Cabaran Anak Yang Makin Membesar

admin Avatar

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kami dengan 3 cahayamata lelaki yang comel dan keletah. Semua pun dah besar.. Hafiy genap 5 tahun Oktober lepas, Fahry pula genap 4 tahun 5 Disember hari tu, dan Danny bakal menyambut ulangtahun ke-2 bulan Februari 2012.

Yang paling becok tentunya si Fahry.

Mungkin kelebihan yang Allah Taala anugerahkan buat Fahry. Di sebalik apa yang dia tidak punyai, Fahry ialah seorang yang becok, suka bertanya dan mempunyai sebutan yang jelas bila berkata-kata. Fahry kerap gunakan ayat penuh bila bercakap.. termasuk kata penyambung pun dimasukkan sekali.

Hafiy pula agak pendiam, tetapi fikirannya tajam. Alhamdulillah. Saya pun kena guna daya pemikiran dimensi ke-4 bila bercakap dengan dia.

Danny pula dah makin menunjukkan ‘perangai’ dah mula memasuki era toddler…

Pening kepala bila bawa semua keluar. Di mana-mana padang permainan mereka 🙂

Biasanya, orang keliling pandang kanak-kanak yang aktif terlebih sebagai ‘nakal’. Lebih best lagi komen “Mak bapak tak ajar beradab ke” dan sebagainya. Sehingga semua saya enggan bawa mereka ke masjid kerana suka-buat-bising.

Masyarakat kita lebih mencintai anak-anak yang reti duduk diam dan beradab. Namun, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka adalah golongan belum usia mumayiz yakni belum pandai membezakan yang baik dengan yang buruk.

Semakin besar usia anak-anak semakin saya mengerti apa maksud anak-anak adalah ujian buat ibu bapanya. Jika ditelusuri riwayat kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW, mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti anak-anak lain… Suka bermain (dan Rasulullah bermain bersama), tidak memahami urusan orang dewasa misalnya Hassan & Hussein yang memanjat belakang Rasulullah SAW semasa mengimamkan solat. Malah anak angkat Rasulullah SAW yakni Anas r.a. pun pernah terlalai dari menunaikan pesanan Rasulullah kerana terserempak dengan rakan-rakannya yang sedang bermain.

Namun ditujunkkan dalam riwayat2 di atas, adalah.. bagaimana sebagai orang tua menangani perangai anak-anak itu. Rasulullah tidak marahpun bila kanak-kanak menyerbu, dan memanjat Baginda (HR Ahmad), apalagi ketika belakangnya dipanjat cucu-cucunya… dan ketika Anas terlupa pesannya, Rasulullah SAW tidak marah, malah meminta Anas menunaikannya.

Cabaran sebenarnya bukan anak-anak tapi kita.

Allah ada rahsianya.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Cabaran Anak Yang Makin Membesar”

  1. Hanna Haniff Avatar
    Hanna Haniff

    Like.

  2. mama meah Avatar

    setuju, cabarannya bukan pada anak2, tp kita sbg ibu bapa…huhu..semoga lebih bersabar dgn anak2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge