Cabaran Penyusuan : Bila Tak Cukup Susu

admin Avatar

Ramai ibu yang memberitahu punca mereka tidak menyusukan anak adalah kerana tidak cukup susu. Samada betul atau tidak anggapan ini, ia harus dilihat dalam skop yang lebih mendalam.

Ibu biasanya merasakan bayi tak cukup susu bila:-

– Bayi asyik menangis
– Bayi tak puas menyusu
– Bayi tak mahu menyusu bila breast ibu tidak penuh
– Tidak ada susu atau sikit saja susu keluar bila diperah
– Menganggap susu perlu ada sebaik saja bayi dilahirkan

Terdapat ibu yang terus memberi susu formula kepada bayi kerana merasakan payudaranya tidak mengeluarkan susu selepas kelahian bayi.

Perkara2 yang ibu perlu tahu sebelum kelahiran bayi sebagai persediaan penyusuan:-

– Bayi baru lahir mempunyai perut sebesar biji guli


– Bayi baru lahir mempunyai lebihan air dalam badannya untuk digunakan dalam tempoh selepas kelahiran


– Bayi baru lahir akan mengalami pengurangan berat badan dalam minggu pertama dilahirkan


– Ibu menghasilkan kolostrum yang sangat penting untuk bayi selepas dilahirkan. Kolostrum adalah cecair yang kuning, likat dan tidak mengalir. Seolah-olah ibu tidak bersusu.


– Susu ibu terhasil dalam masa 4-7 hari selepas kelahiran. Pada masa ini ibu mula merasakan payudaranya bengkak


Jadi apa yang ibu perlu buat dalam minggu pertama kelahiran ialah pastikan bayi kerap disusukan dan ibu tidak perlu mengepam untuk memberikan bayi susu kerana mungkin menyebabkan ibu tertekan bila mendapati susu tidak keluar. Hisapan bayi lebih kuat dari kuasa pam dan bayi yang normal dan sihat mampu mendapatkan kolostrum keperluannya.

Namun, benarkah ada keadaan yang mana bayi tak cukup susu? Benar ada.

Faktor2 di bawah ni boleh menjadi sebab ibu ‘kurang susu’ dan bayi tak cukup susu:

– lekapan yang tidak sempurna
– bayi yang kurang sihat dan lemah untuk menghisap susu dengan efektif.
– bayi mengalami masalah tongue-tie
– ibu tidak menyusukan dengan kerap
– penggunaan puting botol
– menyusu dalam keadaan tertekan
– tidak menyusukan bayi pada waktu malam
– pengambilan ubat-ubatan (bukan vitamin)
– ibu kurang yakin bahawa dia boleh menyusukan anaknya
– ibu mengalami puting pecah dan tidak boleh nak menyusukan dengan tenang

Tanda2 bayi mungkin tidak cukup susu:

– bayi kelihatan gelisah dan lemah
– tiada peningkatan bera badan
– kencing bayi berbau terlalu kuat, kuning dan sedikit (kecuali pada hari pertama kelahiran)
– kulit bayi kelihatan kering dan berkedut
– najis bayi kering dan keras


Tapi jangan keliru dengan tangisan bayi. Bayi menangis kerana banyak sebab… Dan tangisan bukanlah isyarat bayi lapar sebenarnya!

Jadi apa perlu dibuat bila keadaan ini terjadi? Formula? Nanti! Jangan cepat membuat keputusan.

PERTAMA sekali ibu harus yakin bahwa dia mampu menyusukan anaknya. Menyusukan anak sehingga genap 2 tahun adalah saranan di dalam Al Quran, masakan ia terlalu sukar untuk dilaksanakan?

KEDUA, ibu kena ada tempat rujukan yang boleh memotivasikannya dalam dunia penyusuan. Ilmu penyusuan ni bukan benda baru, dan negara kita ada ramai kanselor dan konsultan laktasi yang boleh dihubungi.

KETIGA, bila dah terjadi begini, ibu kena tengok semula latching atau pelekapan bayi pada payudara. Adakah lekapan itu sempurna? Masalah puting pecah juga berkemungkinan kerana silap posisi semasa latching menyebabkan latching tidak sempurna.

KEEMPAT, ibu perlu bersabar melayan karenah bayi menyusu, walaupun sejam, walaupun 2-3 jam sekali. Ibu dalam pantang tak perlu buat apa-apa kan? jadi, layanlah si kecil tu.

KELIMA, kerapkan menyusu bayi walaupun di waktu malam.

KEENAM, kosongkan payudara. Kalau bayi tak dapat lakukannya, perah ntuk mengosongkannya.

KETUJUH, jangan cepat mengalah dan memberikan susu formula. Bertenang dan cari penyelesaian.

Walaupun ada ibu yang memang tidak dapat menghasilkan susu yang banyak, misalnya yang mempunyai masalah hormon, atau langsung tak boleh menyusu bila lahir tanpa duktus susu… Namun jangan cepat membuat kesimpulan.

Dapatkan ilmu penyusuan dari sumber yang betul… Jangan lupa berdoa kepada Yang Maha Esa agar semuanya dipermudahkan. Insya-Allah.

Semoga ibu-ibu semua dapat menyusukan anak sehingga tempoh cerai susu yang sepatutnya!

Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Cabaran Penyusuan : Bila Tak Cukup Susu”

  1. ainul Avatar

    betul tu along..saya dl pun takde la byk ilmu sgt tp saya mmg tekad nk full bf.walaupun czer, inverted nipple tp saya tempuh jgk.alhamduliilah sudah 15bln bf my baby.jauh lagi perjalanan utk smpi 2thn. yg penting ILMU , SEMANGAT & SOKONGAN 🙂

  2. eliss Avatar

    semoga me kuat semangat utk anak seterusnya nanti

  3. Sarah Avatar
    Sarah

    ya..memg betul tu..sy ni pun tgh mencuba bf sepenuhnya..sekrg baru 2 bulan susukan my 2nd baby…Caiyok:)

  4. Ummu Ukasyah Avatar

    betul tu.. terima kasih atas infonya..

    macam mana pula kalau ibu tengah mengandung, susu memang kurang dan hampir tiada. Anak pula dah 1 tahun 3 bulan. Kandungan nak masuk 5 bulan.

    Macam mana nak buat?

    Adakah susu boleh meningkat balik pengeluarannya atau memang ibu mengandung mengalami kurang susu dan tiada susu?

    Kenapa boleh jadi kurang susu eh?

    Maaf bertanya sebab masih keliru. Sebab dah makan makanan penambah susu tapi susu masih malu nak keluar.

    Ada tak cara ibu mengandung nak tambahkan susu badan atau memang dah ditakdirkan ibu mengandung kurang susu.

    Nasib baik anak dah makan. kenyang makanan. Menyusu memang tak lepas.

    1. Sarah Avatar
      Sarah

      maaf sy menyibuk sikit..tp ape yg sy tahu drpd kawan2 yg pernah mengandung dan ada anak yg masih menyusu seperti kes Puan di atas, doktor melarang tuk susukan baby tu…atas alasan ape sy xingt tp lbh kurang mcm tu la..kalo yg lain tahu np..leh kita kongsi bersama…
      tp mengenai susu tuk baby yg bakal dilahirkan nt..jgn sush hati…susu tu tetap ada selepas bayi tu dilahirkan…

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Normal susu drop masa pregnant.

      Sy petik dr KellyMom:

      Most mothers who are nursing through pregnancy notice a decrease in milk supply by mid-pregnancy, but sometimes as early as the first month. During pregnancy, the mature milk is also making a gradual change to the colostrum which is present at birth. Supply may increase toward the end of pregnancy as colostrum production kicks in.

      Why does milk production usually decrease during pregnancy?

      Progesterone levels gradually rise during pregnancy. One theory for the cause of decreased milk supply during pregnancy (Flower 2003) is that the progesterone makes the alveoli permeable, or “leaky,” so they can’t store milk well. At birth (the delivery of the placenta) progesterone levels drop dramatically, allowing prolactin to take over. Prolactin makes the alveoli impermeable, thus setting the stage for the return of copious milk production.

      —-

      Antara sbb org2 Arab dulu mengguna khdmat ibu susuan krn mereka beranak rapat2. Jd utk pastikan ank2 dpt susu ibu sampai 2thn, ank2 dihantar ke desa dgn mengupah ibu susuan buat mereka. Sbb kehamilan tu sdr boleh membuat milk supply drop dramatically.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge