Bersemadilah Anakandaku Harris Nazhan…

admin Avatar

Pagi semalam, dalam perjalanan ke pejabat selepas menghantar Hafiy dan Fahry ke taska, saya menerima SMS (sistem mesej singkat) berbunyi:

Salam, saya ummi harris accident dikuala lipis,anakku harris nazhan telah kembali ke rahmatullah.. Alfatihah

Hati saya tiba-tiba terpana. Terkejut. Sedih. Tak terungkap. Semua ada.

Ummi Harris adalah rakan sekolah saya, semasa belajar di SM*CH. Kami sering bertukar2 cerita tentang anak masing2, sejak arwah Harris dalam kandungan lagi.

Saya baru berjumpa beliau minggu lepas, terserempak semasa berjalan kaki ke pejabat. Pejabatnya berdekatan dengan pejabat saya. Dalam masa 1-2 minit tu sempat juga lah kami bertukar-tukar cerita. Katanya dia sedang dalam proses bertukar tempat kerja…

Sejurus menerima berita itu, dalam keadaan sebak saya menghantar perkhabaran kepada rakan-rakan.

Beberapa rakan menelefon saya dan menangis². Sebak sangat rasanya. Ya lah, walaupun saya tak pernah berjumpa dengan arwah, tapi terasa seperti anak sendiri, tambah² bila melihat wajah comelnya di Facebook dan blognya.

Rakan² lain bertanyakan tentang keadaan Ummi Harris dan suaminya, serta details tentang kemalangan itu. Maafkan saya kerana saya pun tak tahu. Dan saya tak sampai hati nak bertanya lanjut kepada Ummi Harris. Namun bila Ummi Harris menghantar SMS kali ke-2 meminta saya memberitahu rakan-rakan, saya gagahi juga untuk bertanya tentang kemalangan itu, namun saya tak harapkan sangat jawapan beliau, sebab.. kehilangan anak kandung adalah hakikat yang terlalu pedih untuk dihadapi. Dan saya rasa kesanggupannya memberitahu saya adalah satu perkara yang amat perlukan ketabahan.

Saya tak dapat gambarkan perasaan saya dengan perkataan. Kawan-kawan saya, lemah lutut, luluh hati mereka bila mendapat perkhabaran ini. Kami menangis walaupun arwah bukan dari darah daging kami. Kerana hubungan persahabatan yang erat dengan Ummi Harris, walaupun yang tiada anak tetap terasa sedih.

Saya tak dapat bayangkan jika hal itu terjadi pada saya. Semasa Fahry dalam inkubator dulu, saya menangis setiap hari mendoakan keselamatan dia. Saya amat takut kehilangan bayi saya, walaupun masa itu saya tak sempat memangkunya. Ini pula bila anak sudah mula bertatih, mula beraksi, mula menakal…

Semoga Allah murahkan rezeki Ummi Harris, dan tabahkan hati² mereka yang kehilangan cahaya mata tersayang dalam sekelip mata ni.

Saya terasa nak balik peluk anak² saya. Sesungguhnya saya tak sanggup kehilangan mereka, walaupun seketika.

Bersemadilah anakanda Harris Nazhan. Semoga dikau menjadi pemimpin tangan Ummi dan Babamu ke syurga…

Al-Fatihah buat Allahyarham Harris Nazhan, 2008-2009.

*nangis nangis nangis*

Tagged in :

admin Avatar

41 responses to “Bersemadilah Anakandaku Harris Nazhan…”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    hanya yg pernah kehilangan tahu..tapi yg belum pernah pun pasti rasa sbb masing2 ada anak! i pun selalu risau dan takut kalau terpaksa hadapi saat itu lagi…

  2. sya Avatar

    al-fatihah..
    sedihnya baca..
    tak sanggup kalau berada di tempatnya.
    moga ummi dan baba harris tabah setabah-tabahnya…
    .-= sya´s last blog ..masih ternganga =-.

  3. eliss Avatar

    Ya Allah sedihnya..rasa nak balik sekarang peluk anak erat2..
    harap dier bertabah..mati itu pasti, yg pasti bidadara syurga menunggunya disana..Al-Fatihah..

  4. mama emma® Avatar

    alfatihah…
    .-= mama emma®´s last blog ..– *UPDATE* CONTEST COPY PASTE!!! – =-.

  5. yangbaik Avatar

    alfatihah… buat Allahyarham anakanda Harris Nazhan… juga kepada Allahyarham Datuk aye (Haji Abdul Rahman) yang meninggal dunia pada petang 14 Zulhijjah serta bapa saudara (Allahyarham Pak Chaq) meninggal dunia pada pagi 15 Zulhijjah.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.
    .-= yangbaik´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  6. Masayu Avatar

    Al- Fatihah
    .-= Masayu´s last blog ..Aiman sudah besar =-.

  7. umminabilah Avatar
    umminabilah

    Alfatihah…salam takziah utk keluarganya…sesungguhnya tuhan maha menyayangi dan mengasihi

  8. ApasH Avatar

    Al-Fatihah..

    saya menangis..tumpang sedih..
    Salam takziah utk keluarganya..

  9. ibu emir Avatar
    ibu emir

    Takziah untuk keluarga arwah Harris. tak dapat bayangkan kalau saya ade di tempat ibu nya. tetapi sekurang2 pasti ade orang yang akan tunggu ibu bapa di syurga esok..

  10. azzamoro Avatar

    alfatihah… semoga dia dan keluarga tetap tabah. tak tahu mcm mane rasenyer kalau saya yang berdepan dgn ujin ini…
    .-= azzamoro´s last blog ..company dinner – masa untuk makan free =-.

  11. lin Avatar

    al-fatihah…moga ummi hariss tenang menerima dugaan yg hebat ni..nk pi taska cepat.tengok sara..rindunyala kt dia!

  12. Hanz Avatar

    al-fatihah…sedihnyer tak terungkap ngan kata2…
    .-= Hanz´s last blog ..My Cheeky Boo X’mas Giveaway =-.

  13. Jade Avatar

    Salam,
    Alfatihah
    Sgt sedih dengar perkhabaran ni
    Terasa macam diri sendiri yang alami
    Sebab as a mother kita akan terasa

    as for me, last 2 weeks saya juga kehilangan anak buah.. walaupun baru berusia 2 hari tp sampai sekarang saya terpandang2 wajah arwah..

    alfatihah untuk harris & puteri aleza

  14. Jiey Mien Avatar

    Al-Fatihah buat arwah..
    Sedih..
    Sebak merajai hati..
    *hati menangis*
    .-= Jiey Mien´s last blog ..Lafaz Alhamdulillah dan Allahuakbar itu.. =-.

  15. irvanqies Avatar

    Al-fatihah…
    ibu dan ayah haris,moga tabah menghadapi ujian allah…
    .-= irvanqies´s last blog ..nk letak title ape nih… =-.

  16. farah Avatar

    al-fatihah..semoga ummi haris tabah.
    .-= farah´s last blog ..December means Holiday! =-.

  17. saudah Avatar

    semoga semua keluarga ummi haris tabah. ada dlm berita harian.

    link: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091204004956/Article/index_html
    .-= saudah´s last blog ..Emosi saya pagi ini =-.

  18. arin Avatar

    al fatihah.
    semoga seisi keluarga tabah menghadapi dugaan.
    .-= arin´s last blog ..Santa Clause =-.

  19. amlynyx Avatar

    saudah, thanks for the link. tercari2 jgk, tapi tak jumpa. (actually tak cari detail pon lagi)

    ummi arwah harris one of my fren kat SM*ACH. yes. sangat sedihhhh uwaaa. ada hikmak di sebalik segala kejadianNYA ini.

    alfatihah…
    .-= amlynyx´s last blog ..Selamat Hari ‘IdulAdha 1430H =-.

  20. laila Avatar

    al-fatihah…
    moga ummi haris tabah dgn dugaan Tuhan
    .-= laila´s last blog ..Update DIET bersama USANA =-.

  21. LeeN Avatar

    tak terkata. tapi keluar air mata…. teruskan tabah ummi haris.. walaupun berat mata yang memandang, berjuta ganda berat pada bahu yang memikul. al-fatihah saya sedekahkan buat arwah dan juga doa agar ketabahan hati ummi haris dan suami akan terus tebal…
    .-= LeeN´s last blog ..kakak: obsessed dengan iklan di tv =-.

  22. mdmcalypso Avatar
    mdmcalypso

    ye…saya juga dah baca keratan dalam paper tu. innalillahi wa innalillahi rajiun…doa saya pada ummi semoga tabah menhadapi cabaran dan dugaan dan pada arwah, saya sedekahkan alfatihah. amin.

  23. kak iena Avatar

    Al Fatihah… moga Ummi harris tabah hadapi dugaan ini..
    .-= kak iena´s last blog ..Alhamdulillah.. =-.

  24. Nuradyani Avatar

    innalilah. Al-fatihah…ini ujian Allah utk ibubapa Harris. semoga mereka dpt bersabar. kalau saya pun tak boleh nak bayangkan mcmmana jika berada di tempat mereka skrg.

  25. fahmi Avatar
    fahmi

    aku lg sedih..trus flashback kejadian accident dulu n khilangan niece tu mcm br je blaku..paham prasaan si ayah sbg driver mlm tu..

    1. noor Avatar

      dgn niece pun dah trasa kan pami. inikan plk anak kandung sdiri. 🙁
      .-= noor´s last blog ..Selamat Hari ‘IdulAdha 1430H =-.

      1. yong Avatar

        yo lo tu Nor, terkejut sangat2 ni, hilang sekelip mata macam tu je. Walau sepayah mana pun nak terima kenyataan, harap2 Naz sekeluarga dapat terima, perlahan2. Insyaallah ada ganjaran lebih baik untuk orang2 yang sabar.

        Al-Fatihah..
        .-= yong´s last blog ..Kaftan lukis overlapped =-.

  26. sayahappyslalu Avatar

    takziah.. semoga tabah hadapinya..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..Sehari Di Pulau Mutiara… =-.

  27. ida.z Avatar

    al-fatihah..walaupun tak kenal tp tak dpt digambarkan perasaan rasa sedih tuh. Semoga keluarga beliau tabah.

  28. cik zatil Avatar
    cik zatil

    al-fatihah..
    semoga keluarga arwah tabah &
    redha dgn ketentuan illahi..
    aminn..

  29. MommaMia Avatar

    innalilah. Al-fatihah
    Salam Takziah utk ummi haris. Memang w/pun tak kenal tapi hati terusik & sebak. Spt mommylyna, mommaMia pun menangis biler anak kena tahan di hosptal masa jaundis, risau akan keselamatan baby yg baru jer lahir 7 hari.

    Ya Allah ko tabahkan ummi haris sekeluarga. Amin!
    .-= MommaMia´s last blog ..Sticky Mode ~ Contest Si Manja Berkaca Mata =-.

  30. silbiabigail Avatar

    Al-fatihah…
    sampaikan takziah pd keluarga arwah Harris Nazhan.

  31. Zaila Avatar

    Zaila pun baca paper pagi tadi, kebetulan akak satu opis Zaila ni satu sekolah ngan Ummi Haris, kalau xsilap senior Lyna..masa dengar berita tu, air mata Zaila dah bergenang & rase sebak dah..walaupun Zaila tak kenal in person Ummi Haris, tapi sebagai seorang ibu Zaila boleh rase apa yang dia rase..betapa pedihnya bila kehilangan darah daging kita sendiri..Zaila sedih bila bayangkan benda ni terjadi ke atas kita..Al fatihah buat arwah & semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..buat Ummi Haris, semoga tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang!!
    .-= Zaila´s last blog ..Balik Kampung – Part 3 =-.

  32. Zai Avatar
    Zai

    Al-fatihah
    Saya adalah sahabat sekerja Ummi Harris.. Kami hari-hari berkongsi kisah suka duka membesarkan seorang anak lelaki. Anak kami hampir sebaya. Kali terakhir saya berjumpa arwah ketika dia berhari raya dirumah saya di desa petaling.. Ingat lagi masa tu anak saya telah menolak arwah Harris sampai tergolek. Tapi Harris kuat tak nangis pun… tak sangka Harris hanya dipinjamkan sekejap jer … Disaat saya menerima berita pemergiannya hanya air mata yang dapat menggambarkan perasaan saya..Semoga Naz dan keluarga tabah untuk mengharungi hari2 yang mendatang..Amin

  33. adianiez AIDA Avatar

    al-fatihah… Allah lebih menyayangi nya. redha la dgn pemergiannya.
    sedih hati aida. kalu la Allah beri ujian sedemikian pd aida, tak tertanggung rasa nya. nak berpisah hidup ni pun seribu satu kesedihan. ini kan pula berpisah mati… Allahu Akbar!
    .-= adianiez AIDA´s last blog ..AAARGH !!! =-.

  34. Fid Avatar

    Al Fatihah
    semoga tabah menempuhnya
    .-= Fid´s last blog ..gambar jari cedera =-.

  35. yaniebest Avatar

    saya rasa terharu sangat baca post ni, rasanya allahyarham Harris sebaya je ngan anak saya ALim, yg lahir tahun 2008..xdapat bayangkan camana la perasaan klu saya di tempat Ummi Harris..sedih sangat, walau saya xpenah pon mengenali mereka lbih dekat, tp hati turut tersentuh dengan apa yang terjadi..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Harris..Sesungguhnya di SYurgalah tempatmu untuk selamanya..aminn
    .-= yaniebest´s last blog ..New Launch!!! =-.

  36. Hanis Avatar

    salam takziah..
    Al-Fatihah..untuk arwah adik harris, danjuga untuk junior saya, yg kembali ke rahmatullah keran berjuang melahirkan anaknya, Zara Alisya..

    *tearssssss…
    i miss my baby kat nursery oledi..(T___T)
    .-= Hanis´s last blog ..Zara Alisya..anak arwah Afida Arif..comel mcm mummy dia.. =-.

  37. Nadia Avatar

    memang sedih.. belum pernah rasa pun dah takut membayangkan. teringat sorang bos yg kehilangan 3 anak. pertama gugur masa 2 bln. kedua lemas dlm rahim masa 8 bln-lg sedih sbb bdk dah ada sifat. yg ketiga dah 18 thn.. bkn calang2 org leh lalui semua tu.. dr kisah ibu Haris harap kita mik pengajaran agar lebih beringat dan berhati2. memang ajal di tangan-Nya. tapi kita usaha kita juga tertulis dlm takdir-Nya. bl kita dah usaha, x ralat sgt…

  38. family ummi harris Avatar
    family ummi harris

    memang kuarga ktaorg sedih sangat…yelah harris kan macih ag budak kecil. xtau pape pon ag…. macih terlalu awal utk arwah pegi.. tp kami redha akan kepergiaan arwah.. anyway, we all cyg sgt2 kat arwah.. we love u…al fatihah….

  39. family ummi harris(auntie harris) Avatar
    family ummi harris(auntie harris)

    mmang sedih….. ktaorg cyg sgt2 kt harris.. mmg xsngka.. cpt sggh arwah tinggalkn ktaorg.. tp 2 mmg ketentuan tuhan.. dlu kalu arwah balik kmpung, ktaorg slalu berebut nk dukung arwah.. yela arwah kn jarang balik kmpung.. ktaorg mmg terasa kehilangan arwah.. sedih sgt tgk keadaan ummi harris.. namun, ummi harris ttp tabah.. ktaorg cyg sgt2 kt arwah………………………………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge