Be A Good Boy

admin Avatar

Mami write ni supaya bila Hafiy besar esok & ada anak, if anak Hafiy peel comel (kata org Kelate) Hafiy paham2 sendiri la yek…

selama sebulan setengah ni… Hafiy bole dikatakan tiap2 minggu or 2-3 hari sekali berubah perangai. bila orang tanye Mami “Hafiy cemana hari ni?” katala Mami cakap “ntahla, kurang tido pulak” mesti derang cakap “nak beralih bulan le tu..” hehehe. dulu Mami ingat beralih bulan tu bila nak masuk sebulan, nak masuk 2 bulan… baby akan wat perangai. tp Hafiy.. takkan tiap2 hari beralih bulan kot. baru sebulan je yg dialih, ni macam beralih hari je pulak. ke, Mami yg xfaham term beralih bulan?

masa Hafiy newborn, ramai orang datang visit Hafiy. masa tu musim raya, ramaila kawan2 Mami balik kampung. bole kata hari2 ada je org dtg tengok Hafiy. yg bestnya Hafiy ni, time orang ramai ada, Hafiy tidooo je. kalo orang ramai tu duk dari pagi sampai ke petang, selama itu la Hafiy tido xbangun2. tapi.. bila je orang ramai2 tu say good-bye.. hehehe. habisla sumer perasaan dilepaskan. pelik betul la. macam tau je ada orang ke xde orang ke.

bila Hafiy dah besar sikit pun macam tu. cuma kadang2 Hafiy tak tido. tp Hafiy duk diam2 je, main sorang2. sumorang cakap “baiknye budak ni…” hehehe. turun je derang tu… adeh, ilang macho selama ni.

bila Hafiy asik duk melalak je, riso jugak Mami dan atok2 Hafiy. ye la, kot2 sakit ke, kene gigit semut ke, apa ke. tp bila Mami angkat je Hafiy diam. Nye cakap, kalo budak sakit, angkat pun dia nangis, ni, angkat je diam… bukan sakit ni tapi ‘peel comel’. huhu. pastu pandai pulak.. dah angkat tu kene hayun2 pulak. pastu kena jalan2 pulak. phew~ mujurla masa kecik2 dulu Abiy ada. Mami pesan kat Hafiy, pas ni jgn macam ni dah tau, Abiy balik Miri xde orang dah nak layan Hafiy mcm tu. tapi… hehehe.

Mami tak tau la, adakah ini reflection daripada Mami kecik (bila Mami komen kat makcik2 Mami pasal Hafiy suka melalak, derang cakap “kami dulu lg dasat, ini kire dah OK dah” huhu) ataupun apa sebenarnya… dari dalam pantang sampai la sekarang, Hafiy macam tu jugak. orang tua cakap, lepas upacara ‘pelepas’ tu, baby dah tak buat perangai dah. hehe, nampak macam xde kesan pun.

ring the dvd

Mami tak tau la samada Mami yg manja sgt atau Mami tak reti handle baby atau tak reti manage masa atau apa atau apa. kadang2 bila Mami citer kat kawan2 Mami yg ada baby jugak pasal Mami xsempat nak mandipun bila tinggal berdua ngan Hafiy, derang macam cynical sket. kecik jugak ati Mami. tp Mami respek sgt la kawan2 Mami yg bleh handle baby yg meragam dari dalam pantang secara berseorangan (without hubby, mom, sibling, helper, etc) & bole wat segala kerja rumah, sedangkan Mami nak mandi, nak minum, nak makan pun terkejar2. ni Mami online pun sebelah tangan sambil hayun buai Hafiy.

download basic movie

Mami tak tau la kenapa Mami tak bole langsung nak tinggal Hafiy. tengah tido pun kalo Mami tinggal, mesti melalak2. itu yg Mami mandi pun, buai mesti duk depan pintu bilik air. makan pun, sambil hayun buai, itu yg Mami kadang belasah je makan apa yg ada. kalo Mak Tok tak sempat masak utk Mami, Mami sempat masak nasi je la pakai rice cooker, lauk2 sumer mmg jgn harapla. nak solat apetah lagi, Mami plak tak reti nak solat sambil dokong Hafiy… jadinye nak cepat2 aje la. Mami ada beli carrier utk Mami usung Hafiy sekali kalo nk masak ke makan ke tp sebab xtry masa beli tu, langsung tak bole pakai. maka terpaksalah Mami berlari2 even if dalam pantang pun masa tu. Mami try gak letak kain kat Hafiy tp xjadi pun. hehe. tau ek bukan Mami tu…

nak tau tak, komen orang2 tua pasal Hafiy? ehehe…

“ni yg jaganya nak kencing pun tak sempat ni”
“kena beli buai yg letrik tu”
“maunye babysitter mintak extra charge ni jaga budak ni”
“orangnye garang…”
“bdk ni takde keje lain la.. ukk ekk ukk ekk aje kejenye”
dan lain2.

hehe. cukuplah setakat itu.

memoirs of a geisha free

tp yg wat Mami bangga, senang nak train Hafiy. cuma bab suka melalak & tak bole duk sorang2 tu belum pass lagi la. bab nyonyot, Mami bole kasi A la. Hafiy skg tak nyonyot2, kenyang je, alhamdulillah… kecuali time nak tido, mmg Mami kasik Hafiy nyonyot sampai penat, pastu bole tido ngan mudah. Hafiy pun even if duk dalam buai tp dah bole tido kalo tak berbuai walaupun not all the time. tp OKla, nama pun training kan. yg paling best, Hafiy tak melalak kalo lapar, unless kalo Mami lambat sangat. mcm2 dulu2 la.. kalo lapa Hafiy masukkan tgn dalam mulut or muncung2kan mulut ke kiri kanan. and ada satu bunyi yg indicate Hafiy tgh lapa. hehe. cute sgt bunyi tu. ah..ah…ah… cemana ntah. hehe.

tp serius, sikit pun Mami tak rasa susah. walaupun orang lain lenguh tangan duk dokong Hafiy tp Mami tak rasa pun. semuanya sebab Mami sayaaaaang sangat kat Hafiy. saban waktu solat, Mami selalu doa “Ya Allah, kalaulah perangai melalak2 ni memberi kebaikan kepada Hafiy, jadikanlah diriku tabah & redha dengan keadaannya”. ntahla, Mami segan nak mintak supaya Allah stopkan perangai Hafiy tu. Mami anggap tu anugerah Allah utk Mami. yela, sebelum ni Mami liat benar nk bgn solat malam, skg ni tiap2 malam Mami bangun dgn Hafiy. bukankah ibu yg berjaga malam menjaga anak tu besar pahalanya. cuma kadang2 bila Mami penat sgt, lepas Isyak Mami doa supaya Allah berikan Hafiy tido yg lena malam tu & before tido Mami pesan kat Hafiy tido lena2 ye sebab Mami penat sangat. Hafiy bgn malam bukan setakat nak susu, nak kena dokong, nak kena hayun…

skg ni Pak Su cuti sekolah, bole la Mami mandi lama2. siap pakai lulur tu. hahak. ye la, sebulan Mami mandi sabun gitu2 je tau. kadang tak sempat sabun pun! Mami harap, dah nak masuk 2 bulan ni, Hafiy kurangkan sikitlah kemanjaan Hafiy yg agak terlebih tu ye. nanti Mami nak bawak Hafiy jalan2, nak jumpe Aunty Babe, Aunty Leeds, etc… tak machola melalak2 je, tau. hehe.

ha… pastu kalo besok2 anak Hafiy pun suka melalak, jgn plak rasa tertekan ke apa ke. hehe. ke mana tumpahnye kuah….

deathline divx
ala..ala..ala.. shayang Mami.. shayang Mami…
admin Avatar

30 responses to “Be A Good Boy”

  1. kasutVincci Avatar
    kasutVincci

    lina, sama lah kita. BIla tgk anak org ‘baik’ jer tak meragam, kdg2 terpikir, napa la anak aku suka sgt menangis. Susah nak pujuk. Sampai nak putus suara lak tu. Tp, bila positifkan diri balik, allah dah beri rezeki (anak) tu mmg akak patut bersyukur sgt2. Selalu akak berdoa mintak akak kuat semangat mampu menempuh segalanya. Dah sampai ‘masa’ nanti, meragam tangisnya akan hilang la jugak. Moga kita diberi kesabaran ye lina. Abaikan org lain yg anak dia tak meragam. Akak faham perasaan lina sbb akak pun nak mandi tak sempat. Ehehe

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Semoga tabah n sabar selalu. Agaknya nnt bila Hafiy dah besar, itula yg nak dikenang2kan nnt kan? Semoga Hafiy n Maminya pun sentiasa sihat juga 🙂

    Ina

  3. MummyHanis Avatar
    MummyHanis

    hi, puan sitilina. mcm kita kan.. kita x ajar hariz di dodoi, dokong lama2 or buai. sbb baby ni dia suka di henjut buai2 lama. and try to put him in his own bed/cot. nnt dia dah besar senang awk. Even mother in law kita nak berdodoi2 hariz, kita x kasi. sbb yg susah kita jugak nnt kemudian hari. That’s my 2 cent lah. 😀

    maybe u shud train him from now on. 😉 sementara dia masih kecil dan x paham persekitaran dia. nnt masuk 3 months dia dah boleh nmpk keadaan sekeliling. lg payah.

    k..gud luck.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    k KV,
    hehe. tu la. jelesnya tgk anak2 orang yg senang nak handle.

    dlu tgk anak makcik saya, baik je. xpenah dgr dia melalak pn. letak atas tilam, tinggal, rilex je. Hafiy?? hm.. jgn harapla.

    ina,
    hehe. ni kena cakap hari2 kat dia ni. bkn senang nk jaga.

    hanis,
    itula, that’s what we wanna train him since dia lahir lg sbnrnya. but u know semua xjalan. kitorang try biarkan bila dia nangis, panggil2 nama dia je & takde nak tepuk2 ke dodoi2 ke. finally kene angkat jgk sbb dia melalak sampai xkuar suara. dokong2 je pun.. 2-3minit dia melalak balik smpai xkuar suara. nak x nak kene gak hayun br diam.

    i never wanted to manjekan my son mcm tuu… tp i dunno dah nakwat cemana.

    even if dh kasik susu sampai kenyang, dh tuka pampers, dah kasik mandi, mcm tu jugak lagi.

    my parents & IL salu tegur asik dokong dia je tp bila anak nangis sampai xkuar suara, sampai hati ke kita nak biarkan dia mcm tu…

    isk3x…

    lucky you can train ur son mcm tu 🙂

    Mami Hafiy

  5. Ayu Avatar
    Ayu

    Lina,
    hmmm bila hafiy nangis2 tu tingat plak akak nya anak buah. memang le tensen… last2 mak ayah dia bawak gi berubat dengan ustaz.. alhamdulillah.. lepas tuh dia ok takde la menangis mcm tu lagi..
    harap2 hafiy tak nakal2 lagi yer.. shian mummy..

  6. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    teringat zaman-zaman mase emir kecik dulu. asal orang datang je, paling baik laa. orang bertepuk tampar, emir senyap je tido. tapi bile besar ni, adoii terkentut sikit pun dah boleh jage heheh

  7. arsaili Avatar
    arsaili

    Ameen moga jadi anak yang baik budi

  8. YaNie Avatar
    YaNie

    Salam sitilina 🙂 .. i pon melalui tough time jugak during my confinement.. i pantang kat rumah mertua i since my husband keje kat penang so terpaksalaa..tapi pasal jaga baby.. mmg i aje yg jaga sbb MIL i mmg sebok asyik takde kat rumah..so sama laa mcm pantang sorang2.. mandi n makan tu mmg sentiasa tak sempat..tapi i rasa masa pantang aje yg susah sikit nak jaga baby after that insyaAllah smua berjalan lancar.. ada hikmah disetiap apa yg Allah kurniakan.. :).. and dr pantang sampai skarang i mmg jaga anak i sorang2.. husband i ada during weekend aje.. so guess u r luckier than me 🙂 .. Allah maha adil..zafran tak banyak meragam so i can do smua keje rumah except memasak 🙂 .. Alhamdulillah

  9. MummyHanis Avatar
    MummyHanis

    y not try to swaddle him tightly. i have a cd ” happiest baby on the block” kalau nak pinjam, kita blh tlg burn kan. dia ajar mcm mana nak soothe fussy baby. maybe urs fall under this category. 😉

  10. Babe(^_^) Avatar
    Babe(^_^)

    sayang aunty Babe,

    kalau macam ni lah kan

    aunty Babe pun takot!!!! waaa!!lari

    nanti jangan nangis depan aunty Babe macam ni tau! Aunty Babe cepat gelabah+panik bila baby menangis!

  11. bAiTi Avatar
    bAiTi

    Lina..
    Mesti letih ksn? K.Baiti dgn Amsyar tu pun cmtu gak, smpai jd zombie kdg2 + masa tu pun nk coop dgn study smua. Rasa nak menagis jer anak meragam ni.

    Tapi, tu la. Just accept it as ujian dr Dia. Kena sabar la skit sementara dia nak besar ni :). Alhmdulillah, Amsyar skrg ni pun senang jer nk jaga bila dh besar ni + k.Baiti yakin Hafiy pun sama jgk nnt.

    Buai letrik tu pun membantu jugak tau Lina. Especially utk kita rehatkan sikit bdn + tumpukan pd benda2 lain. k.Baiti dulu mmg ANTI BUAI, heheh.. but sbb dh meragam sgt terpaksa jugak ler pakai buai letrik tu. But after dia dh baik skit mmg k.baiti train dia dlm 4 ari 4 mlm tidur biasa + BERJAYA.

    Maybe Lina should consider about having this buai- utk sementara at least.. 😉 GOOD LUCK

  12. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    k ayu,
    actualy kitorang ada mtk atok sedara tiup2kan. beliau mmg terer bab2 baby nangis. sekali… xde kesan. hehe. org ckp sbb ada pertalian darah, dia tak menjadi.

    kene cari ustaz lain gamaknya.

    ibu emir,
    sekarang2 ni saraf pendengaran dia makin sensitif kot. ekeke.

    arsaili,
    ameeeen..

    yanie,
    salam yanie. itula, setiap benda trjadi tu pasti ada hikmah dia & apa yg Allah kasikkan ni adalah yg termampu kita wat, kan.

    cemanapun setiap anak tu ada rezekinya masing2 kan. dah kuat melalak, adelah kelebihan kat tempat lain tu 🙂 bila papa dia x ada, dia budak baik 🙂

    mummyhanis,
    swaddling tu sbnrnya lagi meninggikan volume sora dia. hohoho.

    nak cd! nak cd! nak pinjam! nak pinjam! cemana nak kasik? nak pos ke? ehe. nt kasik adres.

    babe,
    muehehe. jgn risau, aku akan bawak jumpa ustat dulu before jumpe ko. hekhek.

  13. cikdinz Avatar
    cikdinz

    pengalaman baru. besalah kan. takan lah manja sgt sampei anak sendiri pun tak bleh urus. apa lah dorang ni….

  14. lovelyummi Avatar
    lovelyummi

    pengajaran dr entry ini: saya mesti banyak bersabar dan tabah menghadapi karenah baby di dalam pantang dan seterusnya.
    Good luck untuk saya.

    =)

  15. wan Avatar
    wan

    ala la la la…

    comel sungguh hafiy ni walaupun tgh nangis.

    insyaallah, berkat kesabaran mama, hafiy takkan buat perangai lagi..

  16. janna w.m mokhsin Avatar
    janna w.m mokhsin

    along…sabr bebanyak yer..jgn kata firstimer mothers…cam kak ja ni pong gitu gok…everytime kita dpt baby baru,kita punyer rutin akan terganggu…tu yg kita cam kelam kabut,byk mender tak smpt buat, but after a month or two (or three…hehehe) once kita dah catch up with the rhythm everything will turn out okay….senang jer

    kak ja loning pong masih blom dpt rhythm nyer lagi nih…dgn Aina nih…mandi tak tentu masa,makan pong gitu gok …dgn kakak2 nyer lagik,ngan Yasmin lagik…..adeh….tp mmg gitu…

    lepas ni along and hafiy sure okay punyer, along dah faham pel hafiy..hafiy plok dah faham rutin mama dia….okay! mulut2 org meme gitu along…..

    aper2 hal pong muko hafiy teriok tue..meme comey!

