Kenapa Warren Buffet? Sebenarnya saya nak tulis ‘bezanya kita dengan mat saleh’, tapi sebab Warren Buffet adalah seorang mat saleh maka saya rasa ia lebih ‘catchy’ LOL.
***siapa yang cipta term mat saleh ek? kenapa mat saleh? kenapa tak mat rambo ke mat top ke matilamak ke?
Saya biasa baca atau dengar complaint dari mak-mak tentang permasalahan persekolahan anak-anak (terutama dari mak2 yang anaknya belum pun masuk sekolah), dan perbandingan sistem pendidikan kita dengan sistem Barat. Belum lagi ukuran kejayaan anak-anak mat saleh yang tak pass periksa berbanding dengan anak-anak kita yang keluar U bagai tapi akhirnya jadi balaci saja (macam saya?).
Well, apakah sebenarnya yang berlaku?
Ia sangat simple sebenarnya. Fokus.
Ingat masa sekolah dulu, ada kelas PEMULIHAN untuk budak2 yang kurang pandai. Ramai kawan saya masuk kelas ni. Ada kot yang pulih.
Bila belajar kena skor, at least dapat sipi2 pun jadilah. Nak mintak kerja nanti senang… Masa interview pun kita tonjolkan benda yang baik2 sahaja.
Kemudian, bila kita dah kerja, or berniaga la katakan, kita kena dress up supaya nampak profesional, matang, berwibawa dan sebagainya.
Kita fokus untuk menutup kelemahan kita. Budak2 kurang pandai dimasukkan ke kelas pemulihan, supaya jadi pandai (?). Kita lebih mudah label orang dan mengakui diri tak berapa bagus (takut riak?). Bila kita tak boleh buat, kita sebolehnya nak sorokkan kelemahan kita dengan pinpoint terhadap pihak lain.
Mat saleh, kita ambik contoh Tom Cruise. Beliau mengalami satu masalah yang dipanggil dyslexia. Dyslexia ni dengan kata mudah ialah mempunyai “pandangan terbalik”. Biasanya akan mengalami masalah pembelajaran sebab depa sukar nak membaca dengan betul. Tapi rather on focusing pada masalah dia tu, Tom Cruise akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelakon. So Mr Cruise gunakan sepenuhnya rupa dan bakat beliau untuk excel dalam bidang seni.
Tapi kita kadang2 sedaya upaya nak mengatasi kelemahan kita, tanpa kita perkukuhkan kekuatan kita. Misalnya pelajar yang lemah dan masuk kelas pemulihan tadi, mungkin beliau akan lebih berjaya kalau diasah dalam bidang sukan. Atau mungkin dalam bidang2 lain. Tapi mungkin sebab kita nak sangat jadi “well-rounded” so akhirnya kita jadi “Jack of all trades, master of none”.
Ada kisah seorang pelajar perubatan (of course a Westerner) yang tak suka tengok orang sakit. Ohhh apa kes medical student tak suka tengok orang sakit? Cemana nak jadi doktor??? So, tahu apa dia buat? Adakah dia tukar course? Atau dia tak boleh fokus belajar lalu kena buang?
Sebab minat sangat nak jadi doktor tapi tak suka tengok orang-orang yang menderita sakit, akhirnya beliau jadi dermatologist (pakar kulit). Lagi bagus kalau jadi dermatologist bahagian kecantikan. Sah-sah yang datang tu bukannya orang sakit.
Jadi, bila kita sampai di persimpangan yang tak tahu nak pilih mana satu, pilihlah untuk memperkukuhkan kekuatan kita. Contohnya kita ni tak reti masak, pastu tiba2 tunang call kata family-nya nak datang rumah kita nak visit. Masa tu pulak mak kita takde kat rumah, ada ayah je. Woooh takkan la nak hidang teh dengan biskut mayat je? Abistu dan-dan tu nak belajar masak? Tengok apa kekuatan kita yang ada… makcik? Restoran terdekat? Mungkin apa kita boleh buat ialah mendapatkan hidangan dari pihak lain dan ‘claim’ kepada keluarga tunang yang kita mendapatkan makanan tersedap in town buat mereka. Nak bagi mereka rasa… Atau belikan hadiah yang menarik buat bakal ibu bapa mentua. Mungkin sedap juga hati bakal mentua walaupun menantunya tak tahu masak.
Banyak lagilah contoh yang melibatkan kelemahan dan kekuatan, biasanya kita fokus pada kelemahan. Nak buat sesuatu tapi tak pandai dan tak ada masa nak belajar, lalu tak buat terus. Semak apa kekuatan atau kelebihan kita. Mungkin kita ada duit banyak sikit, lalu kita boleh upah orang buatkan.
Kita biasa juga tengok mak-mak muda ni selalunya, risau benor kalau anak lambat buat sesuatu (berbanding budak2 lain seusia, tapi still normal). Misalnya anak dah umur setahun tak pandai jalan lagi, tapi anaknya dah pandai sebut beberapa patah perkataan. Tapi yang maknya risaukan ialah anak yang belum pandai jalan, yang pandai sebut perkataan tu dia tak nampak.
Jadi, cuba tukar fokus kita. Kita mungkin lemah dalam sesuatu perkara, tapi kita pasti ada kelebihan tersendiri. Cari di mana kelebihan dan kekuatan kita dan polish yang itu. Aha, tapi tak salah pun nak mengatasi kelemahan, orang kata ‘belakang parang diasah lagikan tajam’, tapi biar tajam betul lah… Jangan pulak kelemahan-kelemahan tu yang jadi penghalang.
Kita tengok contohnya orang-orang kurang upaya.. misalnya orang yang dilahirkan tanpa tangan.. mereka masih ada kaki jadi mereka guna kaki. Yang lahir tanpa tangan dan kaki, mereka masih ada anggota lain seperti mulut, hidung dan sebagainya. Kenapa mereka boleh buat benda yang orang biasa buat walaupun keadaan mereka luar biasa? Sebab fokus mereka pada kekuatan mereka, bukan kelemahan atau kekurangan mereka.
Jadi macamana? Ada rasa dekat2 dengan level Warren Buffet dah?
Leave a Reply