BlogPost Yang Hilang dan Bertemu Seseorang

admin Avatar

Lately saya mengalami fenomena aneh begini. Blogpost saya.. sama ada dalam bentuk draft, scheduled atau yang dah publish, tiba2 tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ini berlaku terutama kepada blogpost2 yang kontroversi.

Kejadian terbaru adalah pagi tadi (Terjawabkah persoalanmu Salwa?)

Apakah penyebab fenomena aneh ini?

a. Blog saya kena hack.
b. Saya secara tak sengaja telah mendelete entry2 tersebut semasa proses editing.
c. Saya tak buat pun entry tu. Mungkin cuma bermimpi.
d. Kesilapan teknikal WordPress yang amatlah dikesali.
e. Terdapat error.
f. Kena mandrem.

Hingga hari ini masih belum terungkai lagi misterinya. Hati saya lebih kepada faktor (a). Kerana pada masa yang sama terdapat kategori pelik2 dalam blog saya.

Tapi saya pelik kenapa nak hack blog saya bang? Kalo blog saya femes macam Blog Che Det tu berbaloi la you nak hack2 kan.

Pesanan kepada encik Hacker:

– Apa kata tolong tuliskan entry untuk saya nak? Rajin sangat kan?

Di samping itu, saya telah ditegur oleh seseorang yang sangat glamour atau orang putih kata celebrity gitew. Cuba teka siapakah beliau:

a. Red Mummy
b. Red Baby
c. Red Indian
d. Red Crescent
e. Red Cross

Saya penah la ternampak beliau kat sini (kat event lain memangla selalu nampak) tapi saya ni kan pemalu orangnya. Tak sangka beliau sangatlah peramah orangnya. Dan-dan pulak beliau mai sergah saya konon mintak otogeraf 😛

Kena pulak hari ni saya pakai agak selekeh dengan tudung senget (tudung ni kain dia disoriented sikit, iron cemana pun dia tetap jadi senget). Tapi esok saya dah siap iron baju yang vogue sikit.

Adalah satu benda yang amat membanggakan bila dapat iron baju sebelum malam kejadian (malam kerja) 😀

Kami sempat borak sekejap je sambil beratur tunggu turn nak order makanan. Hari ni saya lunch bersama kawan2 ladies vogue. Biasanya lunch dengan Abiy tersayang. Tak boleh juga asyik berkepit je, kena bersosial sekali sekala (masih menunggu janji seorang makcik bernama Babe dan Idayu untuk lunchdate). Mungkin lain hari boleh lunch semeja dengan … … di atas 😀

Saya baru (baru???) menyedari bahawa entry saya adalah kurang gambar. Saya rasa nak beli kamera lah.

admin Avatar

9 responses to “BlogPost Yang Hilang dan Bertemu Seseorang”

  1. zuhaini Avatar

    uiks.. boleh hilang eh..? kalau blogger, dia tak hilang, tapi terkebawah.. bawah.. dan terus x dak, sebab dia duduk di tarikh kita save sebagai draf.. haha 🙂

    anyway, hang punya blog mmg x dak / kurang gambar la, mami lyna.. susah eden nak cuci mata… cuci mata kat header je la gamaknya.. ahahah 🙂

  2. ummu_abdullah Avatar

    klu dah terungkai masalahnya nnt gtau la… klu hacker, memang x bertanggungjawab la.. memang nama pun hacker, cracker, biskut bla bla…

    nanti YM buzz saya… ada bende nak tanya… =)

  3. Salwa Avatar

    yang pelik napa hacker ni nak padam2 entry?my fren sorang ada jugak jadi, blog dia kena hacked
    tapi habis rosak jadinya blog tu
    fyi my fren ni penyokong tegar BF
    bole tgk kat sini ;
    http://anisdanaisyah.blogspot.com

    mmg abis rosak blog dia kena hack
    .-= Salwa´s last blog ..Cutest Baby of the Planet 2009 =-.

  4. Hanz Avatar

    Lyna, me pulak icon ‘follower’ hilang nak dekat seminggu…baru hari ni okeh balik..

    Red Mummy, kah? Dia keje kat KLCC, memang dekat your opis… :>
    .-= Hanz´s last blog ..OMG!! I won the Loving Minerals Festive Look =-.

  5. dbalkis Avatar

    saya peminat setia pun jadi pening lalat mcm tak kene je post mommylyna ni..tak pe la..blog glamer,ramai yang minat..
    .-= dbalkis´s last blog .."Pergi" Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 =-.

  6. toughcookie Avatar

    my old blog juga pernah kena hack and terus tukau URL lain with a different password. tapi blog lama tu jadi tunggang-langgang tah hapa2 tah content.

    kena selalu tukar password supaya orang susah nak hack. rasanya la…
    .-= toughcookie´s last blog ..Nuffnang Friso Family Day Out: Good Family Fun To Start 2010 =-.

  7. Nadiah Sidek Avatar

    kalau ye la kena hack…sapekah insan yg bertanggungjwb tu? huhu. awat la duk dengki dgn org?
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Mariana’s birthday party =-.

  8. Fid Avatar

    salwa
    kawan u tu i tau hahaha

    and to mommylyna bertudung senget
    eleh dah malas cakap la maals hahahahhaa

    kihkih
    dah tu sms org eksen eksen cehhh
    kahkahkah
    agaknya kalau i yg say hai kat u kal klcc tu u wat derk ja kot hakhakha
    berani wat derk kucepokkang…
    .-= Fid´s last blog ..24 jam yang tidak pernah cukup =-.

  9. UstazCahaya Avatar

    Salam ziarah Lyna.

    Puan Lyna confirm dah tahu la pasal ni.

    Untuk yang nak tahu.. Selalu back-up blog kita. Itu yang paling penting. Hackerz ni kita tak dapat halang. Cara nak back-up, buka satu akaun di wordpress.com. Import kita punya blogspot tu. Tapi jangan publish la wordpress kita tu, buat simpan je.

    Jika mampu, boleh beli satu hosting untuk buat back- up. Tukar password ya juga. Guna password yang bukan perkataan yang boleh difahami sama ada bahasa inggeris, melayu atau lain bahasa di dunia.

    Jika salah tolong betulkan ya, MommyLyna;-)
    .-= UstazCahaya´s last blog ..MAKLUMAN: Ayah Penulis Skrip Drama TV Kembali Ke Rahmatullah =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge