Lately saya mengalami fenomena aneh begini. Blogpost saya.. sama ada dalam bentuk draft, scheduled atau yang dah publish, tiba2 tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ini berlaku terutama kepada blogpost2 yang kontroversi.
Kejadian terbaru adalah pagi tadi (Terjawabkah persoalanmu Salwa?)
Apakah penyebab fenomena aneh ini?
a. Blog saya kena hack.
b. Saya secara tak sengaja telah mendelete entry2 tersebut semasa proses editing.
c. Saya tak buat pun entry tu. Mungkin cuma bermimpi.
d. Kesilapan teknikal WordPress yang amatlah dikesali.
e. Terdapat error.
f. Kena mandrem.
Hingga hari ini masih belum terungkai lagi misterinya. Hati saya lebih kepada faktor (a). Kerana pada masa yang sama terdapat kategori pelik2 dalam blog saya.
Tapi saya pelik kenapa nak hack blog saya bang? Kalo blog saya femes macam Blog Che Det tu berbaloi la you nak hack2 kan.
Pesanan kepada encik Hacker:
– Apa kata tolong tuliskan entry untuk saya nak? Rajin sangat kan?
Di samping itu, saya telah ditegur oleh seseorang yang sangat glamour atau orang putih kata celebrity gitew. Cuba teka siapakah beliau:
a. Red Mummy
b. Red Baby
c. Red Indian
d. Red Crescent
e. Red Cross
Saya penah la ternampak beliau kat sini (kat event lain memangla selalu nampak) tapi saya ni kan pemalu orangnya. Tak sangka beliau sangatlah peramah orangnya. Dan-dan pulak beliau mai sergah saya konon mintak otogeraf 😛
Kena pulak hari ni saya pakai agak selekeh dengan tudung senget (tudung ni kain dia disoriented sikit, iron cemana pun dia tetap jadi senget). Tapi esok saya dah siap iron baju yang vogue sikit.
Adalah satu benda yang amat membanggakan bila dapat iron baju sebelum malam kejadian (malam kerja) 😀
Kami sempat borak sekejap je sambil beratur tunggu turn nak order makanan. Hari ni saya lunch bersama kawan2 ladies vogue. Biasanya lunch dengan Abiy tersayang. Tak boleh juga asyik berkepit je, kena bersosial sekali sekala (masih menunggu janji seorang makcik bernama Babe dan Idayu untuk lunchdate). Mungkin lain hari boleh lunch semeja dengan … … di atas 😀
Saya baru (baru???) menyedari bahawa entry saya adalah kurang gambar. Saya rasa nak beli kamera lah.
Leave a Reply