Pagi semalam, dalam perjalanan ke pejabat selepas menghantar Hafiy dan Fahry ke taska, saya menerima SMS (sistem mesej singkat) berbunyi:
Salam, saya ummi harris accident dikuala lipis,anakku harris nazhan telah kembali ke rahmatullah.. Alfatihah
Hati saya tiba-tiba terpana. Terkejut. Sedih. Tak terungkap. Semua ada.
Ummi Harris adalah rakan sekolah saya, semasa belajar di SM*CH. Kami sering bertukar2 cerita tentang anak masing2, sejak arwah Harris dalam kandungan lagi.
Saya baru berjumpa beliau minggu lepas, terserempak semasa berjalan kaki ke pejabat. Pejabatnya berdekatan dengan pejabat saya. Dalam masa 1-2 minit tu sempat juga lah kami bertukar-tukar cerita. Katanya dia sedang dalam proses bertukar tempat kerja…
Sejurus menerima berita itu, dalam keadaan sebak saya menghantar perkhabaran kepada rakan-rakan.
Beberapa rakan menelefon saya dan menangis². Sebak sangat rasanya. Ya lah, walaupun saya tak pernah berjumpa dengan arwah, tapi terasa seperti anak sendiri, tambah² bila melihat wajah comelnya di Facebook dan blognya.
Rakan² lain bertanyakan tentang keadaan Ummi Harris dan suaminya, serta details tentang kemalangan itu. Maafkan saya kerana saya pun tak tahu. Dan saya tak sampai hati nak bertanya lanjut kepada Ummi Harris. Namun bila Ummi Harris menghantar SMS kali ke-2 meminta saya memberitahu rakan-rakan, saya gagahi juga untuk bertanya tentang kemalangan itu, namun saya tak harapkan sangat jawapan beliau, sebab.. kehilangan anak kandung adalah hakikat yang terlalu pedih untuk dihadapi. Dan saya rasa kesanggupannya memberitahu saya adalah satu perkara yang amat perlukan ketabahan.
Saya tak dapat gambarkan perasaan saya dengan perkataan. Kawan-kawan saya, lemah lutut, luluh hati mereka bila mendapat perkhabaran ini. Kami menangis walaupun arwah bukan dari darah daging kami. Kerana hubungan persahabatan yang erat dengan Ummi Harris, walaupun yang tiada anak tetap terasa sedih.
Saya tak dapat bayangkan jika hal itu terjadi pada saya. Semasa Fahry dalam inkubator dulu, saya menangis setiap hari mendoakan keselamatan dia. Saya amat takut kehilangan bayi saya, walaupun masa itu saya tak sempat memangkunya. Ini pula bila anak sudah mula bertatih, mula beraksi, mula menakal…
Semoga Allah murahkan rezeki Ummi Harris, dan tabahkan hati² mereka yang kehilangan cahaya mata tersayang dalam sekelip mata ni.
Saya terasa nak balik peluk anak² saya. Sesungguhnya saya tak sanggup kehilangan mereka, walaupun seketika.
Bersemadilah anakanda Harris Nazhan. Semoga dikau menjadi pemimpin tangan Ummi dan Babamu ke syurga…
Al-Fatihah buat Allahyarham Harris Nazhan, 2008-2009.
*nangis nangis nangis*
Leave a Reply