Saya sangatlah jarang bercuti (vacation). Dulu-dulu.. sebab tak ada duit. Maklumlah student mana ada duit… Setakat elaun scholarship tu habis kat buku je. Ops, tipunya!
Baru-baru kerja pun tak terfikir nak jeluar bercuti. Masih sebab yang sama, tak ada duit. Alah, kerja engineer nama je gah, gaji bukan banyak pun. Jadi budget yang tak lepas untuk bercuti tu digunakan untuk benda lain, maklumlah belanja nak kahwin pun dah puluh-puluh ribu kot?
Dah kahwin pun tak bercuti juga. Honeymoon? Nan ado… Maklumlah kahwin bajet.
Dah ada anak lagilah jangan harap nak bercuti. Gamaknya makin stress melayan karenah budak2.
Saya mula menyedari kepentingan vacation ni sewaktu trip ke London tahun lepas. Masa tu, walaupun tak ada akses internet, tapi dunia sangat terisi. Setiap hari jumpa dan rasa benda baru.. Lagi2 tempat yang tak pernah terfikir nak pergi.
Walaupun cuma sekejap dan sendirian berhad, merasa la juga masuk ke Madame Tussauds. Hehehe.
Balik dari London, terasa sangat fresh, walaupun pengalaman yang agak comel – terkandas di airport di Belanda kerana letupan gunung berapi. Oh, itu semua sangat indah untuk dikenang 🙂
Lalu, saya dan suami berpendapat, sekurang2nya setahun sekali kita patut keluar bercuti. Dan masih bergantung kepada budgetlah. Jadi tahun ini, tahun untuk cuti-cuti Malaysia.
Seminggu sebelum saya kembali bekerja selepas kelahiran Danny, kami menjalani percutian singkat ke Pulau Pinang. Cuma over the weekend saja. Meninggalkan rutin harian dan melihat suasana berbeza adalah sangat baik untuk santapan minda. Pertama kali mendaki Bukit Bendera 🙂
Destinasi percutian haruslah bukan ke kampung halaman.. Saya rasa balik kampung menjadikan saya lebih complacent, dan memberi impak kepada momentum saya. Namun ada orang perlu pulang ke kampung untuk refresh. Lebih afdal kerana kita menjenguk ibu bapa, doa dan restu mereka adalah segala-galanya.
Disebabkan anak dah tiga, saya lebih senang membawa ahli keluarga lain bersama, seperti ibu bapa (termasuk mentua) dan adik-adik. Dan kami juga selesa memandu. Semasa ke Pulau Pinang tempoh hari kami menyewa sebuah MPV, memandangkan kereta keluarga cuma sedan, MPV lebuh selesa untuk perjalanan jauh bersama anak-anak.
Saya juga telah memasukkan beberapa destinasi dalam kalendar, untuk percutian yang akan datang sambil bertemu ‘anak-anak’ saya di serata Malaysia. Sambil menyelam minum air namanya 🙂
Korang pula, ke mana cuti nanti?
Leave a Reply