Bertemu Kekasih Lama

admin Avatar

Apa perasaan bila bertemu kekasih lama, yang pernah jiwang karat tak hengat (berpisah bukan atas kehendak)? Atau bertemu dengan seseorang yang satu masa dulu kita pernah syok habis kat dia, tapi masa tu tak terluah.. tup2 terjumpa sekali lagi dan dia mengatakan “I pernah syok habis kat you dulu”…

😀

Tak baik.. tak baik.. bila dah bernikah, especially perempuan, dah tak boleh nak syok2 kat orang lain. Taatnya cuma pada suami seorang je. Tak kiralah suami tu jenis apa, selagi dia masih suami, hak2 sebagai suami dan tanggungjawab sebagai isteri wajib ditunaikan. Melainkan kalau jenis yang tak berjenis, awal2 boleh buat apa yang patut, misalnya tuntut fasakh dan sebagainya. Tapi hakikat yang berlalu hari ni, ramai yang curang di belakang pasangan (yang sah), tak kira suami atau isteri.

Kenapa perlu curang? Pertama sekali bab penghayatan agama… Walaupun ada je orang yang patutnya ‘cerdik pandai agama’ pun sama buat benda terkutuk… tapi still penghayatan agama dalam kehidupan is the core. Berkahwin, tapi masih ada kekasih gelap di luar…. aduss~~~ even kalau tak kahwin pun patutnya tak perlu nak berkasih2.. bak kata Sohaimi Mior Hassan & Ana Rafali “Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama.. kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama..”.

Minta dijauhkan. Mari kita benteng diri dan pasangan masing2,

Pesan orang2 lama dalam memilih pasangan:

  1. Pasangan yang menikahimu kerana Allah. Bila rasa cintanya padamu dah luntur, dia akan tetap menghormatimu kerana Allah.
  2. Pasangan yang menikahimu bukan semata2 kerana cinta. Sebab cinta itu adalah dari perasaan, dan perasan manusia boleh berubah2.

………..

……………………….

………………………………………..

Entah apa saya merapu di tengah2 malam ini.

Kecewa sebab tak dapat tengok Mantera Anjasmoro T_____T
Tak dapat nengok kekasih lama… si Ady Putra 😛
Hensem sungguh beliau dalam drama tersebut.
Kenapa pelakon sekarang hensem2? Zaman2 ai remaja dulu takde pun yang kacak2 macam sekarang. Paling kacak pun Rosyam Noor je lah.
*Ya Allah ampunkanlah dosa perempuan ini.

***mode perasaan bercampur-baur

ady putra

HaHa, suamiku jangan marah ya. Kasik can la berangan remaja2 sekali-sekala…

Tagged in :

admin Avatar

13 responses to “Bertemu Kekasih Lama”

  1. anajoe Avatar

    kekeke…oh sedihh pulak bila baca part berpisah bukan kehendak tu… T_T

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      “kita berpisah tanpa direncana~~~ bukanlah kehendak kita~~~”

      Aiseh terjiwang karat lak

  2. adorablemuslimah Avatar

    haha, tergelak sy..
    ending dia part paling best tazkirah kali ni ^_^v

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      (takut pulak kena tanda2 meroyan, harus add dos B complex ni hahaha)

  3. naimulfirdaus Avatar

    er, bagi saya la kan, manusia memang punya fitrah tersendiri iaitu antaranya perasaan ingin sayang dan disayangi.
    tetapi kita kena ingat di samping fitrah, kita juga dikurniakan dengan akal.
    maka setiap perkara perlu ditimbang dengan akal untuk kewajarannya.
    tambah-tambah kalau beragama, tepuk dada tanya imanlah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ramai yang tak tak mampu nak guna perkara akal itu mungkin sebab dikelabui oleh nafsu…

  4. Salzahari Avatar

    Pilihanmu x salah..ady putra mmg mengancam!! Hahaaa

  5. fiza Avatar
    fiza

    apekah??
    kahkahkah..

    sgt bercampur baur mode u..

  6. kinna Avatar

    mmg banyak sangat kes curang laki bini skrg ni..tak larat dgr..kdg2 dlm circle kwn kita pon ade yg terjebak..

    mak saya selalu berpesan: kalau suami sekarang pon takleh jaga, apatah lagi subsequence suami (kawen-cerai-kawen..)

  7. juanita Avatar

    Teruk betul la org dalam pantang nehhh….wakkwakwakwkakw

  8. NUR Avatar

    hero gila2 remaja tu henzem gak.. sapa ek nama.. faizal husin ye..

  9. aiDiena Avatar

    Ady Putra tu suami sayer..

  10. www.espionnersms.wordpress.com Avatar

    The Spy – Bubble moile phone monitoribg application
    offers you these covert features:. These methods help in connstant
    tracking of a cell phone with reference to the nearest cell phone tower and work best iin urhan areas.
    The most high-priced approach is Flexi – Spy-Professional-X.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge