Cari Peluang Derma Sekolah Tahfiz? Projek Waqaf Ni Untuk Anda

admin Avatar

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan satu projek untuk kita semua. Projek Waqaf yang dianjurkan ole Tahfiz Darul Ulum, peluang untuk semua dermawan (tak payah tunggu kaya untuk menderma!).

Di bawah ini saya kongsikan mesej dari rakan saya, yang menjadi wakil kepada projek ini:

Sebagai ibubapa pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, kami begitu teruja ingin mengajak sahabat-sahabat yang sgt murah hati bersama-sama kami menyertai program Waqaf untuk “Dana Pembangunan Tahfiz Darul Ulum, Seremban“.

Untuk maklumat semua sekolah ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun ini. Seiring dengan Misi penubuhan sekolah ini iaitu..’Melahirkan Al-Hafiz Cilik Yang Professional‘, moga dapat direalisasikan bagi menerajui tampuk kempimpinan pada masa hadapan, Inshaa Allah.

Berikut adalah 3 cara berwaqaf dan Infaq:

1. Sumbangan untuk Dana pembangunan dan pengurusan Kompleks Tahfiz- akan diberi Sijil Waqaf. Minimum RM50 satu bahagian.

2. Belanja pelajar Tahfiz dan anak-anak yatim melalui potongan bank sebanyak RM20 sebulan (70 sen sehari).

-Kempen WAQAF PENDIDIKAN RM20 sebulan (5 DALAM 1)
*TAJA : menaja anak yatim dan pelajar susah
*WAQAF : waqaf pembinaan Kompleks Tahfiz Darul Ulum
*BELANJA : belanja makan dan pembelajaran
*TARBIYAH : program pembangunan syakhsiah pelajar
*DANA : dana pengurusan dan pentadbiran

3. Apa jua jumlah sumbangan yang ikhlas…

Mohon sahabat whatsapp saya ‘transfer slip’ untuk rekod dan pemberian resit sumbangan.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila pm/ whatsapp di talian 0122981872.

Jom berwaqaf untuk diri sendiri dan juga buat insan tersayang sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. Semoga usaha ini dapat memberi Pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada.

Mohon juga kepada sahabat semua untuk ‘viral’ kan informasi ini kepada semua ‘contact’ kalian. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan sahabat semua…Amin.

Segala bentuk sumbangan kewangan akan diberikan resit yang telah di sahkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Islam. Resit dan Sijil Waqaf pula akan diberikan untuk sumbangan minimum RM50 bagi setiap bahagian.

DERMA TAHFIZ

Insya-Allah, sama-sama kita menjadikan ini sebagai peluang amal jariah kita. Mudah-mudahan menjadi bekalan setelah kita mati kelak.

Kalau nak hantar anak ke sekolah tahfiz ni, boleh berhubung dengan nombor seperti yang tertera di atas – 0122981872.

 

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Cari Peluang Derma Sekolah Tahfiz? Projek Waqaf Ni Untuk Anda”

  1. Suriya Avatar

    saham buat akhirat kelak. kena kaya kat dunia, baru boleh bagi juta-juta.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    Alhamdulillah banyak ruang untuk kita infaq sebagai dana akhirat

  3. Muliani Avatar

    Alhamdulillah. Terbaik lah admin. Smoga mendapat keberkatan Allah swt

  4. Siti Aisyah Mat Lajim Avatar
    Siti Aisyah Mat Lajim

    Assalamualaikum w.b.t,

    Alhamdulillah….. Setinggi-tinggi penghargaan buat lyna yang sudi war-war kan perkara ini di blog lyna. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa lyna. Untuk perkongsian bersama, alhamdulillah pembinaan fasa 1 telah siap dan telah di rasmikan pada bulan Mei yang lepas hasil sumbangan para dermawan. Inshaa Allah pembinaan Fasa 2 sedang berjalan dan kami amat mengharapkan sumbangan orang ramai. Syukran Jazilan Jazakumullah…

    Siti Aisyah Binti Mat Lajim
    012-2981872

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge