Blogger Jahat!

admin Avatar

Blogger jahat? Ada ke blogger yang jahat? Jahat yang bagaimana? Jenis yang suka tembak orang ke, atau yang suka ceroboh masuk pecah rumah orang?

Blogwalking dan saya terjumpa satu entry yang mencuit hati tentang blogger jahat, dari blog EarnCent.Com.

Ikuti apa kata beliau tentang blogger jenis yang jahat ini 😉

<————copy entry started———->

4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat

1. Jadilah seorang blogger yang sangat jahat. Beritahulah satu dunia di blog anda yang mana anda memang seorang penjahat. Promosi di Digg, Stumbleupon, Facebook, Friendster, Twitter dan sebagainya tentang kejahatan anda. Dan yakin dalam diri bahawa anda memang seorang blogger yang sangat jahat. Kejahatan anda melampau-lampau dan tidak ada yang setanding dalam kejahatan anda.

2. Jadilah seorang blogger yang sungguh kuat berprasangka. Suka sangat menuduh blogger ini macam itu dan macam ini tanpa bukti. Selalu juga declare yang blogger lain tu jahat tanpa sebab. Tanpa bukti kukuh. selalu juga menuduh blogger itu penipu. Blogger itu makan duit haram dan sebagainya. Malah, blogger jahat ini juga suka mengatakan blogger itu dan blogger ini bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menulis blog dengan betul. Pendek cerita, blogger ini aje yang betul. Mesti itu skema yang blogger ini fatwakan. Kalau orang tuduh dia, boleh pulak dia melenting. Bagi blogger ni, dia sorang aje yang betul. Orang lain tu bodoh-bangang belaka. Aduhaii blogger jahat..

3. Jadilah seorang blogger yang sangat suka menipu dan memperdaya. Rasanya ramai blogger-blogger yang macam ini telah berjaya dilahirkan. Cuma perlu cari kalau betul-betul mahu nampak contoh blogger yang jahat ni. Hari ini cakap macam ini, esok cakap macam itu. Setiap apa yang dia tulis tu cukup sukar untuk dipercayai dan walaupun blogger macam ini biasanya ramai pengikutnya, tapi hakikatnya tak ramai yang suka dengan caranya. Cuma mungkin apa yang dia lakukan tu memang betul dapat mengaburi mata-mata pembacanya. Pendek cerita, dia memang bijak menipu. Kategori orang yang bijak-bijak gaklah blogger yang suka menipu ni. Dia bijak mengeksploitasi kehendak blogger-blogger lain terutamanya golongan yang baru nak kenal dunia blogging ini..

4. Jadilah seorang blogger yang mempunyai mulut yang sangat celupar. Maksudnya mulut dia ni sangat cabul. Celupar sangat. Dan apa yang dia sebut samada dari bibirnya itu atau dalam hatinya diterjemahkan dalam artikel-artikel dalam blognya. Bukan tak boleh, tapi tak semua orang boleh terima ayat carut-carutnya tu. Itu pasal blogger yang mungkin dikalangan yang baik-baik belaka dikategorikan sebagai blogger-blogger yang jahat hanya sebab suka mencarut yang bukan-bukan. Jadi, korang leh buat macam ni kalau  nak jadi blogger yang jahat. Lagi-lagi kalau blogger perempuan yang muda-tua ni, cukup benci betul dengan blogger-blogger yang suka menggunakan ayat-ayat carut-celupar nih..

Cukuplah empat cara-cara untuk menjadi  seorang blogger yang jahat yang aku ulas secara bergurau ni janganlah diambil hati sangat. Ambil yang baik, dan buang yang keruh. Aku pun bukanlah baik sangat. Ada kalanya  menjadi seorang blogger yang sangat nakal. Lebih-lebih lagi kepada blogger perempuan. Maklumlah, blogger yang masih bujang kacak ni..

Ps: Lepas ni akan lahirlah ramai blogger-blogger yang jahat. Hehe..

<————copy entry ends———->

Tergelak-gelak saya membaca. Entahlah sebab lawak ke sebab apa. Thanks EarnCent for the entry 😉

Kalau lah ada blogger yang memang jahat, ada banyak sebab gamaknya kenapa seseorang blogger tu boleh jadi ‘jahat’. Mungkin nak cari glamour, tarik traffik dengan mencipta kontroversi (maklumlah entry kutuk orang biasanya ramai yang suka baca :D), nak melepaskan perasaan dan sebagainya.

Tapi antara yang disenaraikan itu, perbuatan jahat yang no 1), 3) dan 4) itu mungkin boleh disebut juga sebagai ‘nakal’, kerana mereka ni tak menyusahkan orang lain. Cuma orang2 yang baca dan ikut blog mereka je yang mungkin meyimpan perasaan kurang senang dengan ‘penipuan’ dan ‘keceluparan’ mereka tu. Kalau tak suka, tak payah baca ye tak.

Golongan yang nombor 2) tu agak bahaya. Bukan saja kepada masyarakat malah kepada diri mereka sendiri. Kerana sikap mereka yang semacam itu, mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan yang orang lain salah dan dia yang betul. Walaupun pada hakikatnya, bendanya simple saja. Misalnya baju blogger Ali hilang dan didapati blogger Samdol memakai baju sebijik macam baju blogger Ali yang hilang. Ada pula blogger yang jenis ‘jahat’ macam ni, tanpa bertanya kepada Samdol beliau terus ‘mengorek kebenaran’ di sebalik baju yang dipakai Samdol dan akhirnya Samdol dipandang macam pencuri baju Ali. Padahal Samdol baru je beli baju tu di pasar tani 2 hari lepas. Kena pula ada geng2 yang memang anti sikit dengan Samdol, terus sebar-sebarkan cerita tentang Samdol sedangkan kawan tu beli baju dengan duitnya sendiri.

Jadi blogger yang macam ni, menyebarkan fitnah dan menyebabkan orang lain percaya… *geleng-geleng kepala* memang tak patut. Mungkin nampak kecil saja, maklumlah bukannya orang kenal pun siapa, dah nama pun blogger. Tapi sebagai insan yang berTuhan kita kenalah ingat selalu, walau kita ni seorang pelakon sekalipun, Dia tetap mengira juga apa yang kita buat. Tak adanya kalau berlakon jadi perempuan seksi walhal di luar berjubah tudung litup itu tidak mengapa sebab ‘berlakon’.

Walaupun blog ni hakmilik peribadi, dan ramai yang berpendapat “lantak lah nak tulis apa, blog kau” tapi kalau boleh sebagai manusia yang waras, kita elakkanlah kontroversi, tingkatkan prestasi bak kata Fara Fauzana dalam Melodi tu. Boleh je nak tulis sesuka hati, cuma biarlah tulisan yang dibuat tu memang benar2 bijak dan bukan hentam keromo je. Ramai je penulis terutamanya blog  dan blog gossip yang bukan tulis benda betul pun, tapi fakta2 yang diberi tu selari dan konsisten dengan kronologi yang berlaku, dan konsisten pula dengan jawapan2 mereka terhadap komen yang diberi. So, nampak logik walaupun hakikatnya benda sensasi saja.

Dalam sessi WoHoWo Mom Workshop yang lepas saya ada berkongsi dengan peserta, kalau boleh tulislah blog yang mendatangkan faedah, walaupun pada permulaan tak ada orang baca, tak ramai orang datang, earning tak ada langsung, tak apa. Jangan terdorong tulis tentang isu kontroversi yang melibatkan maruah orang, atau benda2 tak berguna semata2 nak tarik traffik. Sekurang-kurangnya kat situ dah dapat pahala bila kita tulis dan sebarkan benda baik, walaupun pada mulanya ada 10 orang je yang baca.

Err… tapi saya takut juga kot2 termasuk dalam group blogger jahat. Maklumlah zaman2 muda dulu bukan kita kira apa kan, darah muda la katakan. Dah tua2 ni, banyak sikit pengalaman, orang kata.. baru boleh cool sikit 🙂 Takpa, sendiri mau ingat.

obama

“Tulis blog kasi elok2 sikit boleh tak? Aku saman kang”[pic:sodahead.com]

admin Avatar

18 responses to “Blogger Jahat!”

  1. AlongAzrina Avatar

    Saya bukan saja blogger jahat, memang dah jahat dari dulu pon muerakakkakaka.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takut okey!

  2. Zaila Avatar

    memang mung jahat!! aku benci mung!!
    ~agak-agak akan ada blogger jahat yang berburuk sangka akan mengeksploitasikan komen ini tak??
    glemer mak..ahaksss

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takde orang heran sebab aku bukan glemer macam era fazira 😀

  3. masalifah Avatar

    aku bukan penjahat wanita, aku pencinta wanita!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      homoseksual. dosa besar. nanti kena terbalik bumi.

  4. bai Avatar

    uish…ni harus dijadikan teladan dan sempadan oleh saya! nanti jadi blogger jahat. thanks for sharing!

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh jangan jadi jahat walau di mana kita berada 🙂

  5. Mommy Of Q's Avatar

    aku satu sen pun tak dapek wat duit dengan blog aku ..sadis kan .. sebab aku tak letak satu iklan pun kat blog tuh! hahahaha..

    ni dah ada website baru ..baru lah terkial2 nak menjana duit extra ..kononnya! waakakka.. kita tgk lah menjadi ker tak?

    btw .. mulut aku celupar tak? wkakaka.. celupar jer rasa ..

    opss..gua tulis mender baik dalam blog wei!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      lantak ko lah nak buat apa blog ko hahahahha

      kau bukan celupar tapi transparent 🙂

  6. Hanz Avatar

    …tapikan kalu betul2 jahat dia x mengaku dia jahat..yg mengaku tu sebenarnya saja buat gimmick jer…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul2 jahat dia bijak berselindung di sebalik kemuliaan
      fuyyo statement.

  7. mama_melur Avatar

    assalamualaikum sis
    thanks ya sis
    banyak info saya dapat kat sini.
    maaf hari tu tak sempat nak publish program WoHoWO
    tu di blog saya

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      waalaikumussalam sis

      takpe sesi wohowo isnyaAllah akan diteruskan 🙂

  8. mama faiz Avatar

    hahaaha… i likeee this entry..especially last2 tu gambar mamat presiden tu..siap ada dialog….hahaha…tergelak2 baca ni

  9. ruszia Avatar

    Saya nak jadi penenulis blog yang sopan santun aje… ha ha ha

  10. cikgufaezah Avatar

    hehe..blogger yang jahat. nice entry huhu..

  11. titan Avatar

    ehh..ada artikel aku kat sini. lama tak datang sini..apapun, thanks sebab kongsi dengan pembaca kat sini. Terima kasih gak sebab melawat blog earncent tu. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge