1. Copy badge “Blogger Friendship Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Award ini diberikan oleh Kak Fid (kalo ada orang lain mtk maaflah sebab saya 2-3 hari ni kureng masa untuk menjelajah, maklumla jadual penuh 😛 Kenduri kenduri kenduri!)
Kak Fid tu sah2 la lagi TUA dari saya sebab tu panggilnya KAK Fid. Kalo lagi muda agaknya saya panggil Dinda Fid Yang Cantik.
Saya suka menyusahkan hidup dia sebagaimana dia pun suka menyusahkan hidup beliau. Jadinya saling susah menyusahi ala-ala simbiosis gitu. Kami mempunyai anak bernama yang sama Hafiy yang sama karakter = tersangat hensem. Dan hobi kami juga sama iaitu …. rahsiaaaa~~~~
Malas la cerita banyak2 pasal dia kalo nak tau pegi baca blog dia sendiri. Tapi kalau orang tak kenal mesti piki beliau seorang yang riak dan takburrrr. Jangan camtu OK… tak baik tau fikir bukan2 kat orang.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
Dah banyak kali la ulang2 benda sama ni, cuba la bagi soalan lain pulak. Tak kretif sungguh. Dah habis dah fakta yang boleh ditayang. Lagipun sapa la nak korek2 cerita pasal I. I bukan selebriti. Ekekeke. Tapi tak buat kang kecik hati pulak orang yg membuatnya ni. Tak baik lah. Sebagai menghormati beliau marilah kita mencari fakta dan hobi yang masih bersisa.
- Soalan yg masih bermain di minda – kenapa hantu Melayu sangat menakutkan tapi hantu orang putih amat kacak lagi menarik dan hantu Cina suka meloncat? Hantu Melayu memang huduh betul. Apakah diisebabkan mereka dari spesis yang berlainan atau pengaruh cuaca? Faktanya ialah saya berangan2 bertemu hantu orang putih di Malaysia. Hantu Melayu saya tak minat sebab terlalu huduh. Kurang2 kalau hantu orang putih, walaupun hantu mereka adalah hensem.
- Soalan lain – Kenapa alien digambarkan sebagai berkepala botak, mata besar, perut buncit? Mana tahu beliau lebih kacak dari manusia?
- Saya seorang yang gugup. Cara2 untuk mengcover gugup ialah meminta excuse ke bilik air sekejap.
- Saya mahu membeli sebuah mansion tapi duit cuma kurang beberapa juta je lagi. Muahahaha. Pinjam 20 juta boleh?
- Nama Lyna diberi oleh kawan saya, Chen. Dia kata tak sesuai saya dipanggil Along oleh rakan2, Mungkin sebab saya terlalu cantik hahaha. Lalu suami saya menamakan saya Mommy. Maka jadilah Mommy Lyna. Kadang2 saya rasa macam Mona Lisa pun ada juga. Tapi bukanlah Ms Lola. Sebab beliau dengan saya tidak sama dengan.
- Saya berharap mak saya akan pindah ke negeri yang dekat2 dengan KL supaya senang saya balik kampung. Huhu.
- Saya akan settle down di KL supaya anak2 besok senang balik kampung dan saya senang pegi shopping. Masa tu saya dah kaya, so tak perlu ikat perut atau kata orang moden ‘frugal’ macam sekarang.
- Saya mempunyai seorang suami yang terkacak dalam Galaksi Bima Sakti ini.
- Saya suka makan tapi tak suka masak. Tapi sebab saya masak sedap jadi kena masak jugaklah.
- Saya adalah seorang tomboy semasa sekolah tapi sekarang saya adalah wanita melayu terakhir. Cakap pun lembut je, anggun je. Wah, memang hebat sungguh. Bertuah suami saya (apa kaitan?).
OKlah. Terima kasih kepada pencipta award ini. Kepada pencipta2 award yang bakal menerbitkan award masing2, saya cadangkan anda semua mencari idea lain sebab saya dah 14 kali beritahu tentang benda yang sama. Mungkin cadangan saya ini boleh diambil kira.
- Ceritakan 10 fakta tentang haiwan peliharaan anda.
- Berikan 10 sebab kenapa anda membeli kereta.
- Nyatakan nama ADUN di kawasan anda mengundi. Hehehe.
- Berikan 3 contoh kejadian yang menjadikan anda berjunub. 😛
Kan itu lebih afdool. Hehe.
*Apa cerita dengan soap opera??? Penat eden mencipta watak2 baru, dah tamat ke belum kisahnya ni?
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
- Azzamoro
- Kak Yong – tambah lagi susunan award. Hehehe.
- mamamiya
- Dayah
- Joely – lama tak update blog, cuba amik ni kasik update sikit. Har har har.
- Ayu Arjuna
*Pemilihan adalah secara rawak berdasarkan gerakan Brown dalam kepala ini.
Leave a Reply