dan menjaga maruah serta imanku”
Hehehe. [Jangan tak tau, itu adelah jawapan Abiy dulu2 :D].
Kalau rasa kita termasuk dalam golongan yang pertama tu, pandai2 la buat penilaian kan. Isteri nak apa, suami nak apa, last2 dua2 tak puas hati. Gaduh2, marah2, memendam rasa, dan sebagainya. Dari situ la timbulnya benda2 tak patut dibuat oleh isteri, dibuat juga. Sebaliknya pun macam tu.
Memang, hidup suami isteri ni penuh dugaan. Ustaz yang gigih berdakwah (tak kirala dia ustaz jenis apa, janji sumbangan dia pada Islam lagi banyak dari kita yang reti merapu je ni) pun boleh bercerai-berai. Ye lah, memang semuanya cuma manusia. Dari situ kita kena selalu muhasabahlah, sejauh mana rukunnya, tulusnya kita dalam perhubungan.
Tapi cemanapun, alhamdulillah, rakan2 saya tak de yang termasuk dalam golongan2 macam tu. Gaduh2 sikit tu biasalah. Orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau kami, yang gaduh2 tu yang buatkan kami lebih rapat. Biasala lepas gaduh2 meti ada pujuk2 kan. Hehe.
Keharmonian rumahtangga terletak pada kedua pihak. Perkara terpenting adalah komunikasi dan interaksi. Ada pasangan yang memang asyik bercakap je. Ada pasangan yang diam je tapi masing2 faham kehendak masing2. Pakai telepati kot. Asalkan isi hati masing2 terpancar, dapatlah digapai objektif komunikasi.
Isteri mahukan kasih sayang, semua mahukan rasa ‘diperlukan’. Bila kedua2nya dipenuhi, insya-Allah rumahtangga pun sejuk je. Yang penting ialah niat awal untuk bernikah, dan berdoa setiap masa untuk kesejahteraan masing2. Serta bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi.
Isteri doakan suami, dan sebaliknya. Daripada kita komplen2, marah2, tension2, lebih baik gunakan masa tu untuk doakan suami, semoga dia berubah dan menjadi suami yang lebih baik.
Leave a Reply