Bila Anak Adalah Sebagai Ujian

admin Avatar

Anak adalah anugerah terindah.

Anak adalah amanah terbesar.

Namun jarang yang memperkatakan tentang anak adalah ujian.

Sedangkan di dalam surah al-Anfal Allah berfirman “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar” (Al-Anfaal:28)

Dua tiga hari kebelakangan ni Allah telah mengutuskan beberapa orang ibu kepada saya yang meluahkan ‘masalah’ mereka dalam menangani anak-anak. Sebenarnya saya suka bila ada teman2 ibu berkomentar dengan saya kerana ia adalah juga sebagai check and balance dan muhasabah terhadap diri saya sendiri dan apa yang saya praktikkan dengan anak-anak. Saya bukanlah ibu sempurna, banyak cacat cela dalam mendidik anak-anak, tapi saya percaya bahawa setiap kali kita tersilap, Allah akan menghantar sesuatu untuk mengingatkan kita.

Teringat buku ‘Mendidik Muslimah Militan’ yang saya pernah baca (sebenarnya bukan tentang mengajar jadi teroris, tapi bagaimana menjadi wanita Muslim yang mempunyai jatidiri), ada satu ayat penulisnya berkata, amat rugilah seorang wanita Muslim tu kalau tak dapat mengambil pengajaran dari apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Berbalik kepada persoalan anak adalah ujian… Kadang-kadang kita lupa bahawa kita ini makhluk Allah yang setiap detik dinilai setiap inci pergerakan dan perbuatan kita. Walaupun kita dah jadi ibu/bapa kepada 10 orang anak pun, hakikatnya kita tetap hamba-Nya yang satu hari nanti akan kembali kepada-Nya dalam keadaan berseorangan, memikul semua amal baik dan buruk yang menentukan di mana letaknya kita. Masa tu bukan siapa yang ada anak paling ramai atau harta paling banyak yang menjadi mulia.

Jadi, sebagai hamba Allah, yang pasti akan kembali kepada-Nya, Dia berkehendakkan kita kembali dalam keadaan seperti kita mula2 dihantar ke dunia. Kerana itu Dia menghantar pelbagai ujian dan mehnah bagi menyucikan dosa-dosa kita, sebagai peringatan kepada kita, sebagai tanda kasih-Nya buat kita.

Bagi seorang wanita yang tahu tanggungjawab, yang sudah bernikah dan beranak pinak, mungkin sudah lepas ujian di luar buatnya. Ibu yang bertanggungjawab biasanya tak ada nak melepak-lepak dengan kawan-kawan sampai tak ingat anak di rumah. Malah ramai ibu bertanggungjawab menunggu masa untuk melepaskan kehidupan di luar rumah dan berada di rumah bersama anak-anak.

Tapi, walaupun dah terkurung dalam rumah namun ibu bertanggungjawab takkan lepas dari ujian Allah yang didatangkan melalui anak-anaknya…

Sebenarnya sejak permulaan kejadian seorang anak itu sudah ada tanda-tanda ujian tentang kebesarannya.

Dari perhubungan seorang lelaki dan wanita yang hanya menggabungnya beberapa titis air, terhasil satu sel baru yang akhirnya membesar membentuk zigot, embrio, janin dan akhirnya lahir sebagai seorang manusia.

Masya-Allah, siapakah yang mampu lakukan begitu? Tersimpan dengan selamat di dalam rahim seorang wanita, dari sebiji sel hasil pertemuan ovum dan sperma akhirnya berkembang menjadi manusia.

Apakah kita semua merenungi akan ini? Atau hanya ghairah nak menimang anak sampai lupa nak merenung kejadian anak itu sendiri, yang dah membuktikan betapa Maha Besar, Maha Bijaksana Allah itu. Adakah kita dah lulus ujian mengenal Allah di situ?

Apabila lahir seorang bayi itu melalui saluran yang asalnya begitu kecil. Siapakah yang merekacipta satu mekanisma yang begitu elastik, hinggakan bayi seberat 2.5kg-4kg dapat lahir dari seorang ibu yang bertubuh kecil saja. Apakah kita nampak akan kehebatan-Nya?

Lahirnya seorang bayi, terus tahu mencari dan menghisap susu di dada ibunya. Siapa yang ajar dia? Bukankah itu hidayah Allah yang terbesar bagi seorang manusia? Seawal kelahiran seorang bayi sudah tahu bahawa sumber makanannya adalah dari puting ibunya, sedangkan tidak pernah ada latihan ‘familiarisation’ semasa dalam kandungan. Malah hari2 kerjanya minum air ketuban tanpa menggunakan puting pun.

Bayangkan tanpa hidayah dari Allah terhadap bayi itu, tentu jenuh nak mengajar dia hisap kan. Sedangkan yang dah tua2 pun bengap nak belajar benda baru.

Biasanya orang kaitkan ujian dengan benda2 yang tidak berapa menggembirakan, contohnya mendapat bayi yang cacat. Ya, itulah yang saya dengar sejak 2 tahun lepas. Ujian, ujian, ujian. OK la accepted. Tapi sementelah ayat ‘anak sebagai ujian’ itu tidak menyebut anak cacat atau apa, jadi secara amnya anak-anak memang ujian.

Ujian kesyukuran – Benar2 bersyukurkah bila dikurniakan anak yang sempurna, sihat dan comel? Atau rasa bangga gila dapat anak comel, anak orang lain biasa-biasa aje. Mula lah rasa kita lagi best dari orang.

Ujian kesabaran – Sabar menghadapi karenah anak yang menangis tak tentu masa, anak sakit, anak masuk hospital, anak cacat, dan sebagainya. Ke mana kita pergi apabila menghadapi masalah2 tersebut? Adakah kita bertanya kepada-Nya tentang penyelesaian?

Ujian tauhid dan keimanan – bila hadapi masalah, adakah kita banyak berkata “Doktor, tolong selamatkan isteri/anak saya. Hanya doktor saja yang boleh lakukannya. Pastikan mereka selamat!” atau banyak berkata “Ya Allah selamatkanlah isteri/anakku di tangan doktor ini. Berikanlah kami keputusan yang terbaik”.

Apabila anak makin membesar, makin pelbagai ujian yang datang kepada kita.

Misalnya anak-anak dalam umur 2-4 tahun biasanya mengalami tantrum (mengamuk) yang berada di paras maksimum. Di usia inilah anak-anak mula menjerit2, pandai buat perangai dan sebagainya.

Di sini penting persediaan awal mengenal dunia anak-anak. Setiap anak itu ada perkembangannya tersendiri,namun secara amnya manusia biasa akan mengalami beberapa tahap mengikut peringkat umur. Oleh sebab itulah Saidina Ali menyarankan agar anak didekati dengan 3 cara; 7 tahun pertama bermain dengannya; 7 tahun kedua mendisiplinkannya dan 7 tahun ketiga berkawan dengannya. 7 tahun berikutnya tu dia dah cukup besar dan boleh mengundi (apa kaitan?).

Mengenal dunia anak-anak adalah penting bagi ibu bapa, dalam nak memahami sikap anak-anak mengikut umurnya, dan bagaimana nak menghadapi dan mengatasinya.

Misalnya anak saya yang umur 2 tahun ni suka menjerit2 bila di rumah. Nak bebel? Buat habis air liur saja, kalau dia faham pun dia bukan kisah. Nak marah? Buat sakit tekak saja, dia bukan reti nak stop jerit2 walaupun kita marah2. Silap haribulan bertambah kuat jeritannya sebab stress dengar suara kita asyik marah saja.

Anak-anak yang buat perangai, sometimes adalah isyarat dari Allah. Mungkin kita belum cukup banyak berdoa, atau belum cukup banyak merintih. Masa2 yang kita guna untuk membebel kepada anak (yang tak beri kesan positif pun) ada baiknya kita gunakan untuk istighfar dan mengadu kepada Allah. Berikanlah petunjuk bagaimana nak tangani perangai anak yang macam ini.

Mungkin Allah tak hilangkan sikap anak kita,tapi kita pula diberi ketenangan dan petunjuk jalan untuk menghadapi situasi tersebut. Tak adalah anak jerit, kita pun jerit, last2 satu rumah jadi tarzan.

Walaupun pahala ibadah bagi mereka yang berkahwin digandakan 70 kali, namun itu bukan bermakna kita ‘selamat’. Maklumlah pahala banyak, konfem tak masuk neraka punya. Dalam kepercayaan kita, pahala dan dosa tu dinilai asing2. Selagi kita tak bertaubat, buatlah pahala sampai ke langit hijau pun, dosa2 yagn ada tu tetap dibalas. Allah bukan jenis kelabu mata macam kita. Orang buat salah ape pun tapi kalau kena ‘hulur’, boleh juga jadi cair.

Jadi setiap kesulitan yang kita hadapi adalah mehnah bagi membersihkan dosa2 kita dan memotivasikan kita untuk terus bermujahadah melawan segala sifat mazmumah.

“Tiada satu kepedihan atau keletihan atau penyakit atau kesedihan dan perasaan keluh kesah yang menimpa seorang muslim kecuali akan dihapuskan sebahagian dari dosa kesalahannya” (Sahih Muslim)

Ujian anak-anak adalah untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Kita tengok contoh mereka2 yang telah gagal dalam ujian ini… iaitu mereka yang mengabaikan anak, yang mendera anak, malah yang membunuh anak sendiri.

Jadi sebagai seorang hamba Allah, dan ibu bapa, fakta anak sebagai ujian sepatutnya menjadi azimat dalam hati kita. Supaya kita tak takbur dan berasa ujub bila anak kita hebat, dan supaya kita tak terlalu berkeluh kesah bila anak kita tak sempurna.

Kita mendidik anak, sebenarnya mendidik diri dan hati sendiri.

Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kerana didikan dan pembawaan hidup seorang itu yang membawa dia dan anak-anaknya ke syurga.

admin Avatar

20 responses to “Bila Anak Adalah Sebagai Ujian”

  1. yangbaik Avatar

    salam,
    selalu juga menitis air mata… bila terkenang gelagat anak2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam yang baik

      menitis air mata sebab sedih ke sebab terharu? huhuhu

  2. kinna Avatar

    kdg2 ingat, bahawa anak adalah ujian, so redhalah dgn ujian itu..tp kdg2 lupa..n3 ini kembali mengingatkan saya.insaf!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kerana itu ALlah suruh kita saling ingat mengingat dalam hal kebenaran & kesabaran.. sebab kita selalu lupa 🙂

      (surah al-Asr)

  3. izzah Avatar

    zah suka entry akak ini…

    tipu kalau zah kata zah tak pernah nak marah anak..
    tp pada usia yg tak sampai 2 tahun tu apelah yg dia tahu…
    jadi kita sebagai ibu/bapa kena tahu bagaimana nak handle anak2 yg membesarkan…

    terima kasih kerana entry ini sangat membina..

    izinkan zah kongsi di FB ya..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kongsikan lah sekiranya bermanfaat Zah 🙂

  4. yatie chomeyl Avatar

    i likeeeeeeeeeee this entry..takdop button like nok teke, tapi meme LIKE la 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ado lahhh button LIKE. acu tengok semua datah tu (di bawah entry)

  5. akak su Avatar

    tq atas n3 ni, utk ingatan pada diri akak
    kengkadang tu, karenah anak2 yang kadang2 tak dengar kata, membuatkan akak hilang sabar, geram n mula la suara pun dah nak jadi tarzan.
    bila dah besar cam Ami, kita tegur 5 patah, dijwbnya 10 patah
    memang menguji kesabaran seorg ibu
    sikecik pun sekrg ni dah pandai jerit2,
    yup memang benar, semuanya itu ujian buat kita

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kita sebagai insan yang tak sempurna pasti ada masa2 tersentap, stress, apatah lagi dengan karenah anak2 yang memang macam2 tak boleh nak agak2 kan kak.

  6. Zety Zin Avatar

    “last2 satu rumah jadi tarzan.” –> Huwaa… terasa ai! Hahaha.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itu tandanya masih punya deria pendengaran yang baik

      huahuahua

  7. maisarah Avatar
    maisarah

    mohon izin copy kata2 kak lyna di atas utk saya share bsama somi….terima kasih.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh, kongsikan la sekiranya bermanfaat 🙂

      terima kasih kembali maisarah

  8. azma Avatar

    Salam..entry yg sangat berharga. Terima kasih kerana mengingatkan.. Apayg diperkatakan memang benar. Anak istimewa, anak sempurna sememangnya ujian dariNya. Harap kita dpat membesarkan mereka sebaik mungkin.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga kita lulus ujian ni ya 😀

  9. june Avatar

    salam mommylina..

    ingatan yg cukup baik utk saya.. makasih banyak2!!

    saya selalu teringat2 kata pn.hanani samian.. Allah tak tanya apa ending anak kita.. tapi proses kita membesarkan anak2..

    moga kita semua terus diberi hidayahNya dalam mendidik anak2..

  10. wannorashikinamran Avatar

    Bagus entry lyna. Kadang -kadang masa anak tantrum, geram je.

  11. Ealyie Avatar

    yerrr.. aku lah ‘tarzan’ itu..*sob..sob..sob..*

  12. Syakiraj Avatar
    Syakiraj

    Pringatan untuk diri sy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge