Berjayakah Penyusuan Tanpa Stok Susu?

admin Avatar

Sekarang ni kebanyakan ibu menyusu membuat simpanan stok susu perahan (yang dibekukan) dengan begitu banyak, sehingga terpaksa membeli peti sejuk khas (deepp freezer), malah terlalu banyak sehingga stok lama sudah mencapai tarikh luput. Maka terpaksalah buat mandi susu.

Perkembangan ini sangatlah positif, memandangkan kini konsep ibu dan anak susuan kembali mengambil tempat (menggantikan peranan susu formula bagi ibu2 yang tidak boleg menyusukan anaknya). Jadi susu yang banyak2 tu boleh beri kepada anak-anak ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan yang kurang positif terhadap sesetengah ibu, terutama yang kurang sokongan.

Misalnya merasakan bahawa tanpa stok sebegitu banyak, seorang ibu itu tak mampu membekalkan susu badan yang cukup untuk anaknya (terutama ibu bekerja). Sebenarnya tidak, selagi si ibu boleh membekalkan susu mengikut keperluan anaknya, pasti dapat menyusukan dengan berjaya.

Stok susu sebenarnya untuk kegunaan ketika ibu mengalami masalah kekurangan susu, misalnya ketika menses. Oleh itu, ia bukan sesuatu yang wajib. Lebih2 lagi untuk mempunyai berpuluh malah beratus botol stok susu.

Walau bagaimanapun, adalah ideal bagi seorang ibu bekerja untuk mengepam dan menyimpan susu badannya 1-2 minggu sebelum balik bekerja.

Yang penting, pam susu anda dengan kerap bagi mengelakkan terjadinya masalah kekurangan susu, terutama bagi ibu yang tidak menyimpan stok.

admin Avatar

12 responses to “Berjayakah Penyusuan Tanpa Stok Susu?”

  1. mama shifa Avatar

    betulkan cara saya
    sy akan tetap bagi fresh ebm selagi ada walaupon saya terpaksa buang stok.

  2. ummiummair Avatar

    saya tak setuju kalau ada yg kata kena simpan stok byk2 utk berjaya menyusu sampai 2 thn, sbb saya sendiri tak punya stok yg byk n stok habis bila anak memasuki usia 1 tahun. alhamdulillah berkat rajin mengepam saya mampu bekalkan anak susu fresh tiap2 hari sehingga umurnya cukup 2 tahun dan lebih sehingga sekarang. bg saya apa yg penting kita kna pstikan susu kekal ada dgn sentiasa mengepam. Percayakan konsep more demand more supply!!

  3. ainul Avatar

    saya pun takde stok ebm bertimbun-timbun.hari ni pump utk esok.alhamdulillah masih full bf my baby 8bln++.semoga ALLAH lancarkan perjalanan saya ini.AMIN!!

  4. Nani Avatar
    Nani

    nak bagi fresh saja, terpulangla cara masing-masing, anak masing-masing pun kan. tapi kalau nak susukan ‘fully’ untuk tempoh masa yang panjang, ikut pengalaman saya, kenalah juga gunakan stok tu. sampai satu masa, kita dah tak dapat provide yang fresh saja. memanglah demand=supply. tapi kena akur juga pada perubahan hormon. lama-kelamaan badan akan bersedia untuk menerima orang baru lagi dalam hidup (subur semula).

    takde kot yang kata, kalau takde stok, tak berjaya menyusukan sampai 2 tahun. ade ek lyna. susah jugak kalau macam tu. menyusukan secara fully selama 2 tahun mungkin la agak susah kot kalau takde stok. kalau berjaya tu alhamdulillah. tapi kalau nak menyusukan sehingga 2 tahun, boleh je kalau takde stok pun.

    apa-apa pun simpan la sikit. badan kita lain-lain kan. kalau cukup-cukup je untuk esok, tak ke susah hati.

  5. zuhaini Avatar

    Yup.. stok susu saya pun banyak da nak expired.. saya perasan, dia banyak sebab time dalam pantang buat stok giler2.. hihihi…

    skrg ni buat stok skadar ikut keperluan aje.. 🙂

  6. mamanoa Avatar

    hmm…sgt bersetuju, byk atau kurang simpanan tu bergantung pd komitmen dan kemampuan ibu tu sindri..kalu rasa dia mmg xmampu atau xder ms nk dapat byk tu ms bekerja kelak..MUNGKIN PERLU si ibu utk buat stok yg byk ketika dia dlm tempoh berpantang..tp kalu si ibu rasa dia mampu untuk bg FRESH utk keesokan harinyer dgn jumlah yg sama seperti direct feeding..xsalah kalu dia simpan ala kadar sahaja utk stok..

  7. Nur Avatar

    yup..setuju lyna. kengkadang akak rasa inferior jugak bila tgk stok susu orang penuh dlm satu fridge..huhuhu.. tp ditakdirkan baby akak suka yg fresh sahaja..yg frozen semua dia reject..

    akak cuma dapat fully bf selama 9 bulan jer sbb masa tu keje teruk sgt..bdn penat susu pun merudum.. next baby determine to do better!

  8. deeni Avatar

    in my case, bby x suka frozen ebm. so kene pam ari ni utk esok. stok pun tak byk sal baru2 ni frezer buat hal, bis cair semua frozen ebm. kdg2 tkt gak x ckup susu utk bby. skg ni tiap2 hari during lunch hour mesti buat power pumping utk maintainkn supply plus kumpul stok balik.

    still sedey lg bila kenangkan stok2 yg terpaksa di buang tu. =(

  9. Shaklee2u Avatar

    Mestilah boleh berjaya tanpa stok susu.. Sebotol pun tak ada dlm freezer ni.. Al maklumlah, direct feeding ja as i’m working from home mom. Ramai yang saya dengar dan consult pump ari ni untuk esok. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki. Cuma, perlu juga spare untuk sebarang kemungkinan macam jatuh sakit akibatnya susu merudum or out station.

  10. Wan Anie Avatar

    Setuju dengan mommyLyna, tidak perlu buat stok susu terlalu banyak sekiranya ibu boleh direct feeding
    Bagi saya bonding anak bila direct BF jangan mengharapkan ebm semata itu Stok EBM penting bila ibu keluar bekerja atau di saat kecemasan.

  11. Zihan Avatar

    Agree sangat2!…Now I xde stock langsung….kire now is surviving period la!…Pump pun cukup2 utk keperluan die…But gona strive more utk stock semula! =)

  12. […] 10, 2011 babyqaireen Leave a comment credit Sekarang ni kebanyakan ibu menyusu membuat simpanan stok susu perahan (yang dibekukan) […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge