Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kaya

admin Avatar

Anda nak jadi kaya?

Ada orang nak jadi kaya, ada orang takut jadi kaya, ada orang taknak jadi kaya.

Hakikatnya, manusia biasa mendefinisikan kaya tu seperti ini:

buat duit

Lalu, ramai yang takut nak jadi kaya, apa lagi nak tanam cita2 jadi kaya. Apa lagi nak mintak doa supaya jadi kaya… sebab takut jadi macam orang ni:

qarun derhaka

Hmmm.. Apa sebenarnyanya yang menjadikan seseorang itu KAYA? Duit banyak? Banyak mana kot ya? Kalau ada seribu kaya tak? Sejuta? Sepuluh juta?

Hakikatnya duit tu tak pernah cukup2… Yang ada RM10, nak RM100, dah dapa RM100, nak RM1000, dah RM1000, nak RM10000 dan seterusnya…

Hakikat Kekayaan Sebenar…

Kekayaan yang sebenar bukan dinilai dengan wang ringgit..

Hadis dari Abu Hurairah ra: Rasulullah saw bersabda, “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati.” (HR Bukhari & Muslim)

Ciri-Ciri Orang Kaya

Tiada Masalah Kewangan

Tiada masalah kewangan bukannya kena ada RM10 juta… ia berbalik kepada pengurusan kewangan. Kalau ada 10 juta tapi belanja 12 juta, itu masalah besar! Walaupun gaji RM1000 tapi belanja RM900, maka Alhamdulillah tiada masalah. Yang penting perbelanjaan jangan melebihi pendapatan.. Banyak duit tapi banyak juga hutang yang tak bermanfaat (hutang kad kredit sebab shopping pastu bayar minima je), itu bukan je tak bagus tapi dah terjebak dalam riba!

Kesimpulannya, tak kira berapa pun pendapatan kita, pastikan perbelanjaan di bawah skala pendapatan ya.

Ada Tempat Nak Dimanfaatkan

Ada duit tapi simpan sampai berkulat2, apa gunanya… Ada duit banyak tapi tak diperlukan keluarga.. anak2 tak sayang,, rumahtangga bergolak.. hidup tak seronok.. Duit banyak tapi kedekut nak menderma, timbun2 harta tanpa sebarang manfaat kepada orang lain kecuali kepada tokei kedai… sama je macam takde duit.

Orang miskin yang tak ada duit tak dapat nak keluarkan duit sebab dia takde duit, yang ni ada duit tapi kedekut nak guna. Sama je kan. Konsepnya duit tu tak mengalir ke jalan kemanfaatan.

Ada Tujuan

Kenapa cari duit banyak2? Ada orang kerja siang malam sampai family terabai, anak2 pun tak kenal makbapak, tipu sana tipu sini.. Kalau hidup takde tujuan, susah nak menghargai kehidupan. Cari duit for the sake of cari duit… Jadi kita perlukan tujuan… Kerja untuk cari rezeki yang halal bagi anak2, keluarga, etc.

~Kekayaan itu tidak dilihat pada berapa dinar atau dirham yang kita bawa, tapi berapa dinar atau dirham yang kita beri~

syukur alhamdulillah

So, nampak gaya kita ada ramai orang kaya di Malaysia kan? ^^

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge