Cara Menasihat dan Menegur Suami Bagi Pasangan Muda

admin Avatar

Selagi namanya manusia, tidaklah sesiapa pun sempurna sifatnya. Seorang suami, walaupun ketua dan tulang belakang keluarga, namun tak semua perkiraannya tepat, tak semua langkahnya berkat. Jadi sebagai isteri sebagai pelengkap, itulah yang menjadikan langkah seseorang suami itu penuh makna, lakunya penuh pesona. (Waduh kok gitu bahasanya deh!)

Kadang-kadang, saya sendiri pun mengalami masalah (selalu) bila nak menegur suami. Ye lah, selain dari ego lelaki yang tinggi, kadang2 kita yang tak pandai nak menegur. Contohnya suami saya (dan saya percaya suami orang lain juga!) tak suka jika disuruh berkali-kali dan dibebel. Macam kita tak suka dibebel oleh ibu (ada gak yang suka ni), suami juga tak suka bila dibebel isteri sendiri (ada gak yang suka). Kalau dapat suami yang tak suka dibebel tu, so kena la berhenti membebel dan carila approach lain.

Sesetengah isteri mengharapkan suaminya berubah, (mestila ke arah yang digemari olehnya), tapi dia sendiri tak pulak berubah ke arah yang disukai suami.

Menegur suami, harus berhati2 supaya tidak jatuh martabatnya sebagai suami. Bagaimana jatuh martabat suami? Bila dirinya sudah tak dihormati oleh isteri. Dalam sebuah cerita Hindustan, seorang suami berkata lebih kurang camni “Dalam perkahwinan tidak perlukan cinta semata2, tapi perasaan hormat” . Bila hanya cinta semata2 tanpa rasa hormat, jadilah seperti Dalil Cinta tempoh hari.

Menegur suami cukup hanya sekali. “Abang, dah masuk waktu ni”. Banyak2 kali sound buat dia rasa menyampah, dan malas nak buat sebab rasa nak marah kat isteri yang mungkin ingat dia tak reti2 bahasa.

Seorang isteri harus banyak berdoa untuk suaminya. Doa isteri adalah kunci kejayaan suami. Isteri selaku ibu rumahtangga perlu banyak berdoa demi sebuah keluarga yang bahagia, berjaya, harmoni, gemilang dan cemerlang. Dan ya, sebuah rumahtangga yang mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi. Isteri hendaklah menjadi pendorong utama kepada suaminya, dalam menuju cita2 dan menempa kejayaan. Oleh itu hubungan suami isteri haruslah dalam keadaan yang sangat baik, agar keikhlasan itu timbul. Perasaan ikhlas tu bukan lahir dari perasaan cinta semata-mata, tapi juga perasaan ihsan dan empati.

Kerukunan rumahtangga lahir dari persefahaman suami isteri. Kerana itu Islam telah menyediakan garis2 panduan seawal memilih pasangan lagi. Dari 4 ciri pemilihan pasangan – keturunan, rupa paras, harta dan agama, agama adalah elemen terpenting sekali, kerana dengan adanya agama itu, seseorang suami/isteri mudah dibentuk, insya-Allah.

Dari sudut lain, kerana 3 elemen tersebut memang tak sama. Keturunan – kita bernikah dengan keturunan berbeza, walaupun nikah dengan sepupu tapi susur galur keluarga sudah ada percampuran dari cabang keluarga yang berbeza. Harta – mungkin tak sama harta keluarga dan harta pencarian. Cakap mudah, gaji masing2 mungkin tak sama. Rupa – sama ada sama2 cantik atau sorang cantik sorang kureng, tapi mestila takkan sama. Tapi agama, bagi kita di Malaysia ni, Islam pasangannya mesti Islam juga. Jadi kita mempunyai persamaan di situ. Dengan itu mudahlah untuk menggembleng tenaga  bersama2. Kerana itu agama jatuh nombor satu. Kerana sepanjang hidup kita memperjuangkan keturunan, harta, rupa adalah kerana untuk menjaga agama.

Isteri mesti banyak bersabar. Kenapa? Sebab isteri adalah saraf tunjang keluarga. Walaupun suami adalah tulang belakang, tapi saraf tunjangnya adalah isteri. Isteri, walaupun kerja sebagai manager pun, dia akan menjaga kebajikan keluarganya. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah… bayangkan kalau semasa membuat kerja2 tu isteri melakukannya dengan perasaan bengang, marah, merepek yang bukan2… contohnya “Benci betul laaaah buat kerja2 ni. Ingat aku ni orang gaji ke. Tak gune punya suami yadayada..”… adakah keluarga akan terjamin kebahagiaan?

Perbincangan dua hala amatlah penting. Lebih2 lagi di zaman sekarang ni yang mana para isteri dah outspoken dan mungkin ada banyak argument. Suami perlu bijak menangani emosi isteri dan isteri perlu cekap dalam mengawal emosinya.

Yang penting, bila teguran kita tak berkesan, semak kembali diri, mungkin cara tegur kita salah, mungkin kita tak pandai menegur, atau mungkin kita sendiri yang patut ditegur!

admin Avatar

14 responses to “Cara Menasihat dan Menegur Suami Bagi Pasangan Muda”

  1. zuhaini Avatar

    wah.. banyaknya petua. kenapa pasangan muda..? kalau pasangan tua….? hihihi… (eh, kami ni pasangan muda ke tua…?) 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Rumah terbakar… Panggil Bomba! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pasangan tua depa dah banyak pengalaman dan tips2. kita yg kena mintak dengan mereka. hehehe.

      1. aidie Avatar

        pasangan tua pun boleh je apply kan lyna..you need to respect your spouse forever in the marriage. barulah rukun rumahtangga.
        bab nk menegur dia..byk caranye..style membebel would never work in many cases..kita leh guna reverse psychology or dgn cara gurauan..
        contoh kan..bulb lampu terbakar, kita dok suruh la tukar punyala malas nk tukar kan..cuba kita ckp, “nanti i nak tanya jiran sebelah la (yang bujang lagi berkesan) ..kot2 dia ada tangga tolong nk tukarkan bulb” sure dgn pantas kilat dia terus tukar bulb lampu itu..hehehhee
        .-= aidie´s last blog ..Mata Pelajaran " Keganasan =-.

  2. temp. housewife Avatar

    terimak kasih untuk petua2 tu. kdg2 pasangan yg tak berapa muda pun terlupa. hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha kak ad… segan pulak rasanya 😀

  3. salzahari Avatar
    salzahari

    huraian yg bagus..so bagaimana tipsnya? hehheee…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      er.. semua yg kat atas tu 😉

  4. Nur Avatar

    lyna,
    sometimes respects need to be earned. kalu laki asik membuta jer, bini yg kerja…blk kerja nk uruskan anak2 & rumah lak..laki dok goyang kaki nganga bila bini da siap masak..

    nyampah agaknya bertahun2 kena buli gitu..tu yg lari agaknya tuh!eh ramai tau laki x keja tau, hrpkan bini je..
    (eh..tp bukan laki i yer!laki akak pekerja cemerlang!hehehe)
    .-= Nur´s last blog ..Anda Suka Oblong?? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      thats why la untuk berumahtangga kene memilih, kan kak?

      biarlah demanding, bukan nak idup sehari dua. heheh.

  5. zaila Avatar

    samerlah, laki aku pon xsuka kalo aku tegur dia dalam nada ayat suruh macam “b, kemas rumah dulu sebelum mama balik” tapi nak kena puji2 dulu, kasik ayat2 pujuk rayu, baru dia nak buat..thehehehee contoh ayat pujuk rayu pula macam ni “b, nanti mama balik rumah mama nak layan b je so apakata b tolong mama kemas rumah nanti;)” heheheheee tapi kadang2 xmenjadik juga ayat tuuu..hahahaaa
    .-= zaila´s last blog ..RINDU =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      B berkata “Takpala Mama tak payah layan B, mama kemas jah rumah”

      muahahaha.

  6. Shareen Avatar

    I belive yang paling penting sekali wife mesti respect hubby and suami mesti ada sesuatu yg lebih, yg isteri tak ada so dia akan respect suami dia. Erm, rasa cam logik x? Hahahaha…

    I tak anggap diri sebagai old married couple 😛 but jangan lupa untuk compromise, compromise, compromise… Ingat, pengorbanan kita nie sebagai isteri dan ibu sangat besar dan akan dapat balasannya kelak, samada di dunia nie atau dunia yang seterusnya ^___^

    Ish. Tapi jangan pulak buat apa2 sebab nak balasan. Salah kefahaman tuh hehehe
    .-= Shareen´s last blog ..Preview of My Snugg Mei Tai =-.

  7. aini Avatar

    tp cmne plk klo suami kite lebih percaya kan ckp mak die dr kite..payah jgk nak ckp ni mommy lyna..

  8. cik shiqa Avatar

    suke la entry ni.. berguna for me yg bakal berkahwin. thanks…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge