Buat duit dengan blog, biasanya typical thinking:
– jual barang
– ada produk
– skim cepat kaya
– MLM
Dan bila sebut tentang blog:
– saje2
– hobi
– nak glamour
Bila sebut tentang jana pendapatan melalui blog, ramai yang kata tak sanggup sebab tak ada barang nak diniagakan. Sebenarnya point2 di atas tu dah boleh dislash sekarang sebab kita boleh buat duit melalui blog tanpa ada barang pun.
Bagaimana buat duit dengan blog?
1. Dengan menyertai syarikat pengiklanan seperti Innity, Nuffnang, Advertlet, etc.
Ni kebanyakan blogger dah faham. Tinggal mungkin tunggu cashout je lah.
Syarikat2 ni menjadi orang tengah antara advertiser dan publishert(blogger). Advertiser akan membayar untuk setiap klik yang dijanakan untuk iklan CPC dan untuk trafik bagi iklan CPM.
2. Tulis review/advertorial
Ada pemilik kedai/servis yang memberi upah kepada blogger yg buat entry temtang kedai/ servis mereka. Bloggers bleh gunakan peluang ini untuk jana wang.
3. Sewakan/jual ads space
Macm di sidebar saya yg bertulis ‘advertise with us’. Jadi bila ada orang minat nak letak iklan kat situ, kita kenakan certain bayaran.
4. Jadi affiliate
Oh ini sungguh mudah! Cuma daftar dengan kedai tu & buat review tentangnya. Kalau ramai yang masuk & beli, banyak la, komisen.
Blog ni umpama hartanah, nilainya mahal bila trafik ke blog adalah tinggi. Macam kita ada rumah, makin hot kawasan tu, harga rumah makin naik, sewa makim mahal. Blog yang hot, mestilah makin mahal nilainya.
Jual blog? Tak pernah dengar? Ya macam hartanah, blog ni boleh dijual beli. Tapi kalo setakat blog My Super Kids nak jual memangle tak laku. Blog2 yang super hot, visitor berjuta2 tu ramai yang tunggu nak beli.
Tak susah, kan? Ia cuma perlukan komitmen je. Cuma rajin tulis & panggil visitor supaya datang. Tak payah jual barang or cari downline. Sambil menulis suka2 as hobi, best juga bila dapat seposen dua kan?
Leave a Reply