  17. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    baiti,
    sungguh la. kononnya dulu2 xmo layan dia mengada, takmo dodoi takmo buai xmo segala… tp tu la, kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. hehehe.

    nampak gaya mmg kene cari jgk nanti ni. isk3x.

    cikdinz,
    hehe. lain kot mngurus baby yg kuat meragam dan kurang meragam ni hehe.

    lovelyummi,
    good luck utk Ummi! hehe. hopefully ur baby jenis yg xkuat meragam la 🙂

    wan,
    amiin. tp best jugak kadang2 rasa… sbb dia kuat meragam bole peluk2 dia selalu. hehe.

    janna w.m mokhsin,
    ehehe tu la kak jaa..

    basa dia dah kan budak2.. awal2 ni maknye yg kene switchkan diri ikut keperluan dia. arap2 da besar sikit dia da kenal benda, bole la nak tinggal sorang2 pulak.

    jadi mak ni satu keje yg exclusive kan. time management & planning amat penting!

  18. Alex Lacey Avatar
    Alex Lacey

    k.we pun dah rasa macam2 pesen..hok senyap ado, hok tok tido dari malae sapa pagi pung ado…hehehe

    k.we baco pasal bengkung bbowoh tu…ore kato, kalu lepah pantang, paka bekung pun tok berapo nok jjadi doh…maso perut tengoh nok ngecut dlm pantang tu elok ikat perut betul2….ada cara ikat dia, kalu tidak perut jadi geleber…tok bidan la ni hok ajar k.we nih…tu k.we paka jugok bbarut maso sepanjang 40 hari tuh…

  19. Lily Safiyya Avatar
    Lily Safiyya

    Semoga Hafiy akan jadi anak yg baik dan solehhh…suka baca blog pasal baby2 ni cari pengalaman krn kita pun tgh besarkan lily kita…:-)

  20. Mama Shazzy Avatar
    Mama Shazzy

    Dear Along,

    InsyaAllah OK tu Hafiy nanti…maybe i blum rasa what u are experiencing rite now (tatau my baby nanti camner pulak..)but my mom had. Masa dia dpt I dulu, jgn kate family kiteorg , satu kampung tau perangai ‘manja’ I masa kecik..Even until now, kalau i blk kg, semua panggil I ratu melalak, sabor jelah..My mom cerita mmg teruk i meragam tambah2 lagi ayah I xder time tu, dia attachment kt Jepun..huhuuhu..mcm2 gakla cara diaorg nak kurangkan i meragam tuh sampai berubat kt Kg. New Zealand kt Pahang nun..al-kisahnya..tp mak ckp itu juz ikthiar je..lama2 pandai je I senyap sendiri..saje ngada2 skit sbb ayah xder kot..samelar cam Hafiy..maybe dia rindu Abiy dia.. :).. sabar eh Along..the good thing is..ur baby will turn up to be a good decent man nanti bila dia besar..x caya tanya my mom..(ahakss!) :)))

    Be strong & Doa byk2 k.. 🙂

  21. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    alex lachey,
    hehe. ore expert dio handle mace2 jenih dos. huhu.

    olos sungguh ko gitu, arghhh! tidak mau buncit!

    lily safiyya,
    ahaks, pengalaman trial & error nih. neway ur lily sungguh comel la 🙂

    mama shazzy,
    haha, ye kot rindu kat Abiy. haaa shaz… benda2 cani org kata turun ke anak. siapla dia… hek3x.

  22. PuteriSatu Avatar
    PuteriSatu

    dah lama tak bukak blog sitilina ni..ingatkan blog ni pun bercuti macam tuannya…banyak dah entry yang akak kena baca balik…seronokkan time2 berpantang nih….akak yang dah tinggal berbulan ni rasa rindu plak saat2 berpantang nih…apapun perangai hafiy lebih kurang perangai aqilah masa baby…esp part tido time orang datang tuh..serupa je..huhuuu…hafiy mang comel..dah besar mang hensem ni nanti nih…seronokkan lina jadi ibu nih kan…pengalaman yang tak leh dijual beli…

  23. dlt Avatar
    dlt

    alahai hafiy… merah muka meneran tangis yer….
    sabar je la mami Hafiy, bisalah, lain budak lain perangai. hafiy tu tengoh dok wak peel comey, nok tok sey, keno la sabar jugok. besar nati tu, jadi budok jughuh la Insya-Allah.

