Saya telah terbiasa dengan boikot sejak zaman kanak-kanak. Bila saja berlaku serangan besar-besaran terhadap Palestin oleh Israel, akan timbul gesaan untuk boikot. Boikot produk Israel. Dikembangkan lagi, boikot produk Yahudi. Dikembangkan lagi, boikot produk USA. Kembang lagi, boikot produk bukan Islam. Akhirnya menjadi sangat mengarut. Mana mungkin kita nak boikot produk bukan Islam? Sedangkan kita tiada produk yang akar umbinya dari orang Islam kita pun!
Sudahnya tujuan boikot jadi keliru. Macamana nak boikot kalau hampir semua barangan yang kita tahu, bukan produk Muslim?
Itu sebelum ni, sebelum saya apa sebenarnya tujuan kita boikot.
Kita bukan boikot non-Muslim, bukan boikot US, bukan boikot Yahudi, tapi boikot Israel the Zionis kerana kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.
Yang tak kacau orang, kita hidup secara harmoni…
Lagi kena faham tujuan boikot ni supaya kita tak jadi lalang, kejap OK kejap tak OK. Mc Donald’s misalnya, sebab dah terang-terang ada benda ni:
Boikot bukan sebab nak dia bangkrap ke apa, tapi supaya dasar sokong Israel tu ditukar.
Dan ini sebenarnya gesaan kepada umat Islam untuk menjadi provider, bukan end user semata-mata… Nak boikot Mc Donald;s memang kacang sangat. Yelah, benda yang tak makan pun tak apa. Memang kalau tak sokong ISrael pun, bukan elok pun duk makan MC Donald’s (merujuk isu Jamie Oliver menang kes saman-saman dengan mc Donald’s). Cuba kalau benda lain, Google misalnya. FaceBook contohnya.
Buat lah apa yang patut… yang terbaik yang kita boleh. Bermusim pun bermusimlah, yang penting prihatin lah jugak, daripada langsung tak ambil tahu.
Oleh itu kalau ada orang-orang kampung kita nak meniaga tu kita supportlah.. jangan caci maki dia, jangan hembus-hembus dia…. Kalau kita nak jatuh, biarlah jatuh sebab lawan kita yang lagi kuat, jangan jatuh sebab kebodohan sendiri.
Leave a Reply