Saya mengakui, antara keyword yang sampai ke blog ini ialah ‘cara gugurkan kandungan’.
Tatkala menyusuri blog ibu2 lain, ternyata bukan saya seorang, malah lebih ramai ibu lain yang mempelopori menjadi tempat terjahan mereka yang mahu gugurkan kandungan. (Semuanya disyaki remaja, minoriti wanita berkahwin yang tak gugur kandungan tu suka hati dioranglah).
Kebanyakannya marah dengan tindakan mereka itu untuk gugurkan kandungan.
Kita fikir begini, mengikut kaedah fiqh aulawiyat (fiqh keutamaan), antara dua kemudaratan,kita ambil mana yang lebih rendah mudaratnya.
Antara gugurkan kandungan dengan buang bayi, mana yang lebih mudarat?
Don’t talk about keinsafan, taubat, balik belajar agama, etc.Perkara dah jadi, benih dah tersemai, kelapa dah ditebuk tupai. Apa yang patut mereka buat? Tak semua yang mengandung luar nikah atas kerelaan sendiri. Mungkin mereka dirogol, dipaksa, dipukau, dibomoh, ditipu dan macam2 lagi.
1. Mencari pelindungan di pusat2 perlindungan wanita terlanjur
Dewasa ini ramai yang bangkit membantu, ada yang melalui badan2 tertentu, dan ada yang secara individu membuka pusat2 perlindungan wanita, terutama kepada remaja yang bermasalah (dengan zina) ini. Masya-Allah, Allah saja yang membalas jasa2 mereka.
Antara pusat2 perlindungan wanita terlanjur yang boleh dihubungi ialah:
Semoga pengisian yang ada di pusat2 tersebut dan seumpamanya bakal memberi sinar baru dalam hidup adik2 yang terlanjur ini.
2. Berikan bayi anda kepada Orphancare
Orphance baru melancarkan program Baby Hatch untuk menyelamatkan anak2 yang tak ada mak bapak (secara fizikal) ini. Berikan bayi itu kepada orang yang tidak dikurniakan cahaya mata yang sanggup menjaga bayi2 tersebut.
3. Kunjungi klinik yang sah untuk menggugurkan kandungan.
Tak payahla buat benda bukan2. Nanti sendiri mudarat, biarla satu benda saja yang mudarat, takkan nak semuanya rosak?
4. Nikah
Kalau yang suka sama suka, senang2 nikah sajalah. Tapi please jangan nikahkan mangsa rogol dengan perogolnya! Ini memang kejammm!!!
Hmm… tak reti pula saya. Kalau last resort, minta lah doa banyak2 dengan Allah supaya kandungan tu mati dengan sendiri. (Wah, last resort baru kao berdoa ya!).
Sebenarnya, kes2 sebegini adalah cermin kepada umat hari ini, dan cermin kepada diri kita sendiri.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata: Orang sekarang sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.
Hadis ini memberi pengajaran kepada kita bahawa kita tidak boleh menunding jari kepada orang lain, sebaliknya apabila keadaan umat sudah rosak, ia mungkin datang dari kita sendiri… tidak prihatin, tidak berdakwah, tidak mengambil berat masalah umat, etc. Ia juga, menurut Imam Nawawi, ialah supaya kita tak berasa diri kita aje yang bagus, orang lain rosak. Itu adalah perbuatan yang namanya ujub.
Mungkin ada mesej yang kita boleh korek dari kejadian2 jahiliyah moden pada hari ni.
- Pincangnya akidah umat Islam (eh, aku la tu) pada hari ni.
- Umat Islam berpecah belah ikut macam2 ideologi.
- Nama je Islam tapi dah tak macam orang Islam.
- Umat Islam saling tuduh menuduh, musuh memusuhi.
- Keliru antara masalah akidah, ibadah dan aurat.
- Titik tanda kebangkitan semula Islam selepas zaman hitam. Kalau kita tengok dari segi sejarah, kebangkitan Islam adalah selepas kejatuhan, terutamanya kebangkitan semasa zaman Rasulullah SAW, selepas zaman Jahiliyah. Sejak kejatuhan Turki Uthmaniah, pentadbiran khilafah telah terhapus dan perkara2 jahiliyah timbul satu demi satu. Mungkin inilah masanya untuk Islam bangkit gemilang semula?
- Dah nak kiamat daaaa…
Wah kalau sebut kiamat ni terus rasa nak pegi amik air sembahyang T_T
Leave a Reply