Bercuti-Cuti Malaysia

admin Avatar

Saya sangatlah jarang bercuti (vacation). Dulu-dulu.. sebab tak ada duit. Maklumlah student mana ada duit… Setakat elaun scholarship tu habis kat buku je. Ops, tipunya!

Baru-baru kerja pun tak terfikir nak jeluar bercuti. Masih sebab yang sama, tak ada duit. Alah, kerja engineer nama je gah, gaji bukan banyak pun. Jadi budget yang tak lepas untuk bercuti tu digunakan untuk benda lain, maklumlah belanja nak kahwin pun dah puluh-puluh ribu kot?

Dah kahwin pun tak bercuti juga. Honeymoon? Nan ado… Maklumlah kahwin bajet.

Dah ada anak lagilah jangan harap nak bercuti. Gamaknya makin stress melayan karenah budak2.

Saya mula menyedari kepentingan vacation ni sewaktu trip ke London tahun lepas. Masa tu, walaupun tak ada akses internet, tapi dunia sangat terisi. Setiap hari jumpa dan rasa benda baru.. Lagi2 tempat yang tak pernah terfikir nak pergi.


Walaupun cuma sekejap dan sendirian berhad, merasa la juga masuk ke Madame Tussauds. Hehehe.

Balik dari London, terasa sangat fresh, walaupun pengalaman yang agak comel – terkandas di airport di Belanda kerana letupan gunung berapi. Oh, itu semua sangat indah untuk dikenang 🙂

Lalu, saya dan suami berpendapat, sekurang2nya setahun sekali kita patut keluar bercuti. Dan masih bergantung kepada budgetlah. Jadi tahun ini, tahun untuk cuti-cuti Malaysia.

Seminggu sebelum saya kembali bekerja selepas kelahiran Danny, kami menjalani percutian singkat ke Pulau Pinang. Cuma over the weekend saja. Meninggalkan rutin harian dan melihat suasana berbeza adalah sangat baik untuk santapan minda. Pertama kali mendaki Bukit Bendera 🙂


Destinasi percutian haruslah bukan ke kampung halaman.. Saya rasa balik kampung menjadikan saya lebih complacent, dan memberi impak kepada momentum saya. Namun ada orang perlu pulang ke kampung untuk refresh. Lebih afdal kerana kita menjenguk ibu bapa, doa dan restu mereka adalah segala-galanya.

Disebabkan anak dah tiga, saya lebih senang membawa ahli keluarga lain bersama, seperti ibu bapa (termasuk mentua) dan adik-adik. Dan kami juga selesa memandu. Semasa ke Pulau Pinang tempoh hari kami menyewa sebuah MPV, memandangkan kereta keluarga cuma sedan, MPV lebuh selesa untuk perjalanan jauh bersama anak-anak.

Saya juga telah memasukkan beberapa destinasi dalam kalendar, untuk percutian yang akan datang sambil bertemu ‘anak-anak’ saya di serata Malaysia. Sambil menyelam minum air namanya 🙂

Korang pula, ke mana cuti nanti?

Tagged in :

admin Avatar

12 responses to “Bercuti-Cuti Malaysia”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    ooh…saya mmg suka bercuti, berjalan tgk tmpt org tp masih belum mampu ke London anak beranak :p Nak lepaskan tiket kpl terbang pun berpeluh wpun di sana ada pakcik boleh tumpang tido…hee.

    setahun sekali saya mmg akan pastikan kami sekuarga bercuti….cuti2 malaysia je, tp tu pun dah sgt memuaskan hati. selalunya suka amik trip 4H 3M ke destinasi yg ada pantai sbb budak suka main pasir!! dan…indahnya perasaan bila bangun pagi tgk air laut dan merasa pipi ditiup angin sepoi2 bhs 😉

    destinasi hjg thn ni ke PD je…Cuti Maulidur Rasul nanti!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hah kami pun igt nk ke PD jugak nanti. chalet yg ada pool dlm rumah tu apa ke namanya?

      1. salzahari Avatar
        salzahari

        Legend International….

  2. sidratul muntaha Avatar

    cuti..
    sama mcm ko tapi mmg payah.
    budget tu mmg satu hal.
    pergi bercuti pun mmg suke pantai2 and hutan2 sejuk.
    sgt susha nak gi cuti hat gi melayan mata
    tapi tiap kli blik kg,mmg kadang2 bwk mak bpk aku gi pantai..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mak aku taknak ikut sbb nt dia lg penat kawal bebudak, boleh?

  3. lydzar Avatar

    yup..cuti2 mesia dh memadai..seronok sbb at least dpt suasana baru yg kita tak hadap hari2

  4. Fara Avatar
    Fara

    Sy tak suka cuti hujung thn. Thn nie, kami dah bercuti ke Langkawi. Jadi, tunggu thn depan pulaklah. Hehehehe. (Pun harus mengira budget kerana kami sekeluarga sgt sederhana dr segi pendapatan).

    1. salzahari Avatar
      salzahari

      dah cuti tgh thn tu ke Bandung tp x puas le cuti dlm shopping…mesti nak jgk merasa laut…

  5. Tuty Rahiza Avatar

    saya sangat suka bercuti sejak daripada zaman belajar lagi..pantang cuti semester, mmg hilang je..

    kalo stress ke ape, sy akan pegi tempat kawan..balik mmg rasa fresh n bole mengadap balik keje2 yg sepatutnya..

    bila mula keje, aktiviti bercuti macam terhad sbb susah gila nak minta cuti..so tahun depan berazam untuk pegi bercuti..target dalam malaysia sbb tak abis jalan pun lagi..bukit bendera tu pun tak nah sampai..

    eh, ML..sy pun ada gambar di tempat yg sama di London itu.. 🙂

  6. MamaAiman Avatar

    saya memang sgt2 nak bercuti skrg ni. teringin jugak nak bawak parents mana taknya kecik2 dulu parents yg bawak kan..tapinya disebabkan sekarang musim hujan, proposal saya ditolak mentah2 oleh mak saya, risaukan ujan kene cucu kesayangan die tu..huhuhuuuu..bersabarrrrrr…

  7. Nazri Avatar
    Nazri

    Hem
    sapa2 nak jalan Penang leh contact saya kot nak tanya kat mana makan best, kat mana hotel murah etc. Tapi bab shopping saya kureng sbb xshopping pun…

  8. Eva Avatar

    anak saya Usman Harith bin Fakrul Azimi Tahun 1 Zamrud tidak mempunyai buku Cermat Tiba Selamat. Di mankaah saya boleh mendapatkan buku ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge