Berlawan Dengan Jin di Kota Makkah

admin Avatar

Tajuknya… macam mistik kan 🙂

Saja nak berkongsi… tentang diri saya dan alam mistik. Saya ada seorang sahabat yang juga pengamal perubatan alternatif (seangkatan dengan DarulSyifa’, Ashraf Muslim semua tu), dan saya pernah berubat dengan beliau. Beliau pernah mengajak saya mendalami bidang perubatan ni tapi saya belum terbuka hati. Sahabat saya ini memberitahu satu perkara kepada saya. Yakni saya boleh ‘merasa’ kehadiran makhluk halus atau dengan kata lain – jin.

Saya sendiri pun tak pasti sebenarnya adakah perasaan itu benar-benar menunjukkan saya dapat ‘rasa’ kehadiran mereka, atau sekadar mainan perasaan saja.

Persoalan ni sering mengetuk kotak pemikiran saya lah. Mana taknya, saya pernah ‘terasa’ ada ‘seseorang’ dalam bilik, lalu anak saya Hafiy yang masa tu umur dalam 2 tahun macam tu beritahu “Mami, ada orang”. Beberapa kali juga. Saya pernah ‘halau’ benda2 itu yang bergayut di kereta semasa melalui kawasan bukit. Tapi masih berteka-teki, betul atau tidak?

Akhirnya semasa mengerjakan umrah April lepas.. saya rasa terjawab kot.

Semasa di Madinah tidak ada benda pelik berlaku. Namun bila tiba di Mekah..

mekah

Saya tak boleh masuk bilik air. Dalam toilet tu nampak macam-macam. Ada yang berdiri sebelah, ada yang bergayut di dinding, ada yang duduk atas shower.. macam2 lagi lah. Saya mandi sekali sehari je, tu pun sebab tak tahan sangat berpeluh, dan mandi secepat yang boleh. Ambil wuduk ke pintu terkangkang seluasnya.

Even kalau duduk dalam bilik tu memang baring atas katil tak bergerak2.

masjidilharam

Ada satu kali semasa kami dalam perjalanan ke Jeddah, keluar je Tanah Haram, berpusu2 ikut dari belakang. Saya masih in denial.. “Perasaan aku je ni” tapi makin tak dilayan makin banyak pulak menyeringai di tingkap van tu. Last2, saya terpaksa halau mereka dengan kekuatan yang ada. Syukurlah ada belajar sikit-sikit dengan sahabat saya dulu. Dan mujur mereka paham Bahasa Melayu, hehehe. Lepas tu terus stop, aman damai sampai lah masuk semula ke Tanah Haram.

umrah

Tak tahan dengan gangguan setiap saat-tak-boleh-selesaikan-hajat-dengan-aman, saya merujuk kepada ustaz mutawwif kami.. tentang pengalaman saya, dan apa yang saya alami. Kata dia itu kemungkinan besar adalah benar. Jin dan syaitan ada di mana-mana namun ada pendapat mengatakan jin kafir dan fasiq takut nak masuk ke Tanah Haram. Apa2 pun jin memang wujud dan benar ada. Sekarang ni saya rasa ada sekor sebelah saya tengah tengok aku menaip ni. hahaha. Tapi jin2 di rumah saya ni handsome2 spesis Edward Cullen, bukan jenis yang pakai toncit tu.

Jin, setan serta apa jua makhluk yang ada ni bukan tandingan kita.. mereka kelas bawahan… tak patut kita takut pada mereka, apa lagi minta bantuan dari diorang. Sebenarnya saya dulu tak percaya benda2 macam ni.. tapi bila mengenali sikit2.. rasanya ia satu ilmu yang berguna. Lebih menjadikan kita lebih yakin sebagai khalifah yang menerima amanah oleh Allah.

Juga tentang karamahnya bumi Mekah. Terjawab segala persoalan, alhamdulillah ^^

Ada tak antara pembaca My Super Kids yang diberi keistimewaan boleh merasa dan melihat makhluk ni?

Tagged in :

admin Avatar

16 responses to “Berlawan Dengan Jin di Kota Makkah”

  1. Yani Avatar
    Yani

    Syukurlah, saya tak nampak. Kalau nampak, maunya tak bergerak… Tengok cite hantu pun dah takut.. haih. Saya cepat terkejut..

    1. Mommy Lyna Avatar

      acik pun tak nampak
      jgnla nampak hehe
      kalo hensem takpe 😛

  2. mirah Avatar
    mirah

    mm..anugerah Allah itu. eventhough scary bunyinya kan.
    Hanya yang layak dan mampu je Allah berikan ujian itu.. 🙂

  3. kinna Avatar
    kinna

    baca pun dah seram…

  4. Hazmi Avatar
    Hazmi

    Subhanallah… saya juga alami sesuatu yg seperti itu… memulanya ingat diri ni gila… tetapi bila renung balik, ada hikmah rupanya…

    1. Mommy Lyna Avatar

      marilah berkongsi pengalaman encik hazmi pula 🙂

  5. Sidratul Muntaha Avatar

    boleh rasa esp klu ade bebayang gelap atas kepala dekat2 toilet or bilik mandi semasa maghrib.
    klu kat meru takde plak and klu ade tak rase ape sbb kubur dekat.
    so..dari tkut ereka..
    tgk kubur lagi tkut sbb mengingatkan mati..

  6. Pa'a Wawa Avatar

    Eiii…ngerinya…

  7. fid Avatar

    errrr..ai takmau terlibat dengan melihat semua tu takmauu

  8. amy Avatar
    amy

    subhanallah….jgn sia2 kn keistimewaan awk 2…hargai&peliharalah keistimewaan e2 seadanya…ada hikmah yg tersembunyi…maybe bole lindungi pasangan,anak2,keluarga atau sesiapa yg memerlukan…

  9. sara Avatar
    sara

    saya blh rasa bende2 tue bila bende2 tue ada dr zaman sekolah sampai sekarang.
    anak saya yg 5tahun blh nampak bende2 tue…kalau dia takut dia akan jerit “allah akbar”. itu yg saya ajar bila dia takut

  10. Cput Avatar

    nice cita..seramnya

  11. mr.pingu Avatar

    huhuhu sy aklau diberi peluang memilih xmahu lgsung ada kebolehan mengesan makhluk2 ini.. seramm

  12. ann Avatar
    ann

    Salam ..
    terpanggil nak folo story benar lagi nyata ni… sy juga tak terkecuali dari hamba pilihan-Nya ini… apa2pun mesti kuatkan semangat… jangan gentar… dia sama makhluk Allah dan darjat dia jauh lebih rendah dari manusia…
    Petuanya mudah, takutkan Allah bukan takutkan dia (jin/syaitan/iblis). Bila kita takut pada Allah secara ikhlas dan jujurnya… nescaya makhluk2 tu semua takut kat kita… pandang rupa zahirnya memang la seperti seram sebab kita x biasa lihat rupa mereka… jika dibuat biasa dan tak tahu/ tak layan takde apa2pun…
    Yang penting, banyakkan berzikir , ingat Allah dan sentiasa berwuduk dapat membantu menjauhkan mereka dari kita….. mudah2an…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge