Selagi namanya manusia, tidaklah sesiapa pun sempurna sifatnya. Seorang suami, walaupun ketua dan tulang belakang keluarga, namun tak semua perkiraannya tepat, tak semua langkahnya berkat. Jadi sebagai isteri sebagai pelengkap, itulah yang menjadikan langkah seseorang suami itu penuh makna, lakunya penuh pesona. (Waduh kok gitu bahasanya deh!)
Kadang-kadang, saya sendiri pun mengalami masalah (selalu) bila nak menegur suami. Ye lah, selain dari ego lelaki yang tinggi, kadang2 kita yang tak pandai nak menegur. Contohnya suami saya (dan saya percaya suami orang lain juga!) tak suka jika disuruh berkali-kali dan dibebel. Macam kita tak suka dibebel oleh ibu (ada gak yang suka ni), suami juga tak suka bila dibebel isteri sendiri (ada gak yang suka). Kalau dapat suami yang tak suka dibebel tu, so kena la berhenti membebel dan carila approach lain.
Sesetengah isteri mengharapkan suaminya berubah, (mestila ke arah yang digemari olehnya), tapi dia sendiri tak pulak berubah ke arah yang disukai suami.
Menegur suami, harus berhati2 supaya tidak jatuh martabatnya sebagai suami. Bagaimana jatuh martabat suami? Bila dirinya sudah tak dihormati oleh isteri. Dalam sebuah cerita Hindustan, seorang suami berkata lebih kurang camni “Dalam perkahwinan tidak perlukan cinta semata2, tapi perasaan hormat” . Bila hanya cinta semata2 tanpa rasa hormat, jadilah seperti Dalil Cinta tempoh hari.
Menegur suami cukup hanya sekali. “Abang, dah masuk waktu ni”. Banyak2 kali sound buat dia rasa menyampah, dan malas nak buat sebab rasa nak marah kat isteri yang mungkin ingat dia tak reti2 bahasa.
Seorang isteri harus banyak berdoa untuk suaminya. Doa isteri adalah kunci kejayaan suami. Isteri selaku ibu rumahtangga perlu banyak berdoa demi sebuah keluarga yang bahagia, berjaya, harmoni, gemilang dan cemerlang. Dan ya, sebuah rumahtangga yang mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi. Isteri hendaklah menjadi pendorong utama kepada suaminya, dalam menuju cita2 dan menempa kejayaan. Oleh itu hubungan suami isteri haruslah dalam keadaan yang sangat baik, agar keikhlasan itu timbul. Perasaan ikhlas tu bukan lahir dari perasaan cinta semata-mata, tapi juga perasaan ihsan dan empati.
Kerukunan rumahtangga lahir dari persefahaman suami isteri. Kerana itu Islam telah menyediakan garis2 panduan seawal memilih pasangan lagi. Dari 4 ciri pemilihan pasangan – keturunan, rupa paras, harta dan agama, agama adalah elemen terpenting sekali, kerana dengan adanya agama itu, seseorang suami/isteri mudah dibentuk, insya-Allah.
Dari sudut lain, kerana 3 elemen tersebut memang tak sama. Keturunan – kita bernikah dengan keturunan berbeza, walaupun nikah dengan sepupu tapi susur galur keluarga sudah ada percampuran dari cabang keluarga yang berbeza. Harta – mungkin tak sama harta keluarga dan harta pencarian. Cakap mudah, gaji masing2 mungkin tak sama. Rupa – sama ada sama2 cantik atau sorang cantik sorang kureng, tapi mestila takkan sama. Tapi agama, bagi kita di Malaysia ni, Islam pasangannya mesti Islam juga. Jadi kita mempunyai persamaan di situ. Dengan itu mudahlah untuk menggembleng tenaga bersama2. Kerana itu agama jatuh nombor satu. Kerana sepanjang hidup kita memperjuangkan keturunan, harta, rupa adalah kerana untuk menjaga agama.
Isteri mesti banyak bersabar. Kenapa? Sebab isteri adalah saraf tunjang keluarga. Walaupun suami adalah tulang belakang, tapi saraf tunjangnya adalah isteri. Isteri, walaupun kerja sebagai manager pun, dia akan menjaga kebajikan keluarganya. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah… bayangkan kalau semasa membuat kerja2 tu isteri melakukannya dengan perasaan bengang, marah, merepek yang bukan2… contohnya “Benci betul laaaah buat kerja2 ni. Ingat aku ni orang gaji ke. Tak gune punya suami yadayada..”… adakah keluarga akan terjamin kebahagiaan?
Perbincangan dua hala amatlah penting. Lebih2 lagi di zaman sekarang ni yang mana para isteri dah outspoken dan mungkin ada banyak argument. Suami perlu bijak menangani emosi isteri dan isteri perlu cekap dalam mengawal emosinya.
Yang penting, bila teguran kita tak berkesan, semak kembali diri, mungkin cara tegur kita salah, mungkin kita tak pandai menegur, atau mungkin kita sendiri yang patut ditegur!
Leave a Reply