  24. kombat Avatar
    kombat

    salam sitilina,

    tahniah ye dgn kehadiran hafiy tersayang.

    kombat blh rasa apa yg siti rasa skang ni. cam dina, my little girl, 2bln pertama, tiap-tiap mlm dia menangis. 4jam, 2jam non-stop. diletak nangis, didukong nangis. nangis seolah-olah cam org kena dera gitu. sapa tak pressure?

    tapi, tu lah, bila umur dia menjangkau ke-3 bln, dah mula kurang, sekali seminggu buat prangai. dan now, 6th mths. she become a very very very good girl 🙂

    byk sabar ok! hafiy sgt sayang mama dia 🙂

  25. achik Avatar
    achik

    mak saya cite adik saya dulu lagi teruk.. sbb dia lahir betul2 tgh malam.. mmg dia kuat melalak la.. ala2 dlm cite ahmad albab gitu.. seb baik x kasi nama ahmad albab.. hehehe.. tp last2 lepas sethn baru ok sendiri..

    insya-Allah semuanya akan ok.. take care.. 🙂

  26. Kaklong Syikin Avatar
    Kaklong Syikin

    salam,

    alahai, sian plak kat mommy, tp itulah mmg ada baby jenis mudah melalak, nak maknya ada ebrsama memanjang, mcm tau2 aje maknya menghilang kejap terus tarik suara.
    tak pelah, nanti dah ebsar dia stop sendiri kot.

    akak nak bg petua pun tak reti, sbbnya syukurlah semua 5 anak akak mmg jenis tak melalak, kecuali nak menyusu aje, itupun dia tak terus menangis, hanya akak lmbt dtg attend dia, barulah dengar suara dia kuat melalak. tu sbbnya kalau baby akak menangis lbih 5 minit aje akak akan panik, sbb tak biasa hadapi situasi camtu.

    tak pe, yg penting doa banyak2 minta Hafiy tak melalak. kata org tua2, tak elok bagi baby lelaki lambat berhenti menangis sebab takut angin pasang. bahaya tu. wallahu ‘alam.

  27. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    puterisatu,
    hehe, seronok mmg seronok hehe. satu kepala pulak Hafiy ngan Aqilah ek. best la jadi mak orang tp xleh nak imagine plak life pasnih. besa berdua je ngan asben.. pasni ada lagi sorang, kalo jadi amik maid, tambah lg sorang. hohhhoooo~

    dlt,
    tuhla.. time2 emosi kita tgh waras, xpela, watla peel comel2. time2 kita tgh letih tgh mood xberapa molek.. aduss… rasa nak kutil2 je suh diam hehe. saba je la kan.

    kombat,
    hehe, lega hati mendengar jd a very good girl. Hafiy nt jd a very good boy ya 🙂

    achik,
    mamat sorang ni pun spesis lahir tgh malam la ni. betul 12.01tgh malam!

    k long syikin,
    salam k long,

    wah alangkah bahagianya anak semua xwat peel hehe. tu la taknak bagi dia melalak2, kene salu duk nagn dia je.. kalo tak.. abisla. kita duk depan dia pun kalo x pegang dia, nak melalak jugak. hehe. saba je la…

    bila la nak besar ni.. tp kang dah besar mesti rindu2 plak 🙂

  28. Fid Avatar
    Fid

    sitilina
    bnykkan pesan2 kat baby time dia tido or mamai2 tu
    So far akif hafiy menjadi kalau pesan gitu…..
    bnykkan berborak2 dgn dia…ingatkan dia…
    budak kecik ni walaupun kecik dia ada naluri ….sabar dan kreatif heheheee
    anak kita ni kita je yg buleh nak train itu ini sbb kita nih ‘rumah’ dia…’sumber mknn’ dia….
    good luck….
    kalau akak kan…akak ni jenis tak pakai pantang larang org tua2 ampun noo….
    akak lg suka try yg moden2….ngan of courselah saranan Islam….

  29. mOmmy of Triplets Avatar
    mOmmy of Triplets

    bila dah ade anak sendiri baru terasa kn pengorbanan mak bapak kite dulu…

  30. happyirfa Avatar
    happyirfa

    salam siti lina..
    sebijik macam perangai hero kenit saya..x leh tinggal semenet pun/nak kencing pun x lawas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge