Hari pertama tiba di South Island New Zealand, kami menginap di Queenstown Lakeview Holiday Park. Satu-satunya campsite yang kami book awal-awal secara online.
Tempat ni sangat best dan strategik. Jalan kaki je ke pekan (tak besar mana pun Queenstown ni. Dan di atas bukit belakang ni adalah Queenstown Skyline. Nak ke sini dari airport on GPS je, gerenti tak sesat.
Walaupun campervan ni ada dapur, tapi kami guna fasiliti memasak di campsite ni. Lebih selesa dan peralatan yang lebih dari cukup. Lakeview ni ada 2 pantry yang besar untuk memasak.
Coin laundry pun ada. Tapi kena pakai cip, kena beli di receptionist.
Kawasan ni memang cantik. Selain kawasan lapang untuk caravan, ada juga motel. Malam pertama kami tidur dalam campervan. Tapi… Sejuk sangat-sangat kerana tiada heater, dan sukar untuk solat di luar (atas rumput) kerana hujan. Kami guna bilik TV untuk solat.
Maka, esoknya kami sewa motel je 😛
Hari pertama, belum mula memasak lagi. Jalan-jalan di pekan, ada 2 kedai menjual kebab Turki. Satu di tepi jalan ni..
Satu lagi dalam bangunan.
Lapar sungguh. Sepinggan nasi habis.
Kat sini kami masak & shopping bahan untuk memasak di kedai runcit dan supermarket Fresh Choice. Fresh Choice ni supermarket terbesar di Queenstown, dan kebanyakan barang mentah memang kami beli di sini.
Tapi kalau dah tempat macam ni.. Lebih baik masak sendiri hehe.
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply