Google Analytics vs Nuffnang Analytics

admin Avatar

Ramai yang dah biasa dengan fungsi Google Analytics, yang secara amnya untuk kita menganalisa blog/website kita; dari segi jumlah pelawat, keyword, bounce rate, conversion rate dan sebagainya.

Bagi pengguna WordPress, lebih mudah untuk memasang Google Analytics di blog kerana terdapat plugins yang boleh dimuat-turun terus ke dalam blog. Bagi pengguna Blogger dan lain-lain, boleh mendaftar dengan Google Analytics dan memasukkan kodnya di blog- biasanya di footer.php.

Berbanding dengan webstats lain seperti Hitstats, Blogstat dan sebagainya, saya lebih menggemari analisa dari Google Analytics, terutama kerana ia memaparkan keyword yang ‘digemari Google untuk membawa pelawat ke blog kita’.

Secara umumnya, fungsi Google Analytics:
– memberitahu jumlah pelawat ke blog/website mengikut tempoh yang kita kehendaki – bulan, tahun, hari, etc.
– maklumat yang terperinci tentang pengunjung blog, misalnya dari negara mana; masuk melalui backlink atau organic search, etc; keyword yang digunakan, etc.
– bouncing rate, iaitu berapa peratus pelawat yang mencari sesuatu di google dan menjumpainya
– mengetahui statistik untuk setiap landing page

Bagi peniaga online, maklumat2 ini penting untuk meng-optimumkan potensi blog/websitenya, agar menjadi lebih mesra Google dan mesra pengguna.

Bagi blogger yang baru atau blogger biasa (tidak ada kepentingan untuk menempatkan blognya di mukasurat pertama Google), memadai dengan memasang kod Nuffnang di blog. Nuffnang juga dapat memberi maklumat trafik, keyword.. Malah memberi ‘pulangan’ kepada anda dalam bentuk wang!

admin Avatar

3 responses to “Google Analytics vs Nuffnang Analytics”

  1. mamaNoriz Avatar

    dua-dua beri kelebihan yg berbeza kan…
    tpi klu tak silap sya, google analytics lebih mempengaruhi our blogs’ page-rank compare to nuffnang kan…

    sya masih terkial-kial nak manfaatkan semua ni lagi…

  2. Zainal Avatar

    salam…

    kedua-duanya ada kelebihan tersendiri…tapi google analytics lebig complete maklumatnya…

    tetapi nuffnang agak ringkas sesuai untuk blogger baru yang nak belajar camna nak audit diaorang punyer blog performance

  3. zuls Avatar

    tak pakai nuffnang, pakai GA untuk blog wordpress. Untuk blogspot, pakai yang default blogger bagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge