Cara Melayari Internet di Luar Negara

admin Avatar

Di mana-mana saja kita berada, zaman sekarang ni, talian internet adalah satu perkara yang tak boleh tidak mesti ada. Apatah lagi kalau anda adalah seseorang yang menjalankan perniagaan internet seperti saya.

Kebanyakan tempat memang senang je nak dapatkan talian internet, misalnya hampir semua hotel/motel/hostel sediakan wifi percuma. Kalau tak percuma pun, ada la wifi-nya. (Ada juga yang takde… especially holiday2 park tu, bercinta jawabnya).

Ataupun masuk ngeteh di kafe2 (atau berdiri je kat tepi pintu dia >_<) untuk guna WiFi yang disediakan.

Kalau di bandar-bandar seperti di Seoul misalnya, internet boleh didapati di mana-mana, dia nyer free public wifi nama ‘iptime’ kat mana-mana pun ada kecuali dalam hutan.

Walau bagaimanapun, kalau yang jenis mobile macam kami ni, apa lagi mobilenye bukan dalam bandar tapi dalam hutan, kena juga ada internet sendiri.

Kalau nak terus mendapat talian internet di luar negara, boleh guna beberapa cara-

  • Data roaming talian telefon masing-masing
  • Beli simcard di tempat yang dikunjungi
  • Sewa MiFi
  • Beli MiFi

Bagaimana nak pilih yang terbaik?

Pertama sekali check partner roaming telco yang anda pakai, adakah tersedia di negara yang nak dikunjungi? Periksa sekali kuota kan kos sehari.

Yang kedua, anda nak guna talian tu untuk apa.. untuk internet saja atau untuk buat panggilan ke tanahair?

Kalau nak guna untuk buat panggilan dan talian internet

Sebaiknya beli simcard di tempat yang dikunjungi tu. Lebih jimat daripada guna talian kita yang biasa.

Kalau nak internet sahaja

i. SimCard

Buat perbandingan antara kos sehari dengan menggunakan data roaming vs kos kalau guna simcard di sana… termasuk kuotanya sekali. Ada syarikat telco yang menyediakan perkhidmatan data mengikut hari. Kalau berada di negara tersebut selama seminggu, ambil pakej seminggu je.

Di Melbourne itu hari, dengan Yes Optus, sehari mereka caj AUD2 untuk data sebanyak 6G dalam tempoh 5 hari. OK sangatlah kan? Maxis pun caj RM38 sehari untuk data roaming.

Tapi make sure tak ada panggilan penting yang perlu dijawab. Atau kena ada 2 handphone if nak ganti simcard lain.

ii. Sewa MiFi

Kalau tak mahu tukar simcard.. boleh sewa mifi (mobile wifi) di tempat-tempat yang menyediakannya. Biasanya kalau sewa kereta, boleh sewa mifi dari syarikat sewa tu. Kami sewa mifi dari syarikat car rental di Cyprus dan Melbourne. Kos untuk sehari sewa mifi ni less than AUD10.

iii. Beli MiFi

Kalau nak miliki MiFi dan nak gunakan untuk ke luar negara, pastikan reti nak unlock kalau nak guna simcard telco lain. Tak semua yang kerja di kedai telco tu reti nak unlock, dan kadang2 di tempat yang tak cakap Inggeris tu, kita cakap lain, dia paham lain >_<

Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Dah ada internet tu jangan lupa teruskan baca MySuperKids ye!

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Cara Melayari Internet di Luar Negara”

  1. Inspirasi Huda Avatar

    Info berguna untuk tugasan atau aktiviti di luar negara. Belum pernah guna lagi cara-cara di atas. Sim card pun tidak la mahal sangat, boleh guna kaedah yang sesuai.

  2. emalinmohd Avatar

    Info berguna sangat untuk yang suka travelling. Ye lah roaming tu kadangkala mahal sangat

  3. Amyz Avatar

    Betul. Roaming sgt mahal. Baik beli sim local je. 🙂

  4. Raihanah Ahmad Avatar

    info yang berguna alom

  5. Muliani Avatar

    Info yg bergunaa. Senang lah berwifi lepas ni. Hihi

  6. mira Avatar
    mira

    nice!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge