Bisnes Yang Sesuai Untuk Ibu Bekerja

admin Avatar

Bagaikan trend, ibu bekerja menguasai dunia perniagaan online. Mungkin kerana bisnes online adalah medium yang paling sesuai untuk ibu bekerja. Ramai pengusaha online shops rupanya adalah ibu yang mempunyai kerjaya tetap seperti Kak Zatul (Zatul Hijanah Ramzi – juga seorang kaunselor laktasi), dan saya sendiri, hehe. Ramai lagilah, dari sekecil2 bisnes hingga sebesar2 mungkin.

Apa yang trigger ibu2 bekerja ni berbisnes? Kebanyakannya sebab nak cari side income, ada yang melakukannya sebab minat (suka berniaga), ada yang menjadikannya persediaan untuk menjadi WAHM, ada yang meneruskan tradisi keluarga dan sebagainya.

Walau apa pun alasan, masing2 punya sebab tersendiri.

Bagi yang masih belum mempunyai perniagaan sampingan, mungkin masih tercari2 apakah perniagaan yang sesuai buat mereka. Ya, mungkin ibu2 seperti saya : bekerja sepenuh masa, ada anak, tiada maid dan sebagainya.

Mustahil? Pastinya tak, sebab saya sedang melakukannya sekarang 🙂

Di sini saya nak kongsi beberapa tips untuk ibu2 bekerja yang baru nak berjinak2 dengan alam perniagaan sampingan.

(1) KOMITMEN

Bisnes ni, walaupun sampingan, ia adalah komitmen. Boleh, kalau nak hari ni rajin, esok malas, lusa tidur… Tapi hasilnya pun mungkin macam itu jugaklah.

Jadi kena senaraikan apa komitmen kita yang sedia ada, di rumah atau di pejabat. Ingat, bisnes ni perlukan MASA. Kalau sekarang pun asyik mengeluh tak ada masa, bila nak buat bisnes?

Masa tu ada je sebenarnya, cuma pengurusan masa tu mungkin tak berapa bagus.

(2) MINAT & KEMAHIRAN

Terus terang saya katakan, bila dah berkeluarga, masa untuk belajar semua benda dari scratch sangat terbatas. Tapi tak mustahil, cuma mungkin sukar sikitlah. Jadi untuk mengatasinya, rancang untuk buat benda yang anda suka dan mahir. Misalnya suka berbicara tentang penyusuan susu ibu, so boleh jual barang2 ibu menyusu seperti baju menyusu dan sebagainya.

Kalau tak ada idea langsung, fikirkan apakah benda yang paling dekat dengan hidup kita… Misalnya kesihatan. Semua orang nak sihat kan? Jadi produk kesihatan adalah antara hot choice untuk memulakan bisnes.

(3) SOKONGAN

Sebagai manusia biasa tentunya kita tak selalu di atas. Ada masanya kita down, buntu, bengang dan sebagainya. Oleh itu, carilah sokongan yang kuat agar semasa kita sedang down, ia tidak memberi kesan kepada bisnes yang kita jalankan.

Sokongan paling kuat tentunya dari suami sendiri, atau kawan2 seangkatan.

Cukuplah 3 dulu.

Jadi ibu bekerja tidak membataskan aktiviti dan cita2 kita. Dengan perancangan yang betul, bimbingan yang sesuai, insyaAllah sesiapa pun boleh berjaya!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Bisnes Yang Sesuai Untuk Ibu Bekerja”

  1. zaila Avatar

    lagi satu jangan terlalu fokus kepada 1 barang sahaja..biasalah kalau meniaga ni ada musim juga kan so kalau boleh jual semua benda yang tengah HOT di pasaran..tapi betul cakap mung, kalau jual vitamin memang setiap orang tak akan tolak untuk beli punya!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aku rasa fokus lebih baik, more energy to concentrate. Buat byk2 hilang fokus, nt sdr letih.

  2. Ramli Avatar

    nak mula bisnis nie mmg mencabar..dok pk byk2..tak gerak2 pun..

  3. Rina As Avatar

    Kalau tak tahu minat dna kemahiran sulit juga rasanya untuk berbisnis..
    terima kasih sangat menginspirasi saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge